Diari

Terima Kasih 2015. :')

Thursday, December 31, 2015

Are you having fun with 2015?
I'm sure the best answer is yes and also no. Right?

Tentu banyak pahit dan manis yang kita dah lalui sepanjang 2015 ni. Dan, pasti jugak banyak mengajar kita untuk menjadi manusia yang lebih baik dari sebelum ni.

So, macam mana? Azam tercapai ke?
Atau terpaksa postpone ke tahun depan a.k.a esok pulak. Hihi
Kalau belum tercapai, jangan sedih-sedih. Teruskan usaha anda okeh. Chaiyookkk!

Apapun, 2015 sudah pasti akan menjadi kenangan yang bakal terpahat dalam memori kita jugak. Sampai bila? Mungkin, sampai bila-bila. :')

Saya dan 2015. Setiap tahun sangat special bagi saya walaupun saya ni jenis yang pelupa. Kengkunun nak buat jugak highlight for 2015 tapi serius tak ingat sangat apa yang jadik sepanjang tahun ni. Haha. Mungkin boleh tengok balik post lama2, baru boleh flashback sikit2 kisah lalu. Atau check album gambar 2015. But, for sure there are sooo many stories that happen to me. Laughed and cry. Teach me to be more stronger person in life. In shaa Allah. :')

Dear Fatihah,
you are getting older again, and again.
Please be a good muslimah, who obeys to Allah and Rasulullah s.a.w.
Control your emotion and be patient.
Do goods to your parent, family, friends and also the communities.
Try to do your best in your life and of course it's for your akhirah too.
Keep learning and istiqamah!
Ya muqallib al-qulub, thabbit qulubana‘ala dinik.
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami di atas agamaMu.
Semoga tahun yang mendatang, akan menjadikan kita hamba yang lebih bertaqwa kepada Allah.
Jom, sama-sama kita kejar redha Allah!

Ilalliqa' 2015. I'm gonna miss you. :')

Diari

ALONE

Wednesday, December 30, 2015


ALONE.
Yeah, that is so me for now. Sobs.
Sebab kawan yang praktikal sekali dengan aku dah habis minggu lepas. So, aku duk fokus dengan lappy jerlaa nih. Sebenarnya bukan alone sangat pun. Cuma, yang masih ada kat sini dan staff2 mostly different gender. So, aku banyak menyepi jerlaa. 

Nak pegi makan pun dah jadi problem untuk aku sekarang ni. Well, aku lebih prefer pegi makan sorang2 dari kena pegi makan dengan lelaki dan aku sorang perempuan. 
Nasib baik aku nih jenis lone ranger jugak! Not forever alone okeh?! Hahaha :P

Minggu ni tiga hari aku MC sebab kami pegi hantar my little bro ke IKM Kedah. Dah besar dah kau dik. :')
Apapun, all the best bro! 

Cerita jenjalan Penang dan Kedah in shaa Allah akan aku cerita kat sini. Nanti. :P
Sebagai kenangan untuk aku dan keluarga. Kalau ada readers yang baik hati nak tumpang baca, lagilaa bagus! 
Pemangkin semangatlaa katakan. Buat sahabat yang datang menjenguk blog ni dan tiada feedback dari saya. Mohon maaf, in shaa Allah nanti saya pi lawat awak semua pulak eh? 
Dah, taknak masammasam. Senyum sikit. :)

Kekasihku..

Salam Maulidur Rasul 1437H.

Thursday, December 24, 2015

Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah yang paling banyak berselawat kepadaku.
*Senyum*

Awak, harini hari ulang tahun junjungan besar Rasulullah s.a.w.

Mesti semua seronok dan rindukan baginda kan? Kita sebagai seorang muslim sudah tentu sangat mencintai baginda. Tapi, bagaimana nak buktikan  cinta kita kepada baginda tu?

Adakah sudah cukup dengan menyambut hari maulidur rasul?
Berarak dan berselawat ke atas baginda.
Tidak. Tidak cukup sekadar itu sahaja wahai teman.
Mengingati rasulullah itu bukan sekadar hari ini sahaja.
Tetapi, setiap detik dan waktu.

Ayuh, kita hidupkan sunnah dalam kehidupan seharian kita.
Pelajari dan carilah ilmu tentang baginda.
Bagaimana keperibadian baginda. Akhlak baginda.
Lalu, kita contohilah dan teladanilah.

Bukan hanya tahu poligami sahaja yang sunnah.
Tapi, sunnah lain pula diketepikan. ;)
Jangan hanya menggunakan sunnah untuk kepentingan diri sahaja.

Ingat tu. :)

Last but not least.
Jom cinta Allah. Jom cinta rasul.

Sollu a'lan Nabiyy!
Salam dhuha. ^^

Diari

Semester Without Exam!

Wednesday, December 23, 2015

sumber
Saja nak up pasal nih. Sebab nak bagitau yang aku takde exam sem nih. Haha.
Tapi, takde exam pun sama je keseksaan untuk menghabiskan sem ni. Sem depan, last semester in shaa Allah! :)

Mohon grad on time. :P

Apapun, kepada semua yang tengah study week dan nak menghadapi exam. Buat yang terbaik! 
Dekatkan diri dengan Allah dan jangan lupa mintak restu dari ibu ayah dan lecturers.

Okeh?! ^_^

Diari

Presentation?

Monday, December 21, 2015


Tomorrow, I'm gonna present for my internship project to my Supervisor. Nervous? Of course!
Duhh! I don't like this feeling. It makes me feel uncomfortable and seramsejuks. :P

To myself,
All the best for your presentation.
Allahumma yusahhil alaik!
In shaa Allah you can do it.
Keep calm and do the presentation.

Huh!
*take a deep breath*

May Allah ease everything. :)
Pray for me guys~ Thankyou! ^_^


GA dan Contest

YEAR END GIVEAWAY BY IMASHUE

Monday, December 21, 2015

klik banner untuk join.
Mahu tag: Aisyhah Nyais
Pandangan: Blog kemas sangat dan nama blog Dream Fantasy tu pun I like. Teringat Alice in Wonderland. Tak tau kenapa.. Hihi -_-

TARIKH TUTUP GIVEAWAY :
30 DISEMBER2015

Books

Mereput + Seram.

Sunday, December 20, 2015

Harini datang keja awal kott. Tujuh minit sebelum pukul lapan pagi dah sampai. Pejabat pun tak bukak lagi. Kenalaa tercongok menanti pintu dibuka. Haha. Padahal tak awal mana pun. Kecoh je lebih. -.-

Kenapa mereput? Sebab kawan aku yang dua orang yang selalu pegi makan and jemah sesama tak datang harini. Kesian kan? Huhu. Tapi, sebagai bekalan aku dah bawak buku siap2. Takut kebosanan.
Buku apa? Patung karya Muhammad Fatrim. Mueheheh. :3

Cable tu sebagai penanda buku oke!
Perghhh! Boleh tahan seram jugak baca novel macamni dalam office sorang2. Kat atas ni tetiba banyak pulak bunyinya. Sebelum ni macam senyap je. Haha. Dahlaa aku pi tutup aircond, sejuk sangat tak menahan aku. Memanglaa makin sunyi.

Seramseram jugak, tapi jadi addicted jugak baca novel seram nih. Jarang2 sekali merasa baca novel seram. Best jugak! :P

Dumm! *pandang kirikanan*
All is well lah! Takyah nak takut sangat. Allah kan ada. ;)

Motivation

I Know It's Not Easy.

Thursday, December 17, 2015

Sometimes, we must fight with our own feelings.
Everyone has gone through this, right?
I know, it's not easy.

Yes, there are so many bad people in this world.
Most of them are judgemental, they are not fair.
Sometimes, they will judge for everything that we have done. It's hurt. Really hurt.

But, you know what? Rasulullah S.A.W. also got people that hate him. He is the best person ever, never do sins and he also have enemies. Why? Because he cannot control other people's heart.
But then, Rasulullah S.A.W. always reply bad things with kindness. :')
He always teach us to be a good person. When you do good, Allah will pay you.
Either here in this world or soon in the jannah.
That's why we Muslim always have a reason to do good even to the person that is bad to us.
We have Allah, right? ;)

source
And hey,
We survive until now right?
Then, believe it! Your awesome that way.

You don't have to be afraid of what people will talk about you.
Just think and do what Allah told you.
Be brave. Be confident.
In shaa Allah, there are happiness after hardship.

Always remember that, Allah loves you.
Yes, you and me.
*smile*


Kekasihku..

Salam Rabiul Awal.

Wednesday, December 16, 2015


4 Rabiul Awal 1437H
12 hari lagi! Countdown untuk hari apa tu?
Besday kekasih saya laa. ;)

Bukan kekasih saya sorang tau!
Kekasih awak2 jugak.
Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Selawat dan salam ke atas baginda. :')
Allahumma solli a'la Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wasallam.

Yuk, perbanyakkan selawat.
Amalkan sunnah baginda.
'Hadir'kan baginda dalam kehidupan seharian kita. :')

Okeh? Moga Allah redha. ^^
Barang siapa yang berselawat ke atasku sekali selawat, nescaya Allah SWT akan berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali selawat.

Advertorial

Koleksi Sandal Terbaru!

Tuesday, December 15, 2015

Kasut atau sandal. Which one would you prefer the most? Kalau saya lebih banyak sandals laa, kasut jarang sangat pakai melainkan ketika bersukan atau memang nak lasak2. :)

So hari ni, I would like to share with you guys pasal koleksi sandal terbaru wanita yang boleh anda temui di pasaran yang popular sekarang. Amboih, taip macam dah taknak fullstop. Haha

Ok, let's cekidaut!
Sandal Dua Tali
This is my style! Saya memang suka yang simple dan selesa yang macam ni je. Boleh nampak tinggi jugak! Hoho. Lagi satu, senang nak bawak pegi kelas atau tetiba nak kena jalan jauh. Haha. Prepare for the worst, kan? So, yeah this is cool! ^^


Strappy Sandals
Nampak maskulin? Haha. Sandals ni nampak selesalah. So, bagi sesiapa yang mementingkan keselesaan. I think this is the best choice for u guys. Adik saya mesti suka sandal yang macamni. Dia maskulin sikit. Dan, dia perempuan. Wahaha, sorry dik. :P

Ankle Strap Sandals
Rekaan sandal yang ni lebih kasual dan sesuai untuk dipakai dengan baju kurung atau jubah. Nampak lebih ayu dan sopan. Ok, kalau yang ni kakak-kakak saya sesuai sangat! :P

Gladiator Strap Sandals
Rekaan ni korang boleh pakai kalau korang yang jenis berusaha. Why? Sebab kena gigih berusaha untuk masukkan kaki ke dalam sandal tuh. Haha oke melawak je. :P

So, which one would you prefer the most? Nak tau jugak style sandal pilihan hati pembaca blog ni. Ops, lelaki sorry. Anda mesti takde pilihan kan? ;)

Anak Buah

Sepetang Bersama Anak Buah.

Monday, December 14, 2015

Semalam masa abah datang ambik aku dari kerja, anak-anak buah ikut sekali. Irfan dan Faqih.
Kalau bawak mereka, pastilah tak balik terus ke rumah melainkan kena pergi taman permainan dulu. Kecuali kalau hujan. Heheh :P

So, sambil-sambil duk tengok2 dorang. Adik aku sibuk duk ambik gamba dorang. Aku pulak kena bertugas sebagai pengayun buaian si Faqih tu. haha
Dahlaa demand taknak kalau aku ayun pelan2, suruh buat lajulaju. Adeh, geram betul ngan budak sorang ni. Hahaha

Faqih bukan merajuk tu tau. Tapi, dia memang selalu taknak kalau orang nak snap picture dia. LOL
Nak teh tarik! Irfan bajet duduk kat kafe. :)



Peace!
Masa main ni, ada sorang budak dalam darjah 3 macamtu duk main jugak kat sini. Lepastu dia tak bagi Irfan masuk gelongsor. Irfan pun pusinglaa balik dari situ. Aku yang tertengok masatu, terus bertukar jadi Oma Berta. Aku bulatkan mata kat budak tu. Haha jahat tak? Lepastu budak tu terus turun pegi main jongkat-jongket pulak.

Moral of the story, awasi sentiasa anak2 buah anda. Atau anak2 atau adik2. Selain dari mengawasi dari mata-mata penjahat, boleh jugak mengawasi dari adik2 comel yang cuba nak membuli. Haha aku ni dahlaa memang suka gaduh ngan bebudak. LOL. Saja nak takutkan dorang.
Ishk, jahat sungguh mung nih. :P

Biorlaa, dia kacau anak buoh kite. :3

Books

Moment Mat Lutfi | Books Review

Friday, December 11, 2015

Penulis: Mat Lutfi
Publisher: Puteh Press
ISBN: 978-967-369-309-2
Halaman: 202ms


Aku meroyan jap dengan kawan aku bila pi kedai buku terjumpa Moment2 Mat Lutfi nih atas meja. Elok duk tersusun kat atas sekali tuh. Haish!!
Aku punyalaa nak berpuasa buku buat masa nih. Salah hang lah Mat Lutfi. Haha. Ok, gurau2. :P

And, yes. Aku dah beli dah pun buku ni. Uhukuhuk.
Kelakar tu ada, dan ada jugak part kau akan confuse nak gelak ke nak annoying.

Dan, banyak cerita dalam tu aku gelak sebab aku duk terbayang Mat Lutfi duk bercakap macam dalam video2 dia. Lagi satu, macam yang dia cakap, buku ni banyak inside jokes yang kita kena tau asas dalam agama, politik, sosial, hiburan dan isu2 semasa untuk paham.
Tahniah Mat Lutfi, hang berjaya buat aku gugel nama2 yang aku tak kenal.

So, bolehlah kalau hampa nak baca jugak buku ni. Takdaklah duk mengarut saja. Tapi, macam biasa pandai-pandai tapislah noh. Haha :P

Tengok, dengan aku2 dah terpengaruh cakap Utagha.
Salah sapa ni? Salah hang laa Mat Lutfi!
LOL.

NOTE: Review main tibai aja nii. :P

Lovely Blog

Terima Kasih Awak!

Thursday, December 10, 2015

Pagi ni bukak dashboard. Tengok entry baru sahabat2 blogger.

Terjumpa satu entry yang buatkan saya tersenyum :)

Terima kasih Kim_Chaa, sudi review blog saya yang tak seberapa ni.
Ada dua lagi sahabat blogger lain yang Kim Chaa review iaitu blog Liyana a.k.a CKK dan blog Aisyah.

sumber: Google
Background, theme untuk blog nii pun colour hijau, pink :D sekali pandang hampir sama dengan blog kat atas tuu ^.^ . Owner blog ni asal dari Kelate. Isi kandungan blog ni pun banyak bagi manfaat & faedah dan tak merepek, merapu macam blog aku. Bahagian paling best untuk blog ni, adalah bahagian review buku dan bila baca review dia, rasa macam nak kena cari buku tuu untuk baca sama. Dan aku rasa, aku kena belajar dengan dia, untuk review buku :D
Review dari Kim Chaa. Saja aku quote untuk kenangan. Boleh klik sini untuk baca entry full. ;)

Well Kim Chaa, saya pun baru bertatih dalam review buku. Main tibai je tulis. Hehe. Dan sebenarnya, banyak sangat saya merapu merepek dalam blog ni. Awak tak perasan kot. Haha :P

Apapun, terima kasih banyak sudi review blog saya.
Appreciate sangat!
Jom terjah blog dia pulak ramai-ramai.
And one more time, terima kasih awak! ;)

Books

Negeri 5 Menara | Books Review

Wednesday, December 09, 2015

Penulis: A. Fuadi
ISBN: 978-979-22-4861-6
Halaman: 425 ms


Sinopsis

Seumur hidupnya Alif tidak pernah menginjak tanah di luar tanah Minangkabau. Masa kecilnya dilalui dengan berburu durian runtuh di rimba Bukit Barisan, main bola di sawah dan mandi di air biru Danau Maninjau. Tiba-tiba dia harus melintasi punggung Sumatera menuju sebuah desa di pelosok Jawa Timur. Ibunya ingin dia menjadi Buya Hamka walau Alif ingin menjadi Habibie. Dengan setengah hati dia mengikut perintah ibunya: belajar di pondok.


Buku ini saya dapat hasil dari menang pertandingan poster. Merupakan buku National Best Seller dari Indonesia dan berbahasa Indonesia pastinya.

Menceritakan bagaimana keadaan pelajar di sebuah pondok yang diberi nama Pondok Madani. Tarbiah yang cukup hebat dan sistem pembelajaran yang luar biasa. Mereka bukan hanya diajar ilmu agama bahkan ilmu pidato, sejarah dan sains turut ditekankan di sini. Pelajar juga dilarang sama-sekali menggunakan bahasa Indonesia ataupun bahasa asal negeri masing-masing kecuali untuk pelajar kelas pertama. Hanya bahasa Arab dan Inggeris sahaja yang dibenarkan untuk brbicara formal mahupun tidak.

Alif sebagai watak utama bertemu dengan lima lagi sahabatnya dan mereka ini dikenali sebagai Sahibul Menara kerana mereka gemar berbincang dan berkumpul di bawah sebuah menara di pondok tersebut. Di bawah menara itu, mereka memasang impian untuk meneroka lima buah negara. Awan-awan yang dilihat dari bawah menara itu bertukar menjadi negara dan benua yang diimpikan oleh mereka.
Man jadda wajada. Siapa yang bersungguh-sungguh pasti akan berjaya.
Satu kalimat yang mereka pegang dengan bersungguh-sungguh dalam menggapai impian masing-masing.

Turut ditampilkan dalam novel ini iaitu watak-watak yang cukup menarik hati. Watak yang tegas, berhikmah, kelakar dan pelagai lagi.

Yup. Saya cukup menyarankan anda membaca novel ini. Merasai sendiri suasana di pondok yang cukup unik dan terbaik. Penuh dengan motivasi dan inspirasi. Menjadikan kita pembaca teruja untuk turut sama mengejar impian tanpa mengenal erti putus asa!
Nilai persahabatan yang boleh membuat pembaca menangis apalagi tertawa. :)

Novel ini turut diaptasikan kepada filem. Kepada peminat filem, anda juga harus menonton sendiri filem ini. In shaa Allah, anda pasti tidak menyesal! ;)


Diari

No Title.

Tuesday, December 08, 2015

         "Entry kali ni takde tajuk."
         "Habis No Title tu apa?"
         "Oke, fine! Ada tajuk which is No Title."

Wakaka. Pening tak?
Oke, aku saja je tu.
Macam tu lah jadinya bila nak menulis tapi takde idea nak tulis apa. Harhar. :3

love this!
KEEP MOVING FORWARD!
Jom pagi-pagi ni kita sama-sama positifkan diri.
Everything will gonna be ok! In shaa Allah.
Keep doa and work smart. ;)
Allah will help us.

Okbai!~
^_^


GA dan Contest

Segmen 12 Jam Bloglist #18 Mialiana.com

Monday, December 07, 2015


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Disember 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #18 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

GA dan Contest

Pencarian Blog Terkemas 2015!

Monday, December 07, 2015

Hi Guys! Om buat lagi segmen. Nak tahu Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join Tau!!

Pencarian Blog Terkemas 2015 aku adakan untuk mencari blog yang paling paling sangat kemas. Kemas dan cantik, sedap mata memandang bila jengah belog korang. Sambil sambil tu boleh promote belog korang dan juga blogwalking sesama blogger.


Haaa apa tunggu lagi, jom join. Hadiah adalah rahsia, Goodluck!

Siapa yang kena?
Kim_Chaa

Anak Buah

Cepat Sembuh Sayang! :)

Sunday, December 06, 2015


Alhamdulillah. baru terima whatsapp dari akak cakap operation Husna dah selesai.
Untuk pengetahuan, anak buah perempuan sulung saya ni kena operate sebab bibirnya yang sedikit sumbing.

Pagi tadi, pukul 8.30 mula operate. Sebelum tu, dari pukul 5-7 pagi dia kena puasa. Tapi, nasib baik boleh minum air masak jugak.

Sebelum ni akak saya cakap, kalau lepas operate kena minum susu pakai sudu. Tapi, tadi akak bagitahu balik doktor cakap bagi macam biasa je, tak payah pakai sudu pun. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. :')

Buat baby Husna,
Husna kuat kan?! Achik doakan Husna terus kuat. Moga cepat sembuh ye. ^^

Mohon sahabat semua doakan ye.
Syukran lakum! ;)

Ahad, 24 Safar 1437.

life

Ketenangan Luar Biasa

Sunday, December 06, 2015


Ketenangan adalah satu nikmat yang luar biasa. Hanya dimiliki oleh orang-orang yang tertentu dan pastinya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Ayuh, kita sama2 menyingkap kembali sirah Rasulullah s.a.w dalam peristiwa hijrah baginda dan sahabatnya Saidina Abu Bakar. 

Begini.

Ketika mereka bersembunyi di dalam gua dan hampir ditemui oleh pihak musuh, Abu Bakar ketika itu sangat takut dan gelisah kerana risau ditemui oleh pihak musuh.
Lalu, apakah kata2 Rasulullah s.a.w. pada ketika itu?
Wahai Abu Bakar, apakah pandangan engkau sekiranya kita berdua ini, dan Allah adalah yang ketiganya?
Kegusaran dalam jiwa Abu Bakar terus lenyap saat mendengarkan kata2 Rasulullah s.a.w.
Masya Allah, mereka boleh setenang itu sedangkan mereka tahu, sekiranya ditemui oleh pihak musuh. Pastinya mereka akan dibunuh.

Bagaimana rasulullah s.a.w. boleh setenang itu? Tidak lain dan tidak bukan, hanya kerana baginda sentiasa menghadirkan Allah s.w.t dalam kehidupannya.

Kita pula bagaimana? Jika hati sentiasa gelisah dan tidak tenang. Cubalah untuk hadirkan Allah dalam setiap saat dalam kehidupan kita.
Ketahuilah dengan mengingati Allah, akan tenang tenteramlah hati manusia.
[Aa-Rad:28]
sumber: Tinta 2 Asyraf

Advertorial

Koleksi Tudung Cloverush Online.

Thursday, December 03, 2015

Hari ni saya nak berkongsi pasal koleksi tudung Cloverush Online. Yup, i know mesti ramai yang seronok kan? Terutamanya muslimah kat luar sana. Haha

Cloverush ni antara jenama fesyen muslimah terbaru yang sedang hangat kebabom buat masa ini di pasaran. Hah, gitu! 
As for me, tudung ni sangat kemas dan cantik. Meh usya sikit. ;)

WOW?!
boleh beli buat kakak atau ma nih. ;)
So, kakak2 dan umi2 yang nak nampak cantik dan menutup aurat, Cloverush antara jenama yang sangat sesuai untuk semua. 
Apa yang saya paling suka sebenarnya sebab design dia simple je. Saya ni tak suka sangat yang meriah-meriah liplap2 ni. Hihi :P

Bagi saya koleksi tudung Cloverush online yang terkini memang selari dengan trend fesyen tudung yang terkini. Sesuai sangat dengan citarasa wanita moden sekarang!
Jom tengok lagi koleksi tudung yang lain. :)

simple but nice
suka warna ni! ^^
Tudung Cloverush ni jugak sesuai untuk dipadankan dengan apa saja pakaian muslimah. Tak kesahlaa jubah ke, baju kurung ke. Semua sesuai. Pakai dengan tracksuit pun oke jugak ni!

Pendeknya, tudung dari jenama Cloverush ni memang menariklaa.
Bergaya, osem dan yang paling penting sekali TUTUP AURAT! ;)

So, hakak2 yang tertarik tu, bolehlaa terus cek dompet masing2. Beli jangan tak beli. Tapi, jangan sampai ikut nafsu sangat ye. Baca bismillah dulu sebelum klik link tu~
Hehe. Peace!


Diari

DESICION.

Wednesday, December 02, 2015

sumber
Dalam hidup pastinya memerlukan kita untuk membuat pilihan.
Tidak kira kecil mahupun besar.
Namun, saya pasti dengan pertambahan usia. Makin bertambah keputusan dan pilihan yang perlu kita ambil.
Bahkan keputusan yang perlu diambil juga semakin berat dan besar. ;)

Setiap keputusan yang kita lakukan adalah tanggungjawab kita. Moga setiap apa yang kita putuskan, itulah yang terbaik untuk semua. Lazimi perbincangan dan istikharah. In shaa Allah, pastinya ada keberkatan di sebalik keputusan yang kita ambil.

*senyum*

Diari

Hello December

Tuesday, December 01, 2015

sumber
Kejap je dah bulan December. Cepatkan masa berlalu?
Tiga tahun lepas, saya ada post pasal December jugak kat sini. Kelakar pulak rasanya. :)

Apapun, semoga masa kita dihabiskan dengan baik.
Sebab masa yang berlalu tidak akan boleh dikembalikan.
Waktu itu ibarat pedang. Jika kamu tidak memotongnya nescaya dia akan memotong kamu.
Apapun, manfaatkan December kita.
Don't forget to smile. ^_^
Dan, untuk adik-adik sekolah. Happy holidays! Yeayy!

Selasa, 19 Safar 1437

P E N G O M E N