Biodata Al Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj Joll

Biodata Al Fadhil Ustaz Muhadir Hj Joll

Biodata Al Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj Joll

Al Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll ini merupakan salah seorang guru saya semasa saya menuntut di UIA dulu. Semasa zaman saya belajar, ustaz dah tak mengajar di UIA dah. Tapi, masih lagi menjadi penasihat majlis pengajian kami.

Jadi, saya pun segan jugak nak mengaku saya ni murid beliau. Namun, sangat banyak ilmu yang diperoleh dari beliau terutama dari sudut adab dan akhlak. Beberapa kali juga sempat bertalaqqi dan mendengar kalam nasihat dari beliau. Alhamdulillah.

Di sini saya kongsikan biodata Al Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll yang saya dapat dari perkongsian sahabat-sahabat suatu ketika dahulu.

NAMA DAN ASAL
USTAZ MUHADIR BIN HAJI JOLL berasal daripada Kampung Senari, Kuching, Sarawak. Dilahirkan pada 21 Julai 1976 di Kampung Senari, Kuching dan dibesarkan dengan pendidikan agama dalam keluarga nelayan.

Datuk beliau daripada sebelah bapa iaitu Tuan Haji Kipli bin Persih rahimahullah adalah seorang ketua kampung dan imam yang disegani. Datuk beliau daripada sebelah ibu pula iaitu Tuan Guru Haji Adenan bin Golong rahimahullah yang dikenali dengan nama Tuan Guru Haji Buk adalah seorang ulama’ yang ikhlas, kuat ingatan dan mempunyai ramai anak murid di sekitar bandaraya Kuching dan luarnya. Kedua-dua datuk beliau ini disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Jerenang, Kuching.

Keluarga beliau daripada sebelah ibu juga mempunyai kaitan kekeluargaan dengan Datuk Haji Ibrahim Keramat rahimahullah, seorang yang soleh dan kuat berpegang kepada ajaran agama Islam, yang disemadikan di atas sebuah bukit di Pulau Lakei, Kuching. “Keramat” di hujung nama beliau adalah kerana karamah-karamah yang dimiliki olehnya seperti yang masyhur diceritakan oleh orang yang sezaman dan selepas beliau. Pusara beliau sehingga kini masih dikunjungi oleh para pengunjung tempatan dan luar negeri. Justeru, ia dijaga dan mendapat perhatian yang baik daripada Kerajaan Negeri Sarawak.

PENDIDIKAN
Mendapat pendidikan awal di SRK Senari, Kuching dan di SMK Agama Matang 2, Kuching. Mendapat ijazah Sarjana Muda (Al-Qur’an & Hadis) (2000) dan Sarjana (Tafsir al-Qur’an) (2004) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Memilih untuk melepaskan jawatan sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) setelah berkhidmat 15 tahun di sana untuk meneruskan tugasan dakwah sepenuh masa.
Sekarang merupakan Penasihat Syariah di Galeri Ilmu Media Group dan pendakwah bebas.

GURU DAN MASYAIKH
Antara guru tauhid beliau, khususnya yang mengajar Sifat 20 termasuklah:
(1) Al-Alim Tuan Guru Syaikh Abdul Aziz bin Ahmad al-Fathoni al-Makki (Baba Zid al-Fathoni)
(2) Al-Alim al-Faqih Tuan Guru Syaikh Haji Ramzi as-Sarawaqi
(3) Al-Alim Tuan Guru Syaikh Haji Salleh bin Musa Sik Kedah
(4) Al-Alim al-Mu’arrikh Tuan Guru Syaikh Haji Wan Muhammad Shaghir bin Wan Abdullah al-Faththoni al-Malizi ar-Riyawi
(5) Al-Alim Syaikh Ahmad Fahmi bin Zamzam an-Nadwi al-Maliki al-Banjari
(6) Al-Alim Tuan Guru Syaikh Ismail al-Faththoni (Baba El Spanjang)
(7) Al-Alim Tuan Guru Syaikh Ghazali al-Fathoni (Baba Li Sekam)
(8) Al-Alim Tuan Guru Syaikh Ahmad Ridouddin bin Abdul Wahab Penanti
(9) Syaikh Muhammad bin Uthman al-Bairuti
(10) Al-Alim Syaikh K.H. Muhammad Idrus bin Ramli
(11) Al-Alim al-Faqih Syaikh Dr. Ayman al-Akiti dan lain-lain.

Para masyaikh yang beliau belajar ilmu feqah, hadis dan tasawuf daripada mereka termasuklah:

(1) Al-Alim Tuan Guru Syaikh Abdul Aziz bin Ahmad al-Fathoni al-Makki
(2) Al-Alim al-Faqih Tuan Guru Syaikh Haji Ramzi as-Sarawaqi
(3) Al-Alim Tuan Guru Haji Materang Isa as-Sarawaqi
(4) Al-Alim al-Mu’arrikh Tuan Guru Syaikh Haji Wan Muhammad Shaghir bin Wan Abdullah al-Faththoni ar-Riyawi
(5) Al-Alim al-Faqih Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
(6) Al-Alim Syaikh Ahmad Fahmi bin Zamzam an-Nadwi al-Maliki al-Banjari
(7) Al-Alim Tuan Guru Syaikh Ismail al- Faththoni (Baba El Spanjang)
(8) Prof. Dr. Abdul Qahar al-‘Ani (Iraq)
(9) Prof. Dr. Su’ad Yildrim (Turki)
(10) Dr. Ali Ceniter (Turki)
(11) Dr. Laits Qasim (Iraq)
(12) Dr. Abu Laits al-Khair al-Abadi (India)
(13) Dr. Hamzah an-Nu’aimi (Syria)
(14) Dr. Salamah al-Balwi al-Harfi (Jordan)
(15) Ustaz Muhammad Azam bin Ibrahim (Trengganu) dan lain-lain.

Di antara para masyaikh dan haba’ib yang beliau sempat bertemu, bermujalasah, mendengar tausiyyah dan mendapat ijazah daripada mereka termasuklah:

(1) Habib Zain bin Ibrahim bin Sumaith (Madinah)
(2) As-Sayyid Muhammad bin Alawi al- Maliki al-Hasani (Makkah)
(3) Syaikh Dr. Ali Jum’ah (mantan Mufti Besar Mesir)
(4) As-Sayyid Mahmud Said Mamduh (Mesir)
(5) Syaikh Muhammad al-Iraqi (Mufti Iraq)
(6) Syaikh Prof. Dr. Musthofa Bugha (Syria)
(7) Syaikh Dr. Yusuf al-Qardhawi (Qathar)
(8) Habib Muhsin bin Hamid al-Haddad (Yaman)
(9) Syaikh al-Qurra’, Syaikh Muhammad Kurayyim Rajih (Syria)
(10) Habib Abdullah bin Ali bin Salim al-Attas (Yaman)
(11) Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri (Yaman)
(12) Habib Abu Bakar al-Adni (Yaman)
(13) Habib Ali al-Masyhur (Yaman)
(14) Habib Abdullah al-Habsyi (Yaman)
(15) Syaikh Abu Bakar bin Ahmad al-Malibari (India)
(16) Syaikh Haji Muhammad Syukri Unus (Indonesia)
(17) Syaikh Baba Mad Mawi (Fathoni)
(18) Syaikh Baba Abdul Karim Dala (Fathoni)
(19) Syaikh Baba El Kresek (Fathoni)
(20) Syaikh Baba Muhammad Bermin (Fathoni)
(21) Syaikh Kiyai Ihya’ Ulumuddin al-Indunisi (Indonesia)
(22) Al-Musnid Dato’ Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin as- Sanusi
(23) Habib Muhammad bin Alawi al- Attas (Kuching)
(24) Habib Soleh bin Ahmad al- Aidrus (Indonesia)
(25) Habib Mustafa bin Ali al- Haddad (Kuching)
(26) Habib Munzir al-Musawa (Indonesia)
(27) Habib Jindan bin Novel bin Salim Jindan (Indonesia)
(28) Syaikh Muhammad bin Ibrahim al-Baith al-Kittani (Mesir)
(29) Syaikh Prof. Dr. Saad Jawisy (Mesir)
(30) Syaikh Usamah bin Sayyid al- Azhari (Mesir)
(31) Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf (Jeddah)
(32) Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz (Yaman)
(33) Habib Ali al-Jufri (Qatar)
(34) Kiyai Syaikh Haji Abdur Rahim (Makkah)
(35) Habib Musthofa bin Ali al- Haddad (Kuching)
(36) Habib Ali Zainal Abidin al- Hamid
(37) As-Sayyid Ahmad bin Muhammad al-Maliki al-Hasani (Makkah)
(38) Habib Kazhim (Yaman)
(39) Syaikh Sumair al-Qadhi (Lubnan)
(40) Habib Muhammad Amin bin Aydrus al-Husaini (Madinah)
(41) Syaikh Muhammad Husni Ginting al-Lankati al-Azhari (Indonesia)
(42) Ustaz Abdullah Thohir al- Qaddahi dan lain-lain.

KARYA DAN PENULISAN
Beliau telah menghasilkan 27 buah buku yang telah diterbitkan dan berada di pasaran antaranya:

(a) Aqidah

(1) Sifat 20: Satu Pengenalan Asas
(2) Ringkasan Sifat 20: Bergambar, Bercarta, Berwarna

(b) Hadis

(1) 40 Hadis: Amalan Sedikit Pahala Berganda

(c) Feqah

(1) Mishbah ad-Duja Syarh Safinah an- Naja (Lampu Yang Menerangi Kegelapan Malam): Syarah kepada kitab Safinah an-Naja
(2) Sembahyang Nabi Menurut Mazhab Syafi’e
(3) Praktikal Solat Sempurna
(4) 206 Permasalahan Puasa: Pencerahan Isu-isu Berkaitan Puasa Dengan Disertakan Rujukan Kitab-kitab Feqah Muktabar
(5) Q&A 400 Soal-Jawab Agama Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki
(6) 130 Soal Jawab Bersama Shaikh Muhammad Nuruddin al-Banjari

(d) Tasawuf

(1) Qalbun Salim: Syarah Kitab Penawar Bagi Hati karangan Syaikh Abdul Qadir al-Mandili

(e) Sirah dan Mahabbah

(1) Ingin Kubalas Cintamu Ya Rasulallah
(2) Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah (terjemahan daripada kitab berbahasa Arab)
(3) Kelahiran Teragung: Biografi Rasulullah Yang Bercahaya
(4) Q&A Perihal Rasulullah

(f) Amalan

(1) Ratib Al-Haddad: Syarah & Kelebihan
(2) Amalan Orang Soleh
(3) Amalan Selepas Solat
(4) Ratib, Wirid & Hizib Termasyhur (saiz poket)

(g) Kisah dan Manaqib

(1) Keajaiban Firasat: 63 Kisah Pengubat Jiwa
(2) Pesona Ahli Syurga (kisah orang soleh Siri 1)
(3) Legasi Cinta Murabbi (kisah orang soleh Siri 2)

(h) Pencerahan Khilafiyyah

(1) Khilafiah: Persoalan & Jawapan
(2) 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah (3) Kekeliruan Umat: Inilah Jawapannya (saiz biasa)
(3) Kekeliruan Umat: Inilah Jawapannya (saiz poket)
(4) 8 Langkah Memahami Bid’ah
(5) Bingkisan Buat Umat

InsyaAllah buku-buku beliau yang akan berada di pasaran dalam masa terdekat ialah:

(1) Menjawab Bid’ah Bermusim
(2) Fatasyabbahu…: 50 Kisah Kegigihan Ulama’ Menuntut, Membaca, Mengarang dan Mengajar Ilmu
(3) Seindah Akhlak Nabi: 200 Hadis Tentang Kisah Akhlak Nabi Untuk Diteladani
(4) Fahami Bid’ah: Bergambar, Bercarta, Berwarna
(5) 40 Hadis: Bacaan Sedikit Pahala Berganda dan

Beberapa buku beliau dalam bentuk manuskrip yang belum diterbitkan termasuklah:

(1) Syarh Ushul at-Tahqiq (tentang Sifat 20)
(2) Aqidah al-Muslimin (terjemahan daripada buku berbahasa Arab)

Buku beliau di dalam Bahasa Arab ialah:

(1) At-Tafsir al-‘Ilm fi al-Qur’an bayna Jawhar at-Tafsir li Asy-Syaikh Thonthowi Jawhari wa Tafsir asy- Sya’rawi li Asy-Syaikh Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi (thesis M.A)

KERJAYA, DAKWAH DAN PENGALAMAN
Pernah dilantik menjadi Penasihat Syariah untuk Majalah Q&A (terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.) sekaligus kolumnis untuk majalah ini. Beliau juga pernah dilantik menjadi penyemak untuk buku-buku agama terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Beliau pernah diundang khas untuk:
i (i) memberi pengisian agama dalam slot Maulid@IKIM.fm di Radio IKIM.fm selama 3 tahun (2013-2015) yang disiarkan secara langsung pada setiap hari Khamis (malam Jumaat), pukul 10 malam, juga disambung semula sekarang (2019) bermula pukul 9 malam, setiap hari Khamis
ii (ii) menjadi tetamu untuk slot Topik Jumaat di Radio IKIM
iii (iii) menjadi pentazkirah untuk slot Al-Kisah (Kisah Orang-Orang Solihin) di Bernama Radio 24,

i sepanjang bulan Ramadhan yang tahun 1434H/ 2013M
ii (iv) mengisi slot Tarbiyyah di Radio IKIM.fm yang bersiaran secara langsung pada hari Jumaat, 10 am sehingga 11 pagi selama 4 bulan (Mei-Ogos 2016) dan
iii (v) menjadi pentazkirah tetap untuk slot ‘Ibrah Salafus Soleh di Radio IKIM.fm yang disiarkan secara langsung pada setiap hari Isnin, 5.15 – 6.00 petang.

Sejak 2018 sehingga kini menjadi pentazkirah tetap untuk slot Az-Zikra di Radio KLfm yang disiarkan secara langsung pada hari Isnin-Khamis, 6.45 pagi sehingga 7 pagi, selang seminggu.

Beliau pernah menjadi hos untuk rancangan Hadis di TV9 (Raudhah) selama 2 tahun (2015 & 2016). Sehingga kini rancangan ini masih diulang siar di TV3 dan TV Astro. Pernah dijemput menjadi tetamu dalam segmen Duniaku Buku dan Nasi Lemak Kopi O di TV9, pernah dijemput sebagai ahli panel untuk segmen Assalamualaikum, Isu Aqidah, 30 Minit Bersama Ustaz Don di TV AlHijrah, tetamu untuk segmen Salam Muslim di Astro Oasis, tetamu untuk segmen Duniaku Buku dan Lambaian Ka’abah (tentang haji) di TV1 dan segmen Fikrah Ramadhan dan tetamu slot Malaysia Hari Ini di TV3.

Beliau adalah pengasas Majlis Ta’lim An-Nur UIA (MTAN) yang beliau asaskan sendiri sejak 2008 dan sehingga kini membimbingnya. Bermula daripada pertengahan 2013, beliau memimpin Usrah untuk semua kakitangan UIAM Petaling Jaya sebanyak 2 kali sebulan dengan kitab Hidayatus Salikin karangan Syaikh Abdul Samad al-Falimbani.
Sekarang beliau memimpin kuliah Dhuha, setiap Isnin minggu pertama di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sejak tahun 2017 dengan kitab Penawar Bagi Hati (tasawuf) dan kuliah Dhuha, setiap Rabu setiap minggu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor sejak tahun 2017 dengan kitab Sifat 20: Satu Pengenalan Asas (aqidah) di samping menjadi pembentang kertas kerja jemputan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Jabatan Mufti Negeri Melaka, Jabatan Mufti Negeri Perak dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Beliau juga pernah empat kali memimpin jemaah umrah ke tanah suci atas jemputan agensi-agensi umrah atau sendiri.
Sehingga sekarang, beliau memenuhi pengajian berkitab untuk kuliah Dhuha, Zohor, Maghrib dan Subuh yang dibuat di sekitar Lembah Klang, di samping memenuhi jemputan ceramah di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak, juga di Singapura.

Sama-sama kita kongsikan di fb masing-masing untuk kita mengenali Guru Mulia kesayangan umat ini. (Ayat pemilik asal post)

Ma shaa Allah, sangat luar biasa kan ilmu para ulamak ni. Memang hidup mereka ni dipenuhi dengan ilmu.

Please noted that, masa saya publish artikel ini rasanya dah banyak pencapaian Al Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj Joll dah bertambah dan berkembang.


Post a Comment

1 Comments

  1. Sy sgt mengagumi ilmunya dan gaya bahasa yg cukup lembut dan berhemah...ini lah ulamak sejati diera akhir zaman ini. Sama-sama kita merebut ilmu dr ulamak masyhur ini

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.