Kegembiraan Buat Sang Perindu


Di saat kita mengatakan bahawa kita merindui Rasulullah ﷺ, ternyata baginda terlebih dahulu merindui kita.
Di saat kita berkata peritnya ujian hidup ini, baginda terlebih dahulu diuji dengan kesusahan hidup. Baginda terpaksa mengikat batu di perut bagi menahan lapar yang teramat sangat. Baginda dihina, dicaci dan dibaling batu bagi menyampaikan dakwah.
Terus, layakkah untuk kita tidak bersyukur dan berterima kasih dengan baginda ﷺ? Patutkah kita untuk berasa malu dalam mengamalkan sunnah-sunnah baginda?

Ya Rasullullah, maafkan aku.
Aku bukanlah ummatmu yang terbaik.
Aku mengaku mencintaimu, tapi aku gagal mengikuti akhlakmu.
Aku mengaku menyayangimu, tapi bibirku jarang sekali bersolawat kepadamu.
Aku mengaku mengasihimu, tapi sunnahmu aku tinggalkan.

Namun, ketahuilah ya Rasulullah.
Jauh di sudut hatiku, aku ingin sekali bersamamu.
Menatap indahnya wajahmu. Berserinya senyumanmu. Hitamnya bola matamu.
Sudikanlah ya Rasulullah ﷺ,
Sudikanlah untuk hadir ke dalam mimpi kami.
Kerana, itulah kegembiraan buat kami.
Kegembiraan buat sang perindu.


Gambar semasa majlis maulidur Rasul dekat masjid UIA Sabtu lepas. Alhamdulillah, walaupun tak ramai sangat yang hadir. Tapi, sangat seronok. Masya Allah, rasa sangat tenang dan rinduuuuu Rasulullah ﷺ. Ustaz Ahmad bin Shadan Al-Hadrami bagi tausiyah yang sangat menyentuh hati.

Paling best bila ustaz bagi  tausiyah khusus untuk ahli khidmat. Alhamdulillah, syukur sangat dapat jadi sebahagian dari ahli khidmat walaupun tak banyak sangat pun tolong untuk majlis hari tu Huhu moga-moga Allah terima amal kita semua dan dengan khidmat yang tak seberapa ini, Rasulullah ﷺ akan kenal kita di akhirat kelak. Amiin Allahumma Amiin.
Yang seindah wajahmu, takkan lagi dilihat mata.
Yang sebaik akhlakmu, takkan lagi dilahirkan wanita.
Engkaulah sebaik-baik makhluk, penutup sekalian anbiya'.
Rasulullah ﷺ.
Last but not least buat sahabat blogger yang saya kasihi,
Yuk kita perbanyakkan solawat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad ﷺ. Paling kurang pun seratus kali sehari. InshaAllah boleh tu. Sedikit dulu takpe, yang penting istiqamah. Kalau Rasulullah ﷺ, setiap saat merindukan kita, mendoakan kita. Takkanlah kita ni, sebagai ummat nak luangkan masa sedikit untuk mengingati baginda ﷺ pun tak sempat. Allah, sama-sama kita muhasabah nah.

Macam biasalah, segala coretan adalah peringatan untuk diri saa sendirilah terutamanya. Semoga kita menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa dan dicintai Allah dan Rasulullah ﷺ. ;)


Post a Comment

12 Comments


  1. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

    ReplyDelete
    Replies
    1. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

      Delete
  2. Hebatnya menjadi kekasih Nabi Muhammad SAW..dia adalah kekasih Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Beruntunglah orang yang dikasihi Allah dan RasulNya. :)

      Delete
  3. Feel touched and motivated by this lovely entry <3 alhamdulillah...
    .
    Thank you for sharing!! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah 'ala kulli hal. No problem, dear. ;)

      Delete
  4. Assalam ana..pe kabo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt kak. Kabo baik, alhamdulillah. Hihi :D

      Delete
  5. Jadikan sunnah nabi sebagai pegangan dan panduan hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, sama-sama kita berusaha ikut nabi. ;)

      Delete
  6. this is so beautiful

    ReplyDelete
  7. Nabi SAW nabi akhir zaman yang membawa sinar Islam..marilah berselawat padanya banyak2

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.