Ajar Diri Bersyukur
Alhamdulillah.
Segala pujian bagi Allah.
Yang memberi nikmat kepada setiap hambaNya.
Walau terkadang, diri ini sering alpa.
Terlupa akan hakikat seorang hamba.
Musafir.
Cuma menumpang.
Di atas muka bumi Tuhan.
Tidak pantas untuk berlagak seperti tuan.
Kerna tiadalah daya untuk berbuat apa.
Walau sekadar mengerdip mata.
Jika tidak dengan kudrat yang Maha Esa.
Ajar diri bersyukur.
Diberi nikmat dan kurnia.
Nikmat iman dan islam.
Nikmat menjadi ummatnya Sayyiduna Rasulullah SAW.
Nikmat hidup di bumi yang aman.
Nikmat diberikan keluarga yang bahagia.
Nikmat kesihatan yang baik.
Allah.
Sungguh terlalu banyak nikmat yang Engkau kurniakan.
Tidak mampu untuk dihitung.
Jadikan aku hambaMu yang bersyukur, wahai Robbi.
Untuk hal yang sekecil apapun.
Apa lagi untuk hal yang besar.
"Nikmat apa lagi yang mahu kau dustakan?'
"Bersyukurlah, nescaya akan Aku tambah."
Yakin dan percaya.
Bersyukur sentiasa.
Pasti, kau kan bahagia.
Di dunia.
Dan akhirat yang kekal selamanya.
Dengan izin Allah.
Kau dan aku.
Sama-sama.
Ajar diri bersyukur.
In shaa Allah. :')
0 Comments
Bismillah. Titipkan kata-kata anda.