Selamat Hari Lahir Wahai Putri Rasulullah, Sayyidatina Fatimah Azzahra.

Selamat Hari Lahir Wahai Putri Rasulullah, Sayyidatina Fatimah Azzahra.

Selamat Hari Lahir Wahai Putri Rasulullah ﷺ, Sayyidah Fatimah az-Zahra.
Hari ini, 8 March 2018 bersamaan dengan 20 Jamadil Akhir 1439 merupakan tarikh lahir ulang tahun kelahiran bonda kita Sayyidah Fatimah az-Zahra al-Batul. Seorang wanita suci kecintaan insan mulia Rasulullah ﷺ.

Beliau dilahirkan  di tempat yang mulia iaitu di Makkah al Mukaromah, ketika ayahandanya Nabi Muhammad ﷺ berusia 45 tahun. Pada hari yang mulia iaitu pada hari Jumaat bertarikh 20 Jamadil Akhir.

Pada hari itu juga berlaku peristiwa orang Quraisy membina Kaabah yang mulia setelah ianya dilanda banjir. Nabi Muhammad ﷺ sendiri yang menamakan puteri beliau dengan nama “FATIMAH” ilham daripada Allah ﷺ kerana Allah menjaganya daripada neraka. Fatimah, Fatoma yang bermaksud “menjaga”.
Maka, Allah mengilhamkan kepada Nabi Muhammad ﷺ agar menamakan puteri tercintanya dengan nama yang mulia ini.

Subhanallah.

Lalu, kenalkah kita dengan insan mulia ini? 
Rindukah kita kepada putri kesayangan Rasulullah ﷺ ini?

Tak perlu menilik diri orang lain, tetapi tiliklah diri kita sendiri terlebih dahulu.
Sejauh mana kita mengenali beliau berbanding kita mengenali artis ataupun penyanyi masa kini?

Duhai muslimah yang kucintai,
Kita berada di zaman yang teramat jauh dengan beliau. Kita juga berada di zaman yang terlalu banyak fitnah. Dunia sudah hampir ke penghujungnya. Lalu, apakah yang dapat menyelamatkan kita? Siapakah yang perlu kita turuti sebagai model seorang muslimah?

Tidak lain dan tidak bukan, beliau Sayyidah Fatimah az-Zahra lah yang selayaknya untuk kita turuti. Beliau yang mendapat pendidikan secara langsung dari penghulu kita, Nabi Muhammad ﷺ .
“Lakukan apa yang ibumu (Sayyidah Fatimah Az-Zahra redho. Jangan biarkan ibumu menangis kerana sikapmu. Wahai banaatun, kenali ibumu, teladanilah beliau. Siapa yang mengikutinya, maka akan ada jaminan kebahagiaan di dunia dan akhirat”
Ustadzah Aisyah Al-Muhdor
Selamat Hari Lahir Wahai Putri Rasulullah.

Maka, ayuhlah kita sama-sama menjadikan Sayyidah Fatimah az-Zahra sebagai ikutan kita. Cukup-cukuplah dengan kehidupan yang berkiblatkan duniawi. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan. Kalau nak selamat, ikutlah jejak beliau. Kerana beliau telah terdidik dengan akhlak yang sempurna oleh pendidik yang sempurna, Rasulullah ﷺ.

Cukup-cukuplah tertipu dengan ukuran kecantikan dan fesyen masa kini. Itu semua hanyalah tipu daya duniawi. Sampai bila kita mahu mengharapkan pandangan manusia, sehingga terlupa dengan syariat Ilahi?

Ayuh, kita hijrah! Jadikan hari lahir Sayyidah Fatimah az-Zahra ini sebagai titik permulaan untuk kita menjadi muslimah yang solehah dan mukminah. Tingkatkan ilmu dan amal in shaa Allah. Sma-sama kita usaha.

Moga kita bertemu di sana. Meniti titian sirath di belakang Sayyidah Fatimah dan dapat terus ke syurga tanpa dihisab. Amiin. :')


Post a Comment

3 Comments

  1. :" Terimakasih telah mengingatkan :)

    ReplyDelete
  2. sanah helwah ya fatimah...

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas peringatan...

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.