Sebenarnya bukanlah seharian suntuk aku dekat Pesta Buku Antarabangsa PWTC ni. Aku bertolak dari bilik dalam pukul 9.30 pagi. Sampai-sampai kat PWTC dah nak dekat pukul 11 pagi pulak. Lama betul ambik masa dari UIA ke PWTC. Haha
Mungkin sebab ni first time aku naik LRT ke sana. So, ambik masa sikit untuk baca signboard and tengok map LRT tu. Sambil2 tanya bro guard jugak. Haha tapi alhamdulillah takde sesat pun.
Dekat area Masjid Jamek seram sikit sebab bila nak tukar laluan tu. Kena lintas jalan. Aku lemah sikit bab nak lintas jalan. Tapi, nasib baik ada traffic light yang kita boleh picit kalau nak lintas jalan tu. Apetah orang panggil benda tu. :P
Aku gerak sorang je dari UIA. Aku cuma janji dengan kawan sekolah menengah aku dulu untuk jumpa kat sana. Sorang dari Ipoh, sorang lagi dari Putrajaya. Semua sanggup travel demi mengejar buku. Kihkih
Okey, jomlah kita tengok kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa di PWTC untuk tahun 2017 ni. Meriah sangat ke?
Antara booth yang paling meriah adalah booth Hijrah Indie, ramaiii sangat orang serbu buku kat sini. Haha. Aku pun sama macam naik hantu bila masuk booth ni. LOL
Aku sebenarnya pergi pesta buku ni, satu je buku yang aku duk target, Arkitek Jalanan by Teme Abdullah. Sebab buku first beliau Pelukis Jalanan memang sangat best, jadi aku memang taknak terlepaslaa beli buku ni kan. Buku lain tu, aku beli on the spot je. Maksudnya kat sana bila aku tengok, baru aku beli.
Ni antara gambar buku-buku yang aku sempat snap. Sikit je aku tangkap gambar sebab, entahlah tak sempat sangat nak main phone. Tak cukup tangan. Hihi
Dekat pentas utama kat sana, aku duk lalu-lalang berapa puluh kali tah. Jadi, aku sempat usya banyak jugaklaa aktiviti yang berlangsung. Antara yang paling aku excited adalah persembahan dari kumpulan Inteam. Tu pun aku stop kejap je, ambik gambar sikit lepastu sambung tengok buku.
Lepastukan-lepastukan. Aku jumpe Ana Muslimah ni. Comel, rasa macam nak peluk je. Tapi, bila pikir balik sapelaa kan kat dalam maskot tu. Nak sentuh pun aku rasa takut. Haha :P
Eh, dapat masuk instagram @imanshoppe_official lah. Haha
Ada sister yang jaga booth tu mintak nak tangkap gambar, nak post dekat insta. Aku cakaplah macam segan pulak. Lepastu dia suruh tutup muka dengan buku. Maka, jadilah gambar yang macamtu. :P
Dalam post ni, dua buku korang mungkin dah dapat tahu buku apa yang aku beli dekat Pesta Buku Antarabangsa ni. Tu pun kalau korang baca betul-betullah kan. Hehe
InshaAllah di entry seterusnya aku akan share buku apa yang aku beli dekat #PBKL2017 ni. ;)
Korang dah pegi ke pesta buku? Sampai 7 Mei ni je tau!
22 Comments
Bestnyaaaa!! Siqah pun nak beli buku Teme tu! Tapi tak sempat pergi. Tunggu kat kedai buku jela nanti. Hihi.
ReplyDeleteTak sabar nak tahu Fatihah beli buku apa :D
Memang laku keras buku Teme tu kak. Haha
DeleteMacam jadi fenomena pulak. Hehe
Kak PC berpeluang pergi sekali....best...sangat best...lagi satu kalau nak cari majalah yang kita terlepas beli keluaran terdahulu pun ada...tu yang seronok...
ReplyDeleteBetul2. Saya tengok ada majalah tu dia jual 3 = RM10 jer kak. Kalau tak silap majalah Jom! kot.
DeleteSy pernah pegi sekali time tahun 2013 x silap. Macam nak gila tengok banyak sangat buku 😂 Rasa macam nak grab semua buku tu 😍
ReplyDeleteHahaha. Kannn, tapi sebab duit tak banyak terpaksalaa tahan nafsu. Yang geramnya kad debit 1M xdapat lagi. Huuuu
DeleteMacam nak bergaduh dengan nafsu kan 😂 Kalau ada kad debit tu, mesti dapat diskaun lagi banyak kan 😄
DeleteI'm a sucker for book fest especially Big Bad Wolf but pesta buku dekat PWTC dah lama tak jejak kaki. Cuma nak tanya, semua buku local author ye? Cos my friend is a huge fan of novels from our local author.
ReplyDeleteHaha. Mostly memang local author. Paling murah saya jumpa untuk penghabisan stok RM3 untuk setiap buku.
DeleteTapi, ada je jugak buku English murah2. Ada yang saya jumpa RM10 each and 6 for RM50. Ada jugak RM30 for 5 books. Aaaaa. Pengsan kejap. Haha
Wahh seronoknya dapat pergi pesta buku. Saya pun ternanti-nati buku Teme tu. Tak sabar nak baca.
ReplyDeleteKankan. Tak sabar plus excited gituu. Hehe
Deletewahh.. seronoknya! aihh tak dapat pergila sbb pergi kenduri sepupu
ReplyDeleteTakpe2. InshaAllah tahun depan ada lagi. ;)
Deletekenapa pula kat LRT masjid jame' tu kena melintas jalan? bukan ke ikut je lorong tu then trs naik star LRT? xpsl2 kena byr dua kali kan? ;-)
ReplyDeletekalau pergi mggu awal org mmg ramai... tp weekdays x ramai nak plh buku pun sng je
Entahlaa. Mungkinkah saya tak jumpa lorong tu. Haha sebab saya main jalan je. Kiki
DeleteKita pon teruja tgk Ana Muslimah!
ReplyDeleteKankan? Hihihi :P
Deleteakak pun pergi..tapi sebab jaga gerai, bukan shopping. tak beli apa pun..hehe
ReplyDeleteLaa yeke kak? Taktau pulak akak ada jaga gerai kat sana. Kalau tak boleh cari and selpie sekali. Hihi
DeleteBestnya semenjak ada extra beg tangan ne dah lama tak jejak ke pesta buku.
ReplyDeleteExtra beg tangan tu, baby ke maksudnya kak? Hihi O.o
DeleteAkak nangis tepi bucu katil.. huhuhu.. jelesnya.. akak tak dapat pergi tahun nie..huhuhu
ReplyDeleteBismillah. Titipkan kata-kata anda.