Buku Baru Hasil Dari Pusing #PBAKL

Haritu dah ceritakan kisah saya Seharian di Pesta Buku Antarabangsa PWTC. Menarik tak? Haha. Ada yang sebab baca entry saya tu terus laju-laju pergi PBAKL tak? Okey, perasannya Fatihah uitt!

Dalam entry tu kan saya ada janji nak share buku-buku yang saya beli dari PBAKL kan. Jadi, inshaAllah entry kali ni saya nak tunaikanlah janji tu. ;)

Are you ready guys~
Suspen tak? Pehal tah nak suspen-suspen bagai kan?


Buku Baru Hasil Dari Pusing #PBAKL

Okey, tulah dia buku yang sempat saya beli di #PBAKL tahun 2017 ni. Sebelas bijik. Eh, bukan sempat tapi yang MAMPU saya beli. Tu pun bila keluar dari PBAKL, duit kertas dalam dompet tinggal seringgit je. Haha. Ouh, kesiannya diriku. Tapi, jangan risau dalam beg ada jer lagi simpan duit spare.

Saja asingkan takut tiba-tiba takleh kawal nafsu pulak. Uhuk uhuk. Cuba teka total buku semua ni berapa? Saya pun dah lupa sebenarnya total dia berapa. Tapi yang pasti dalam RM100 lah lebih kurang. Kalau tak silap saya memang cukup-cukup RM100. Kalau tak silaplaa.

Buku Baru Hasil Dari Pusing #PBAKL

Novel English saya beli tiga buah. Yang selebihnya  semua buku Melayu.

  • Girl Online Tour - RM10
  • Radio Silence - RM10
  • Memory of Water - RM10
  • Aminah - RM3
  • Melakar Cinta Firdausi - RM3
  • Ratib Kekasih Allah - RM3
  • Mahar Cinta Cinderella - RM3
  • Namaku Bukan Maria - RM3
  • Keimanan Adalah Paksi - RM3
  • Pesan Hamka Kepada Pendidik - RM25 kalau tak silap
  • Arkitek Jalanan - RM27 kalau tak silap
Novel English tu, saya hanya tahu yang Girl Online Tour tu je. Yang dua lagi tu tak pernah dengar pun. Haha main beli je. Semua novel kat situ RM10 guys. Tak kiralah hardcover atau paperback. mana tak rambang mata nak memilih. huhu betul-betul sorga! 

Dekat area buku-buku MPH pulak, ada penghabisan stok buku-buku dijual dengan harga RM3. Okey, sekali lagi saya jadi macam makcik-makcik yang berebut tudung Fareeda. Eh, betul ke perumpamaan tu? Maaf ye. Hihi

Ratib Kekasih Allah tu siap ada percuma CD kat dalam tau. Memang murah sangatlah dengan harga RM3 tu. CD bacaan ratib yang ada kat dalam buku ni lah kiranya. Berbaloi-baloi guys! :D

Last but not least, buku yang memang saya carik iaitu buku Arkitek Jalanan. Jumpa buku ni dekat booth #HijrahIndie. Kat sini pun lebih kurang je dengan situasi kat kedai buku MPH tu. Ramaiii orang. Saya jumpa buku Pesanan Hamka Kepada Pendidik dulu. Tengok je tajuk, saya terus ambik. Macam sesuai je untuk saya yang ambik bidang pendidikan sekarang ni kan?

Lepastu barulah sesi perebutan buku Arkitek Jalanan. Hehe sebenarnya takdelah berebut sangatpun. Cuma, sedikit berhimpit-himpitlah. 

Okey, begitulah ceritanya bagaimana perjuangan seorang Fatihah nak dapatkan buku-buku di atas. Setakatni baru baca satu buku dari yang atas tu. Buku Melakar Cinta Firdausi, inshaAllah ada kerajinan dan waktu saya review. Not badlaa buku tu. :)

Buku Baru Hasil Dari Pusing #PBAKL

Buku baru + Buku lama = Gambar di atas

Kat manalah saya nak sumbat buku-buku ni bila balik rumah nanti. Padahal rak buku kat rumah tu pun dah penuh jugak. Buku yang saya tinggal kat rumah kakak saya pun ada lagi sikit. Hukhuk

Btw, kalau perasan saya tak buat pun April Wrap-Up. Seriously, macam takde mood pulak nak buat entry pasaltu. Buat-buat tak perasan jerlaa ye. Hihi. Minggu ni dah final week for this semester. Bakal sibuklaa lepasni nak kena prepare untuk exam. Doakan saya dan kawan-kawan ye! Masheh. ;)

Okeylah, dah lewat sangatni. Nak kena stop bebel. Esok ada program pulak pukul 8.30 pagi. Haha boleh pulak online sampai lewat malam kan. Sebenarnya sebab lepas Maghrib tadi saya tido sebab ngantuk sangat. Sebabtu mata macam segar sikit ni, tapi dah start rasa ngantuk dah sikit-sikit ni. :P

Okey2 kalini betul-betul last paragraph dah. Buku yang saya tengah baca sekarang: A Winter Flame by Milly Johnson. Mungkin lepasni kot akan baca Arkitek Jalanan sebab macam tak sabar sangat dah nak baca. Hihi 

Orait. Genait alls. Jaga diri and jaga iman!



Post a Comment

21 Comments

  1. Arkitek jalan sumpah best. Rating 5/6. Ramai kawan pun cakap best. Selamat membaca ye. Xnak jd spoiler heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib Amir xjadi spoiler. Hahah makin excited. baca time tgh musim final exam boleh ke ek? :P

      Delete
  2. Mahar cinta Cinderella tu best tau.. nanti beli sambungan dia.. Konspirasi Suami dan Fugitif.. tap akak belum beli Fugitif.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh, taktau pulak ada smbungan lg. Nanti nak kena carik jgkni. Hihi terima ksih akak bagitau. ;)

      Delete
  3. Jelesnya dapat pergi PBAKL. Kak ana dah 3 tahun tak ke sana. Huhu.

    By the way, good luck and all the best for this upcoming exam. Stay healthy and keep calm. InsyaAllah everything will be going very well.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi inshaAllah tahun dpn ada lagi. :P

      Terima kasih akak. InshaAllah I'll do my best! Amiiin ;)

      Delete
  4. Bestnyaaa Ana dapat pergi Pesta buku. Nadia tak sempt pergi hari tue sbb ke Redang dgn Siqah . ( if Ana ada baca entri Nadia hihi ) .

    Tapi , minggu nie ada lagi ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde dah kak. Last hujung minggu lepas. Kena tunggu tahun depan pulaklah. Hihi ;D

      Delete
  5. bestnnyaaaaaaa. kalaulah sha duk kl huhu

    ReplyDelete
  6. murahnya... patut la ramai org borong.. best!

    ReplyDelete
  7. Syok membeli masa PBAKL... memang berbaloi-baloi! Berhimpit sikit tak pe lah asal dapat beli buku baru kan?!

    ReplyDelete
  8. BESTNYAAAAAA TT_TT Tahun ni takde rezeki pergi PBAKL tapi seronok betul tengok orang borong buku huhuhu... Saya dah baca Aminah tu, memang best!

    ReplyDelete
  9. Arkitek Jalanan! harituh akak belek2 ajer..tak beli pun. Harapnya nanti kalau ada jodoh, akak rembat jugaklah. Akak pun suka beli buku. Kalau bukan utk diri sendrik. Beli kat budak2 ni ha. Lagila..rambang mata tengok buku kids. Nampak yang tuh nak beli, yang ni pun macam best kena beli jugak. HAHAH!Masalah mak-mak betul lah!

    ReplyDelete
  10. Lamanya tak pergi pesta buku..~~~! Last pergi masa sem 1, habiskan voucher buku.. haha

    ReplyDelete
  11. Berbaloi2, rm100 dpt beli 11 buku, banyak tu, ada rancang nk pegi, tapi takat rancang je, hehe. Selamat membaca^^

    ReplyDelete
  12. wow. terbaik pelaburan tu.
    aida x gi. x pernah gi pbakl.
    but always tau la citer.
    ada sorang member, tiap kali ada, tiap kali la dia gi :)

    ReplyDelete
  13. first thing ai nampak book colors look soooo attractive... i think content mesti lagi9 attractive kann~~~~

    ReplyDelete
  14. Ambboih bnyaknya borong buku! seronoknya lahai :) jeles tgk

    ReplyDelete
  15. kalau PBAKL tiap2 bln... habis laa ana kena bw kontena ;-)

    ReplyDelete
  16. Bestnyaaaaaaaaaaaa!! Banyaknya buku Fatihah beli. Serius rasa rugi betul siqah tak pergi. Geram je rasa. Huhu. Girl Online tu RM10 je? Murah betul!!

    Selamat membaca Fatihah! Nanti bagi review okay. Radio Silence nampak menarik 😍

    Siqah pun baru up April Wrap Up. Hehe. Lambat gila tapi gigihkan juga update 😅

    ReplyDelete
  17. masalah sama akak gak..tak cukup rak buku, dalam almari baju pun simpan buku.ada tu yang baca pun tak habis. Ana beli tapi baca oklah tu

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.