Haha. Rasa macam takleh blah jer tajuk tu. Rasa macam tengah cakap macamni, "Sayalah Penggemar Barang Free! Hahahahaha" Sila buat macam suara kartun superhero yang dialih suara ke Bahasa Melayu.dengan gaya tangan masing-masing. 
(Erghh, peliknya rasa intro ni.)

Abaikan.

Ya, saya memang penggemar barang free! Kihkih macam tu jerlah senang.

Antara cara saya nak dapatkan barang free ni adalah dengan saya selalu usya website-website yang kongsi pasal sample atau freegift untuk kita. Biasanya saya akan usya website Freebies Malaysia dan Malaysia Free Sample Giveaway. Tak susahpun, biasanya kita hanya kena masukkan details kita dan alamat je.

Lepastu tunggu jerlaa barang sampai lebih kurang sebulan kemudian. Antara sample yang pernah saya dapat and saya paling saya suka adalah satu set produk Cetaphil. Comel sangat packaging dia, kecik-kecik dalam kotak ada pencuci muka, moisturizer dan jugak sunblock.

Haritu masa call rumah, saya tanyalaa ada apa-apa barang yang sampai tak? Mak saya cakap banyak jugak barang kecik-kecik yang sampai. Jadi, sayapun mintaklah adik saya tolong ambik gambar dan whatsapp saya.

Apa yang saya dapat kali ni ye?

  • Lip ice
  • Pixi
  • Fair & Lovely
  • Susu Anmum
Lagi satu, boleh jugak join Giveaway di blog, facebook atau instagram. Yang ni biasanya hadiah lagi lumayan. Tapi, kena bersaing dengan ramai orang. Ada rezeki, dapatlah kan? Yang penting kena rajin mencuba. Saya ada dua orang kawan yang memang selalu menang Giveaway dekat instagram tu. Bertuah betul depa. Hehe :)

Jadi, kalau korang pun penggemar barang free. Bolehlah join mana-mana Giveaway atau nak senang pergi je pantau dua website yang saya share tu. Mana tau ada yang berkenan di hati. Kihkih :P