Kalau cerita pasal kesihatan dan kecantikan ni, semestinya sangat sinonim dengan wanita kan? Nak sihat dan cantik ni jugak boleh terbahagi kepada penjagaan dalaman dan luaran. Kalau bagi saya, sudah tentulah saya akan cakap penjagaan yang terbaik harus datang dari dalam.
Dari segi pemakanan dan jugak attitude kita, kalau tak jaga yang ni terlebih dahulu. Rasanya mustahil untuk kita nampak sihat dan cantik. Jadi buat akak-akak di luar sana, jagalah kecantikan dan kesihatan anda secara dalaman dahulu sebelum terkejar-kejar beli pelbagai jenis produk tu. Untuk bother-brother jugaklah ye! Kihkih, kena jugak.
Beauty isn't about having a pretty face, It's about having a pretty mind, a pretty heart,and most importantly a beautiful soul.Lepas kita dah jaga perangai kita dengan baik, rupa yang tak seberapa pun akan sedap je dipandang. Jangan risau. Awak cantik je. Semua ciptaan Allah tu cantik tau. ;)
Makanan tu pun kalau boleh jagalah sikit, jangan asyik makan maggi je! Banyakkan minum air masak. Barulah awet muda cun melecun and sihat sentiasa inshaAllah. You are what you eat. Kita sepuluh tahun akan datang akan ditentukan dengan apa yang kita makan sekarang.
Bebelen untuk diri sendiri ni sebenarnya. -_-
Kemudiannya barulah kita sertai dengan produk-produk luaran seperti skincare dan sebagainya tu. Tak salah nak bercantik-cantik, cuma bersederhanalah jangan sampai berlebihan. Lagipun, dalam Islam pun sangat menganjurkan untuk kita tampil cantik dan sihat ni.
Okey, sebelum saya akhiri bebelen hari ni nak kongsilah jugak dengan korang yang LAZADA pun tengah buat kempen World Health Deal bermula dari 7-13 April. Haa, selain dari jaga semua benda kat atas tu. Kitapun kena bijaklah dalam nak shopping produk untuk kekal sihat dan cantik nih. Beli time macamni dan dapatlah berjimat-cermat. Ye dak?
Sekian sahaja dari saja. Baibai, lap you!
Assalamualaikum! ;)
19 Comments
Lazada buat sale?? wow! bestnya.. nak gi terjah la.. Thanks ukhti ana bagitau. hehe
ReplyDeleteHaha. Selamat menjamu mata sis! ;)
Deletebetul tu. apa yang kita makan menentukan kesihatan kita akan dtg :)
ReplyDeleteKan kan. Kena jaga makan ni. Kalau tak umur xsampai 40 lagi dah start sakit2 urat. Huhu
Deletekecantikan dari dalam tu penting kerana dari situ akan keluarnya suatu aura. cewahhh! hehe
ReplyDeleteAura apa tu? Aura positiviti plus awesomeness kah? Hihi
DeleteYes, setuju sangat dengan fatihah. Kalau cantik luar ja, tapi perangai semua out tak payah jadi cantik pun takpalah.
ReplyDeleteAuchhh! That's deep. Haha
DeleteThanks for sharing sis! Nak mudah minum air suam je banyak banyak dah tentu cantik hahaha
ReplyDeleteHaha. Kalau retis kongsi rahsia kecantikan mesti cakap yang ni je jugak. Jarang nak dengar rahsia lain. :P
DeleteBetul..nak cantik..nak sihat kena bijak..dan penting sentiasa besederhana..
ReplyDeleteHiasan yg terindah ialah wanita solehah..
ReplyDeleteSama2 istoqomah perbaiki diri kita ke arah kebaikan..
luar dan dalam kena la jaga, baru la seimbang, :)
ReplyDeletep/s: susah nak tinggal tu makanan yang bernama megi
betul tu, kena jaga kesihatan jugak.
ReplyDeletenak cantik jangan berlebih lebihan sampai tabarruj. :D
nice reminder for all of us <3
Nak cantik pon perlu meleburrrkan duit tuu hiii... ... yang penting jaga makan .you are what you eat kan
ReplyDeleteItu termasuk dalam habit kan Ana? kalau kita dah biasa makan makanan ringan and yang kurang sihat..memang takes time untuk berubah. Semoga kita semua diberikan kesedaran dari sekarang untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran. InshaALLAH...
ReplyDeleteYes, sy setuju 'You Are What You Eat'. Tu yang sekarang ni gigih jaga pemakanan 😂 Gigih telan air kosong yang tawar demi nak hidup sihat 😍
ReplyDeletebr je lps shopping kat lazada ni tp x laa beli brg2 kt atas ni... ;-)
ReplyDeletebetul tu.. kena tahu apa yang perlu apa yang tak perlu..
ReplyDeletesemoga semua sihat2 n cantik2 sentiasa =)
Bismillah. Titipkan kata-kata anda.