Semalam, aku pergi check barang dekat pejabat barulah aku jumpa nama aku. Tengok dalam kertas tu, barang aku sampai 28/3. Sebelum ni aku dah pergi cek dah hari Isnin 27/3 tapi takde lagi masatu. Apapun, alhamdulillah barang dah sampai.

Sebenarnya ni kiriman dari Kak Ana Suhana. Terima kasih banyak Kak Ana. Suuuuuuuka sangat-sangat dengan isi dalam tu. Hihi. Moga akak murah rezeki sentiasa. 

Korang nak tau tak apa yang ada kat dalam bungkusan ni? Mestilah nak kan? Emmm kalau taknak pun, nak kongsi jugak dekat sini. Hihi

Jang!


Kawaii deshou?

I looove kawaii things. Terima kasih sangat akak. Saya siap snap picture dan menunjuk dekat sisters saya (adik-beradik perempuan I mean). Maklumlah sisters saya ramai, lima orang termasuk saya. Jadi, siap ada group whatsapp sendiri. Haha

Nampak tak? Banyakkan kat dalam tu.

Saya dah cuba stokin tu. Sambil duk tergelak sorang-sorang kat bilik sebab ada pusat bulat dekat stokin. Soo cute and funny. Haha

Jadi, apa lagi kawan-kawan jom ramai-ramai terjah blog Kak Ana Suhana. Kak Ana banyak share pengalaman beliau travel dengan husband dan anak yang comel, Syafi. Sangat aktif berblog. Kalau korang pergi, inshaAllah konfem Kak Ana akan terjah balik blog korang.

Ehh, masih baca lagi? Dah jom kita pergi blog Kak Ana ramai-ramai. Joooom! ;)