Semalam, 18 Februari 2017. Negara kita yang tercinta Malaysia sekali lagi digemparkan dengan sebuah perhimpunan aman iaitu Perhimpunan Rang Undang-undang 355. Perhimpunan bagi menggesa agar undang-undang syariah diperketatkan lagi di negara kita. InshaAllah.
Ada yang pergi sana tak? Saya alhamdulillah berkesempatan untuk turun dan menunjukkan sokongan terhadap HRUU355. Ramai sangat orang semalam. Dan, memang purple lah kawasan Padang Merbok semalam. Bukan setakat kat situ je, LRT dan Masjid Jamek pun dah sama purple jugak dah. Hehe
Syariat diperkasa, rakyat sejahtera.
Harus diingat, perhimpunan kali ini bukanlah atas dasar sentimen politik, tapi kerana agama. Kita ingin negara Malaysia menjadi negara Islam yang sebenar-benarnya, bukan hanya pada nama. InshaAllah.
Semoga usaha kecil ini dapat memberikan impak yang besar. Semoga usaha kecil ini menjadi saham kita di akhirat sana.
Gambar tak banyakpun yang saya ambik. Sebab ramai sangat orang, nak angkat phone ambik gambar pun rasa segan. Haha insecure sangat kan?
Apapun, semoga perhimpunan ini diredhai Allah. Kita turun bukanlah sekadar ikut-ikutan. Bukan kerana seronok dan semangat melihat orang ramai. Tapi, kita turun atas dasar kefahaman. Kita turun bagi meningkatkan lagi syariat islam di bumi Malaysia yang tercinta.
InshaAllah, suatu hari nanti undang-undang Islam akan tertegak di bumi Malaysia dan seluruh dunia. Moga Allah redha. Allahu akbar! ✊✊
22 Comments
wahhh bersemangat trn ke sn ya..
ReplyDeleteHihi. Semangat anak muda kak. :)
DeleteBagi sokongan buat pemimpin kita.
subhanAllah, ramainya �� sana sini purple �� semoga Allah redha dan benarkan hukum Islam dijalankan dan ditegakkan di negara Malaysia �� الله اكبر
ReplyDeleteInshaAllah kak. Amiin. :')
DeleteInsyaAllah mudah-mudahan. Amin 😘
ReplyDeleteAmiin. ;)
DeleteTerbaiklah Fatihah. Memang syed tengok dekat tv pun meriah betul orang. Mak sedara yang pergi sana pun cakap benda yang sama. Mesti best dapat turun kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Memang best, kefahaman pun bertambah.
DeleteAlhamdullilah. Perjumpaan kerana agama itu sangat bagus. Tidak semua perjumpaan semata-mata kerana politik kan.
ReplyDeleteSiqah punya keinginan yang sama. Harap negara Malaysia menjadi negara ISlam yang sebenar-benarnya.
Betul sangat tu kak!
DeleteInshaAllah dengan keinginan tu pun sudah memberikan kita pahala. :)
InsyaAllah, saya disini mampu sertai dengan doa sahaja, semoga Malaysia makmur dengan syariat Islam sebenar.
ReplyDeleteDoa itu senjata mukmin yg sangat tajam. Amiin. :)
DeleteWah ramainya turunn..
ReplyDeleteJemput join http://cikcandysour.blogspot.my/2017/02/giveaway-topup-percuma-by-cik-candy.html
Ramai kan.. :)
DeleteSyabas dari kakak. Kalau dekat memang kakak rasa kakak pun salah satu hamba Allah yg turut sama di perhimpunan itu.
ReplyDeleteKami yg jauh menyokong dari jauh dan dlm hati kami turut sama berdoa demi segala akta berkaitan agama kita di negara kita.
Takpe kak.
DeleteBagi sokongan dan doa tu pun dah cukup. Yang penting niat kita kan. :)
Ingat purple ingat burung kat FB... Apa2 pun saya tetap menyokong kalau untuk agama dan kebaikkan...
ReplyDeleteHaha. Dekat FB pun demam ungu dgn burung purple tu kan. Alhamdulillah, terbaik Tuan!
DeleteInshaAllah perhimpunan ini akan diredhai Allah. Sbb bnda baik kan. ☺
ReplyDeleteInshaAllah. :)
Deleteperjumpaan pasal agama mmg yui sokong sgt sgt.
ReplyDeletemoga ada perubahan inshaaALLAH
alhamdulillah makin ramai yang nak tegakkan syariat islam termasuk golongan artis. jum doa moga berjaya!
ReplyDeleteBismillah. Titipkan kata-kata anda.