Ya, Bidadari Superb sudah bertukar ke responsive blog! Dah lama sebenarnya aku terfikir-fikir untuk bertukar ke responsive blog ni, tapi sebab tahu mesti akan mengadap blog lama untuk sesi edit-mengedit dan rasa sayang kat blog lama jugak. Maka, terjadilah edisi penangguhan sehinggalah semalam. 

Semalam dari lepas Subuh, aku terus mengadap laptop untuk memulakan operasi sampailah dalam pukul satu lebih malam tadi. Fokus! Berhenti untuk solat dan makan je. Haha dan inilah hasilnya. Aku harap sangat korang pun suka dengan design blog aku yang baru ni. Harap korang tak sakit mata ke apa. 

Lagi satu, kalau korang ada sebarang komen, kritikan membina pasal blog aku ni. Aku sangat-sangatlah alukan. Please bagi pendapat korang sebab aku kalau boleh taknaklah syok sendiri design blog, tapi orang lain pandang tak sedap.  

Blog Template

Okey, kat sini aku nak share lah serba sedikit pasal template baru yang aku guna ni. Template yang aku gunakan ni adalah Amalie Template. Aku rasa ramai pakai yang template yang sama dengan aku ni since ia adalah Free Version.

Sebelum aku decide untuk pakai Template Amalie ni, banyak jugak yang aku dah cuba dan lawa-lawa jugak.
Itulah dia template-template yang aku dah try and error kat blog ni. Jangan risau, semua template kat atas ada yang Free Version.

Sekarang, jom kita tengok apa dah jadi dengan rupa blog aku. Obviously, korang boleh tengok sambil baca ni kan? Tapi, aku nak tepek jugak kat sini mana tau satu hari nanti tukar theme/design lagi bolehlah dibuat kenangan. Last aku tukar kalau tak silap masa hujung tahun 2015. Dua tahun yang lalu di entry Bidadari Superb Berwajah Baru.

Bidadari Superb Bertukar ke Responsive Blog

Bidadari Superb Bertukar ke Responsive Blog

Blog Header

Part header sebenarnya aku nak warna yang lebih kepada hijau sebab sememangnya aku ni peminat tegar hijau. Tapi, rasanya yang ni lebih kepada biru. Yedak? Sebab kalau dengan kawan-kawan aku selalu salah part warna yang turqoise-turqoise nih. Aku pun tak sure. Tapi, sebab aku tak jumpa background yang macamtu and tak terfikir pulak nak edit warna dia dulu, jadilah macamni hasil dia. But, I still like it. Unfortunately, aku tak jumpa gambar header lama. So, no picture untuk dibuat kenang-kenangan. Kihkih

Blog Color Theme

Basically, my blog color theme are  white,grey and green. Of course, aku akan selit jugak hijau tu kat mana-mana. Mueheheh. Setakatni aku pakai color hijau dekat link, label dan jugak menu text. Rasanya tu je kot.

Blog Problems

Button search yang dekat navigation bar still not working! Dahlaa nak buang terus pun still tak jadi jugak. Erghhhh. Sebabtu lah aku letak je dulu button search kat sidebar ni. Dah penat duk try and error kat situ. So, aku abaikan jerlaa dulu. Tapikan, bila tekan button search tu. Dia akan back to top. So, korang anggap tu button up to top jer dululah eh? Boleh pulak macamtu. Hehe

Menu tak keluar dekat phone. Aku pun taktau nak solve problem ni macam mana. So, kubiarkan sahaja masalah itu dibuai lautan ombak. Eh eh. 👶

Sidebar widget tak center. Fiuhh, malas nak cite a.k.a takde idea dah nak tulis apa. Kihkih

Anddd,that's all untuk cerita Bidadari Superb bertukar ke Responsive Blog! Yeayyy! Silakan bagi komen/pendapat korang pasal blog aku. Korang suka tak? Loading lama ke tak? Atau apa-apa jerlah.

Berwajah baru, semangat baru!! InshaAllah. 💪💪