henshin muslimah

#HENSHIN MUSLIMAH by Kak Hassanah menjadi pilihan saya untuk dibaca pada permulaan 2017 adalah kerana saya ingin mengambil aura positiviti sekaligus berubah ke arah yang lebih baik dan juga cuba untuk meninggalkan serta mengikis karat-karat jahiliyah yang masih melekat dalam diri ini. InshaAllah bi iznillah. :)

Semoga penulis memperoleh keberkatan dan rahmat Allah dengan asbab penulisan beliau ini. Sangat banyak input-input yang baik dapat diambil dari buku ini.

Masih dalam proses pembacaan lagi dan belum khatam. InshaAllah, akan cuba dikhatamkan pada minggu ni jugak. Hihi

Antara yang saya dah baca adalah mengenai kepentingan solat dan menutup aurat. Tunaikan perintah Allah walaupun kita merasa payah dan tidak ikhlas. Kerana ikhlas itu tidak akan datang dengan sendirinya. Ikhlas itu memerlukan usaha. Istiqamahlah. InshaAllah, kemudiannya akan datanglah keikhlasan. :')

Nanti, bila dah khatam. Kalau rajin, inshaAllah saya akan review. Kihkih
Apapun, jom!
Henshin!!