Assalamualaikum Malaysia.


Semalam, dalam jam 7.30 kami tiba di  pelabuhan Stulang. Alhamdulillah..
Maaf. Sebab perancangan saya sebenarnya nak update entry tiap2 hari semasa ke Kepulauan Riau, tapi rupa-rupanya haya mampu update pada hari pertama. Internet kurang laju dan aktiviti juga agak full di sana. Gomen!

Sebulan yang cukup-cukup mengajarku banyak perkara. Melalui pahit dan manis bersama-sama teman yang sudah seperti darah daging sendiri. Perpisahan yang sangat memeritkan. Namun, itulah lumrah yang harus dilalui. Setiap pertemuan pastinya akan ada perpisahan.

Assalamualaikum Malaysia. 😊
Selamat tinggal Indonesia. 😭
Sebulan yang cukup bermakna.
Mengajar erti hidup dan budaya.
Berkenalan dengan sahabat tercinta.
Moga kekal hingga ke syurga.

Sedih mahu tinggalkan teman2 yang sudah seperti adik-beradik.
Sedih mahu tinggalkan ibuk2 dan bapak2 yang melayan kami seperti anak kandung.
Sedih mahu tinggalkan anak2 yang sangat menghargai kami.
Namun, perpisahan ini bukan bererti melupakan.

Terima kasih kerana mengajarku erti memberi dan menerima.
Terima kasih kerana mengajarku erti kesusahan dan kesenangan.
Terima kasih kerana mengajarku erti bersyukur dan bersabar.
Terima kasih Sebong Pereh.
Terima kasih untuk semuanya.
Sahabat baru ditambah-tambah, sahabat lama jangan ditinggalkan.
Prof. Dr. Syafsir Akhlus, M.Sc
Semoga ketemu lagi. Mampir-mampirlah ke Malaysia. Desa Sebong Pereh, Kepulauan Riau pasti sentiasa di hati. :')



Post a Comment

5 Comments

  1. Anonymous4:51 PM

    pengalaman berharga yg x boleh dijual beli :)

    ReplyDelete
  2. Assalam. Masa belajar di UM thn 193 dulu sempat melancong ke Padang Panjang, Sumatera Barat, anjuran Kolej 7. BTW, abam kie jadi follower ke 952. Thanks.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah berkesempatan nk pegi tempat orang. dan Welcome Home dear :)

    ReplyDelete
  4. Cantiknya view! Mesti banyak pengalaman baru even sebulan je duduk Indonesia tu :) Hihi.

    ReplyDelete
  5. pengalaman yg akan terpahat smpi bila2...

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.