Merentas Amerika | Books Review

Penulis: Badrul Hisham
ISBN: 978-9671409008


Masih ingat buku Advantura Pulang ke Malaya? Nampaknya, penulis Badrul Hisham memang tak serik lagi. Kali ini, beliau mencabar diri untuk merentas Amerika pula bersama-sama dengan dua lagi sahabat beliau, Furkan dari Turki dan Badrul Hisyam (Ya, nama sama dengan penulis. Ejaan je lain satu huruf).
Aku berjaya habiskan buku ni bulan puasa haritu. Ingat nak review before raya, sebab penulis ada buat contest dan hadiah dia tiket flight ke Indonesia! Tapi, tak sempat~ So, aku buat jerlaa sekarang. Better late than never. Meh!

.

Sebelum memulakan kembara, permohonan Visa untuk ke Amerika perlu dibuat. Berpuluh-puluh soalan yang sensitif perlu dijawab di laman web Kedutaan Amerika London dan antaranya adalah "Adakah awak pernah terlibat dalam organisasi pengganas?" Fiuh, berpeluh jugak nak menjawab tuu.  Tidak cukup dengan itu, sesi temuduga pula perlu dilalui oleh penulis. Siap ditengking lagitu. Serammnya lahai.

.

Destinasi yang menarik hati aku, pastinya air terjun syurga Niagara!
..kedengaran bunyi jatuhan air terjun sungguh kuat dan aku sungguh terpesona. Hati aku mahu sahaja berkhemah di tepi air terjun ini. Bau udara segar dari air terjun menyinggah di hidung dan menghantar isyarat ketenangan yang amat kepada otak aku..
Badrul Hisham
Can you feel that? Bila baca part yang aku quote tuu, rasa macam ya Allah nakpi sini!! Hihi. Macam aku pernah bagitau kat entry2 sebelum ni. Aku suuuuka sangat air terjun!! ^_^

Selain tu, ada part yang mendebarkan. Aku pun naik risau bila baca. Mengapa? Sebab penulis berada di ambang maut masa tengah seronok main surfboard kat pantai Daytona. Lepastu jugaklah aku baru tau pasal fenomena Rip Current iaitu fenomena air yang akan menolak seseorang ke arah laut dan bukan ke arah pantai. But, alhamdulillah semuanya okey. :)

Kalau dekat buku lepas penulis hampir kena pau tapi tak jadik, dalam buku ni penulis dan dua sahabat beliau siap kena tahan polis. Pasaipa tu, hangpa kena baca sendiri. Yang paling kesian, kawan penulis si Badrul Hisyam tu. Dia yang paling teruk kena. Siap kena troll lagi kat polis sampai pucat muka. Adeh! -.-

Tapi, semua tu pengalaman kan? Pahit dan manis, semuanya berharga dalam hidup kita. Dan dengan pengalaman jugaklah, kita akan dapat belajar banyaaaak perkara dalam hidup.
Pergilah mengembara dengan berbukukan pengalaman walau sedikit kerana pengalaman itulah yang mengajar kita bersyukur.
Hirzawati Atikah
Sebenarnya, terlalu banyak lagi tempat2 menarik yang penulis coretkan dalam buku ni. Tapi, biasalah disebabkan tukang review kurang kerajinan. Sikit jerlaa ceritanya. Kenapa ramai homeless dan pengemis dekat MacDonald? Dorang jumpa IronMan ke kat sana? Gerbang semula jadi di Taman Negara National Arches di Utah? Semuanya ada dalam buku ni. Macam buku lepas jugak, banyak gambar disediakan. So, bolehlah jugak kita kenal negara orang walaupun kita sendiri tak jejakkan kaki lagi ke sana.

Suatu hari nanti mungkin? InshaAllah.. :)



Post a Comment

6 Comments

  1. wahh saya pun suka baca buku camni. it open our mind as ourselves pula yang mengembara for sure akan cari buku ni.. follow sini #946
    follow back and keep in touch ukthi :)

    ReplyDelete
  2. Haritu pun teringin jgk nak join contest review buku niih tp xsempat nk g cari buku niih. Sempat baca versi online yg free tuu je .hehe. part air terjun tuu dah baca. Fuhh, rasa mcm nak pergi sana jgk. Dah lah nmpak cntik air terjun tuu

    ReplyDelete
  3. macam tertarik dengan buku ni. nak msuk list la :)

    ReplyDelete
  4. Ada dkt MPH tk this book?

    ReplyDelete
  5. Masuk list buku nak beli hujung bulan ni :)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.