Penulis: Syafiq Aizat
Publisher: FIXI

First buku yang aku beli adalah AWAN. Bila aku tengok, rupanya buku AWAN tu adalah buku kedua. So, aku tahan dulu nafsu aku untuk baca buku tu sampaila aku jumpa buku pertama iaitu AJAIB. Sebabtu lah cover untuk buku AWAN tu beza dengan buku AJAIB dan AKSARA.
Lepastu, barulaa aku boleh baca dengan happy ever after~ Ehh? Tetiba. -_-

Okey, ketiga-tiga buku ni sangat menarik bagi aku. Tapi, aku rasa yang paling best buku kedua which is AWAN. Kalau kau nak baca yang seram-seram sikit maybe buku first adalah yang terbaik.

Ketika-tiga buku cerita pasal budak yang ada six sense. Dalam buku AJAIB, budak rambut selerak nama Izat sebagai watak utama. Dia ada kelebihan boleh nampak hantu. Dengan kelebihan dia nih, dia banyak bantu kawan-kawan dia. Walaupun dia seorang yang nampak tenang dan matang dari usia, dia sebenarnya selalu tertekan dengan kelebihan yang ada pada dia. Kesian kan?
Sampai satu hari dia jumpa sorang budak nama Fa'iq. Budak tu cakap something kat dia, sampai buat dia rasa lagi tenang. :)
Tanpa kegelapan, kita takkan nampak bintang.
Budak Fai'q ni jadi best friend Izat pada buku kedua iaitu AWAN. Rupa-rupanya si Fa'iq ni pun ada six sense jugak. Dia boleh baca fikiran orang, sebabtu dalam buku first dia boleh tahu Izat tu boleh nampak hantu. Fa'iq jugak boleh nampak imej hantu yang Izat nampak, sebab Fa'iq kan mind reader. Dalam buku ni, dorang banyak mennyiasat untuk merungkaikan persoalan2 yang berlaku pada Izat sampai semuanya terjawab. Lepas semua terjawab, ada satu benda yang Fa'iq tak pernah jangka berlaku pada Izat..

Last but not least, pada buku ketiga iaitu AKSARA Fa'iq jumpa lagi ramai budak2 six sense. Dia pun pelik macam mana boleh ramai sangat budak2 six sense yang wujud kat dunia ni dengan 'kuasa' yang berbeza-beza. Hanya enam orang yang boleh ada six sense, jika muncul 'kuasa' yang baru, salah seorang akan mati? Betul ke teori tu?
Izat. Betul ke 'kuasa' dia boleh nampak hantu? Semuanya hanya terjawab dalam buku AKSARA.

.

So far, buku ni menarik. Bila baca, rasa nak terus dan terus membaca. Sebab banyak sangat persoalan yang perlukan jawapan. Bukan cerita klise yang pastinya. Haha. So, sape yang belum baca lagi dan sukakan buku yang ada kelainan. Ketiga-tiga buku ni are highly recommended!

Btw, buku ni khas untuk pembaca matang sahaja. Siap ada tulis kat cover buku. Haha
Eh, korang dah baca ke buku2 ni? ;)