Pulau ketiga selepas Pulau Perhentian dan Pulau Langkawi. Pulau Pinang tak termasuk ye. :P
4 Februari 2016
Kami cuba untuk bergerak seawal mungkin ke Marina Bay sebab nak naik feri yang paling awal , kalau tak silap pukul 7.15 kot yang paling awal. Tak ingat pulak. Tapi, tak sempat. Kami naik feri yang pukul 8.00 pagi. Tu pun sempat marathon jugak. Kena berlari sebab feri macam dah nak gerak masa tu. And yes, kami orang last naik feri sebelum bertolak ke Pangkorrr!
First view masa mula-mula sampai |
Pinkkk! Mesti ramai yang melting kan? Haha |
Kemudian, kami pun naiklah kereta pergi ke Coral Beach. Kat situ korang boleh naik bot untuk ke satu pulau kecik. Serius, aku lupa nama lagi. Maafkan aku!! Teruk betui. :'(
Pantai yang sentiasa memberi ketenangan bila memandangnya. |
Sangat cantik kan? Bolehlaa nak bajet princess kat buaian tuu. :P |
Nampak tak pulau kat tengah depan tuh. Kat situlaa kita akan pergi naik bot. :)
Dah sampai dan diturunkan dari bot. |
Pulau Pangkor banyak batu-batu. Ada batu bentuk buaya. |
Sebelum kami diturunkan dari bot, bro yang drive tu pusing dulu pulau kecik tu and dia tunjuklaa batu-batu yang betuk buaya tu. Lepastu dia punya pro bawak bot tuu memang bestlaa. Tabik springg!
Lepak kat situ, yang lelaki buat aktiviti snorkelling. Kami yang perempuan ni bro tu letak dekat sebelah yang jauh sikit dari geng lelaki. So, kami boleh main air dengan amannya. Ditinggalkan kat situ perempuan je. Sempat jugaklaa mandi-mandi, lepastu berjemur keringkan badan sebelum bro tu datang ambik balik. Seronok berjemur atas batu. Haha
Untuk pengetahuan, kat situ ada jugak tempat yang macam hutan-hutan sikit. Bolehlah kalau nak masuk situ. Taktaulaa boleh cakap jungle trekking ke tak, sebab laluan dia memang tak mencabar sangatpun. Tapi, sempatlaa jugak letih sikit. Kami siap dua kali naik, sebab dia just hutan yang memisahkan pantailaa kiranya. Berbelitnya rasa ayat, kalau tak paham buat2 paham jerlaa ye. :P
Masa ni langit dah mula mendung |
Time to say goodbye~ |
Kejap je kami pegi. Dalam pukul tiga tu naik feri untuk balik. Tu pun dah puas hati dah. Pulau Pangkor boleh tahan banyak juga sampah kat sana. Sedih. Pelancong tetap ramai, so kena jaga mata sikitlah ye kalau pegi sana. Harhar
Maap atas perkongsian yang tak seberapa. Maklumat pun banyak yang aku dah lupa. Mampu share gambar dan pengalaman je. Tu pun tak seberapa jugak. LOL. :P
Orait, tata titi tutu. ^_^
15 Comments
Bestnya...saya tak pernah sampai lagi. Jom join GA saya:
ReplyDeletehttp://www.stanzaku.com/2016/02/ga-header-blog-logo-atau-cover-photo-fb.html
Nanti ada masa, pegilaa eh? Hehe
DeleteTerima kasih jemput. :)
Subhanallah, cantiknya pantai tu! bila lah dpt ke sana huhu
ReplyDeleteIn shaa Allah. One fine day. Jgn lupa pasang niat dan doa. :D
Deletelautan salah satu sumber duniawi yang memberi ketenangan...
ReplyDeleteBetul tu kan. Tengok lautan yg membiru sgt2 tenang fikiran. Subhanallah. :')
Deleteeeeee comelnyaa kaler pink tuh hahah ecah pun pernah pi sini jugak.memang cantik Subhanallah
ReplyDeleteKannn? Comel je van teksi dia. Hehe
Deletebest kan pi pulau.. pulau pangkor pulau pertama yang fie pernah jejak kaki..
ReplyDeleteternyata y nama nya pulau tuu, best sgt2.. tenang aman nyaman..
teringin nak pergi terjah pulau pulau lain jgk... one day insyaAllah
Betul. Semua pulau bestt! :D
Deleteahh bestnya dapat pi pulau pangkor <3
ReplyDeleteBest, nanti ada kesempatan fifi pegilaa eh? Hihi ^^
DeleteCantiknya gambar2 yang Ana share :)
ReplyDeleteTerima kasih. :)
Deletepercaya atau tidak yana tak pernha sampai lagi P>Perhentian. langkawi dah sampai kihkih
ReplyDeleteBismillah. Titipkan kata-kata anda.