Alhamdulillah ala kulli hal. (Syukur kepada Allah atas setiap perkara)
"Awak! Awak sayang abah awak tak?"
"Eh, saya takde abah. Ada daddy jer."
Ish. Budak nii. Tak kesahlaa abah ke, daddy ke, abi ke, abeoji ke..(Korea punya saya pun tak pasti, hasil gugel je tuu. Hikhik)
Senyum.
Saya pasti mesti semua orang sayang abah masing-masing kan?
Walau abah awak ada buat silap banyak manapun dekat awak, awak WAJIB sayangkan abah awak. Tau? Paham? Oke, bagus. :)
Baiklah.
Persoalan dari saya, adakah dengan menyayangi abah awak dengan sepenuh jiwa raga itu sudah cukup tanpa perlu dizahirkan dan dibuktikan dengan perbuatan dan kata-kata manis dari awak.
"Eheh. Kamonlah, sayang dalam hati dah cukuplah!"
Betulke? Kalau sekadar sayang dalam hati sudah cukup. Awak setuju ke kalau saya cakap boleh tengking abah selagi mana kita tahu yang kita masih sayangkan mereka. For sure, tak bolehkann?!
Justeru itu, sahabat-sahabatku. Marilah kita bersama-sama berlaku baik kepada mereka. Bersopan-santunlah dengan mereka. Beradablah dengan mereka.
Dan, satu perkara penting yang ingin saya berpesan. Kepada diri terutamanya, dan juga kepada sahabat-sahabat muslimat yang di luar sana yang saya kasihi pastinya kerana Allah.
"Tutuplah auratmu.."
Kalau awak sayang abah, tutuplah auratmu wahai sahabiah. Jangan kerana kita, mereka ditarik ke neraka. Naudzubillah..
Cuba bayangkan bagaimana perasaan abah apabila ada di antara kita yang tidak mahu mendengar katanya bila dia menyuruh kita menutup aurat.
Hancur.
Luluh.
"Bagaimana nasibku di akhirat sana? Bagaimana nasib anakku di akhirat sana? Bagaimana dengan mata lelaki-lelaki rakus di luar sana?"
Allah.. Fikirkanlah sahabat-sahabat.
Jadi, sahabat-sahabat. Masih belum terlambat!
Jom kita sama-sama tunaikan perintah Allah. Sekaligus menenangkan hati abah kita.
betul..akak setuju..mudah mengucap sayang..senang mengungkap kata..tapi bagaimana kita kaitkan rasa sayang itu dari dunia hinggalah akhirat..salah satunya aurat..jaga aurat..PENTING SANGAT.
5 Comments
betul..akak setuju..mudah mengucap sayang..senang mengungkap kata..tapi bagaimana kita kaitkan rasa sayang itu dari dunia hinggalah akhirat..salah satunya aurat..jaga aurat..PENTING SANGAT.
ReplyDeleteBab aurat , ramai yg tak alert!
ReplyDeletemoga Allah tunjukkan hikmah Nya lalu diberikan hidayahNya . Aamiin
Terima kasih atas peringatan ini;)
ReplyDeleteya betul. jom syg abah
ReplyDeleteSangat sangat setuju dengan entry ini :)
ReplyDeleteBismillah. Titipkan kata-kata anda.