Dear You, Let's Read. :D

Bismillahirrahmanirrahim. (Mulakan sesuatu dgn bismillah)

Saya bercakap dengan seorang senior. Hebat orangnya. Boleh dijadikan contoh yang baik in shaa Allah.

"Akak dulu boleh habiskan tiga buah buku dalam satu minggu". Huh! Terkejut saya. Saya nak habiskan satu buku sebulan pun bukan main susah lagi. Dan semestinya bukan akak ni sorang jer, tapi majoriti sahabat2 saya sangat rajin membaca.

Alhamdulillah. Mempunyai sahabat2 yang baik menjadi medan untuk saya sentiasa bermuhasabah. Kenapa sahabat2 saya boleh tapi saya tidak boleh. Betul tak? Oo, dan suka saya ingatkan buku yang dibaca bukanlah novel2 cinta mahupun bahan bacaan yang me'lagha'kan tetapi bahan bacaan ilmiah. Sebagai contoh buku sirah, haraki dan ekonomi.



Pernah juga saya ke bengkel penulisan.Tips yang dikongsikan untuk menjadi penulis yang baik adalah dengan banyakkan membaca. 5 tips yang diberikan iaitu :

  1. Membaca
  2. Membaca
  3. Membaca
  4. Membaca
  5. Menulis
Kunci untuk seseorang berjaya dalam bidang penulisan adalah dengan membaca. Yeah, dan tidak peliklaa jika saya ketandusan idea untuk menulis di blog ni sebab kurangnya membaca. uhukuhuk!
osemnyer!! one day in shaa Allah. hee :D
Ok, so apa kata sekarang ni kita sama2 cuba baca buku banyak sikit. Sebulan satu buku atau mungkin sebulan dua buku. Kita mesti ada target yang kita nak capai. Buat masa ni, target saya nak habiskan baca buku 'Biografi Muhammad bin Abdullah'. Target saya nak habiskan hujung minggu ni memandangkan hujung minggu ni xde kerja sangat. I can do it! In shaa Allah. hehe :D
dah lama pinjam dgn akak senior tp xhabis2 lagi.. :3



Post a Comment

2 Comments

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.