Syaitan Mengejutnya untuk Solat..

Assalamualaikum dan selamat petang buat kawan2 semua..
hari ni saya nak berstory mory dekat korang semua pasal Syeikh Abdul Qadir al-Jilani..
best citer dia..meh dengar meh..hehe

Satu hari,akibat keletihan yang amat sangat Syeikh Abdul Qadir hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba..
Melihat keadaan itu,syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir..

Syeikh Abdul Qadir pun terbangun.mujur waktu subuh baru sahaja masuk.dalam pandangan mata hatinya Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.maka,berlakulah perbualan..

Syeikh:mengapa kamu kejutkan aku untuk solat subuh sedangkan kau amat benci kepada orang yang solat?



Syaitan:aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh.


Syeikh:kenapa?


Syaitan:aku takut jika kau terlewat untuk solat subuh,kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan2 yang banyak dan lebih serius.kau akn bersedekah.kau akan membantu orang lain.kau akan mengajar lebih lama.kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit.dengan itu,aku dan kawan-kawanku pula yang akan bertambah susah.jadi,lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya agar kami tidak perlu menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan2 baik kamu.


credit to uncle google.heheh


begitulah kawan2 betapa hebatnya Syeikh Abdul Qadir al-Jilani..sudah tentu sangat jauh bezanya dengan kita yang sering liat untuk bangun mengerjakan solat.

syaitan itu juga sangat inovatif dalam menyesatkan manusia..pelbagai taktik yang digunakan untuk menarik kita ke arah kelalaian..semoga kita terus berada dalam nikmat iman.Amiin.
kredit to majalah solusi isu no.25..







Post a Comment

12 Comments

  1. sokong entry ni..syaitan memang banyak strategi untuk menyesatkan kita...


    SEGMEN "JOM KONGSI PENGALAMAN SERAM"

    ReplyDelete
  2. betul tu syaitan sering berusaha untuk menyesatkan cucu-cucu adam..

    ReplyDelete
  3. yesss..bnyk betul tektik yg syaitan ni guna nk sesatkan manusia...

    ReplyDelete
  4. @NasZ
    sebab tu kita pun kene bermujahadah untuk melawan nafsu dengan sungguh2..syaitan xreti berputus asa..

    ReplyDelete
  5. salam..entry yg bagus..teruskn dgn kisah2 sprti ini..;D

    ReplyDelete
  6. salam..syukran singgah blog ana... salam ukhuwah fillah dari ana jua...

    Jadikan hari ini lebih hebat dari sebelumnya.. Teruskan menulis... mg Allah Redho :)

    ReplyDelete
  7. syaitan kerja menyesatkan manusia..kadang2 manusia sendiri menyesatkan dirinya :)

    ReplyDelete
  8. @azizul
    yup!semoga kita dilindungi daripada syaitan yg terkutuk..

    ReplyDelete
  9. @Bella Bell
    em,syaitan dah berjanji akan menyesatkan manusia..naudzubillah!

    ReplyDelete
  10. @miezaniera
    wa'salam..syukran..i.Allah akan diteruskan.doakan ana.

    ReplyDelete
  11. @Mencari Redhatullah
    wa'salam..afwan.
    i.Allah!terima kasih sekali lagi ya..^__^

    ReplyDelete
  12. @Aida Omar
    manusia xdapat nak kawal nafsu..semoga kita dilindungi..

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.