![]() |
Abaikan makhluk hidung pink tu,~ >_< |
Sebelum tu, saja nak share dengan korang yang aku tengok cerita ni dekat laman web KissCartoon, manalaa tau ada yang nak tengok jugak ke kan? KissCartoon quality video dia agak terbaiklah bagi aku. Aku kalau nak tengok kartun online, aku cari kat sinilah. Tapi, takde subtitles laa. Kalau nak tengok anime pulak, aku tengok dekat KissAnime. Quality terbaik dan ada subtitle English. Aku syak dorang adik-beradik sebab ada Kiss kat depan tuh. Hihi
Sebenarnya macam biasalah, aku kalau tengok kartun disney taksahlah kalau aku tak menangis. Haha whyyy? Tengok cerita/drama manusia boleh pulak hati kental. Tapi bila mai tang kartun jadi hati tisu pulak. Uhuk!
Okey, Moana ni sebenarnya dari kecik dia memang sangat sukakan laut. Tambah-tambah lagi nenek dia pun suka bagi galakan dekat dia. Tapi, masalahnya adalah ayah dia yang merupakan ketua dekat pulau tu memang tak bagi main dekat laut sangat. Kalau nak tangkap ikan pun, sampai dekat area tertentu je. Takleh melepasi sempadan yang dah ditetapkan.
Bila Moana dah jadi gadis, dialaa pulak macam bakal jadi ketua kat situ. Tiba-tiba dekat kampung tu macam dilanda musibah gitu. Tanaman tak menjadi dan hasil tangkapan pun tak menjadi. Masa ni lah, Moana bersemangat balik bagi cadangan untuk pergi cari ikan melepasi sempadan tu. Of course, ayah dia naik berang dan Moana pun macam merajuk gitulaa.
Rupanya, ada sebab kenapa ayah dia sangat protective dan jaga sangat penduduk situ dari pergi melepasi sempadan tuh. Perghhh, kat sini serius sedih wehh! Haha boleh banjir kejap tau tak?
Tapi, nak dijadikan cerita ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan Moana terpaksa tinggalkan kampung tu dan mengembara naik perahu (eh, perahu ke tu?) mencari seorang lelaki bernama Mawi. Kalau tak silap akulaa, aku dengar macam dia sebut Mawi kalau salah maaflah ye. Mawi ni lah yang banyak bantu Moana tu.
And the adventure begin!
Moana sangat-sangatlah berani dan bersemangat waja. Eceh! Korang boleh bayangkan tak? Dia berani belayar seorang diri padahal dia tak pandai pun nak belayar atau control kapal tu. (kartun Fatihah, kartun tuu!) Okeyy, but still I was like wow and perghhh! Hihihi boleh faham tak perasaan aku macam mana tu? 😜😜
Serius, aku suka sangat cerita disney yang tak terlalu princess macamni. Mereka lasak dan sangat berdikari. Dengan aku-aku sekali naik semangat bila tengok cerita macamni. Thumbs up lah! 👍👍
Haha, okeylah. Malas dah nak ulas panjang-panjang. Nanti jadik spoiler pulak bagi sesiapa yang tak tengok lagi. Pendek cerita, cerita Moana memang terbaik!
👽👽👽
Sambil aku tulis entry ni, aku ada jugak belek-belek instagram. Lepastu, aku jumpa gambar ni. Serius, rasa macam kena cucuk dengan belati kejap. Taknak kena cucuk sorang-sorang, maka aku share gambar tu kat sini. Uhuhuhu~
![]() |
Sumber |
31 Comments
Gambar bawah sekali tu sangat #makandalam. Huhu ��
ReplyDeleteDan2 je saya ter'scroll gambar ni sebelum post. Tu share kat sini. :)
Deletehehehe. samalah suka layan kartun gak. hehehe. yang bawah sekali tu memang sentap dibuatnya ;D
ReplyDeleteKan? Okeyy, jumpa geng. Ramai sebenarnya geng pencinta kartun nii. Hehe
DeleteSaya pun baru je lepas tgok moana. Best jugak la kan. Sy pun download dri kisscartoon. Tggu masa full hd baru blh download sbb nak tgk video dgn kualiti yg baik. Haha. Sama jugaklah dgn kissanime tu 😂😂😂😂
ReplyDeleteGambar bawah tu memang terbaik la kan. Saya pun kdg2 menangis tgk kartun yg sedih2 😂😂 adoi😆
#nangisberjemaah 😭
Haah. Tapi, kena tapis jugak tengok kartun yang non muslim ni kan?
DeleteAmbik yang sisi positif dan moral value dia jerlaa. Hihi
Sobsob. Senyum dalam keperitan. :"(
Hahahaha dah syok syok baca yang atas aduhhh pedih tertusuk betul yang bawah tu 😂
ReplyDeleteKankan. Samalaa kita bila scroll2 nampak gambar tu. :)
DeleteLepas ni saya nak kisscartoon.
ReplyDeleteHaha. Silakan tuan.
DeleteSampai skrg, saya masi belum tgk movie ni. Hari tu mmg nak tgk tapi full. Jadi plih tgk wyg sing ajelah. Ini pun best. Tapi thanks for sharing web tu. Nanti ada masa nak tgk.;)
ReplyDeleteOrait, no probs! ;)
DeleteNak tau, tak nak? Ok, nk citer jugak. Sebenarnya akk yg ada ank besar2 ni pun peminat katun. Nnt nk download citer ni.
ReplyDeleteHaha. Forever young akak! ;)
DeleteEh, air mata mengalir sampai ke sana ke tuan? Haha
ReplyDeleteDah tengok haritu, hihi dengan anak buah, mestilah layan cartoon je,huhu. Alamak, deep betul gambar last tu...
ReplyDeleteBestnyaa layan kartun dengan anak buah. Lagi meriah, nanti semua benda kena explain dekat dorang. Takpun dorang yg ralit duk explain dekat kita. Haha
DeleteAlamkkkkk kenapa deep sangat tu gambar last :(
ReplyDeletebtw tak pernah tengok lagi kartun ni dan tak rasa nak tengok.
sebab tak suka kartun jenis macamni.
Haha. Mungkin sebab kartun ni macam 'go girls!" sikit. Siap ada nyanyi2 gitu~
DeleteAkak pun baru tengok.. Pengajaran yang diberikan sebenarnya bagus..
ReplyDeleteSepatutnya kita terus berusaha bukannya menyerah dan menerima sahaja takdir..
Gambar yang last tu memang menyusuk ke hati.. Hahaha..
Betul2, pengajaran macamtu lah yang kadang2 buat kita bersemangat kan?
DeleteHihi. Bagi peringatanlaa sikit lepas seronokk menonton~ :P
Atleast xde lah asyik princess.. princess je kan.. ada sumthing different..
Deletesaya tak minat sangat tengok kartun. komik last tu agak sentap g=la untuk saya yang kuat nangis ni. stapler hilang pun nangis huhu pasni kena banyakkan tangisan keinsafan
ReplyDeleteHaha comel je stapler hilang pun nangis. InshaAllah, sama2 kita baiki diri. :)
DeleteGamba bawah tu serius deep..Anyways, sorry tak bce full sinopsis tu sbb takut spoiler.. haha.. belum tengok lagiiii
ReplyDeleteHehe. It's okeyy. Kalau baca spoiler, memang terus rosak mood nak tengok cerita. :P
Deleteangkat tangan sebab tak tengok lagi Moana ni.lama tak menangis sebab movie.nangis atas tikar sejadah lagi dah lama tak buat.aduh sentap. huhu
ReplyDeletex tgk lg... tp yg bawah tu... mmg deep...
ReplyDelete#mohonterasa
sy ngaku lom tengok lagi kartun ni. banyak sangat sy nak tengok tapi last2 semua tak tertengok. aduhhh. yang penting gambar dari ig tu juga lah #deep
ReplyDeleteterima kasih share link web tu.. :) :) hehe
ReplyDeleteAla Ala siqah tak tengok lagi Moona. Tunggu kat Astro Best tapi takde lagi pun. huu. Ramai review kata filem ni best tau..
ReplyDeleteDeep sungguh gambar last tu Ana. Meh nangis berjemaah T_T
Bismillah. Titipkan kata-kata anda.