Penulis: Musa Nuwayri
Publisher: DuBook Press
ISBN: 978-967-07234-7-1
Buku ini pasal mengisahkan tentang seorang lelaki. Ya, lelaki yang biasa-biasa tapi sebenarnya luar biasa. Beliau merupakan pengasas kepada satu badan NGO yang memperjuangkan keamanan iaitu Tangisan Syria di Bumi Jordan. Sebenarnya ayah kepada penulis ni adalah lecturer UTM, pernah jugak dengar talk dari Prof dan berkesempatan jugak jumpa dengan isteri beliau. Memang mak ayah yang superb!
Turut diselitkan kisah penulis ketika di zaman sekolah menengah iaitu di Maahad Muhammadi Lelaki. Bagaimana beliau ditarbiyah di bumi Maahad, tak kurang juga kenakalan-kenakalan yang pernah dilakukan beliau bersama temannya. Ada juga part di mana penulis terkantoi dengan ustaz sendiri masa fly (keluar secara haram dari asrama). Nak tau sebab apa penulis sanggup fly keluar asrama, tu kena baca sendiri. Heheh
Okey, penulis sambung belajar ke Jordan dan kat situlah beliau rasa nak bantu pelarian Syria di Jordan yang kehidupan mereka sangatlah daif dan susah. Penulis berjaya menjentikkan rasa bersyukur dalam setiap rezeki yang aku peroleh dan menimbulkan persoalan pada diri aku, apa yang aku dah buat selama ini untuk bantu saudara Islam yang dalam kesusahan? Seronokkah aku tidur malam dengan lena sedang mereka bertarung dengan sejuk malam kerana tiadanya selimut? Enakkah makan nasi dengan pelbagai lauk-pauk sedang saudara Muslimku di luar sana makan sekali sehari pun belum tentu? Allahu..
Dalam buku ini juga turut diceritakan tentang beberapa keluarga dan anak-anak Syria yang telah dibantu. Sungguh, mereka sangatlah kuat walaupun hidup dalam kesusahan dan ujian. Walaupun kehidupan mereka serba kekurangan namun jiwa mereka tersangatlah besar.
😸😸😸😸😸😸😸😸
Sedikit update tentang penulis sekarang. Beliau telahpun kembali ke Malaysia kerana disuruh balik oleh pihak kerajaan Jordan. Sebelum pulang, beliau sempat dimasukkan ke dalam penjara. Allahu, ujian yang hebat untuk orang yang hebat.
Buku ini sangat disarankan untuk dibaca bagi menambah rasa kesyukuran kita ke hadrat Ilahi dan kesedaran kita terhadap kesusahan yang dialami oleh saudara-saudara Muslim kita di luar sana. Keep praying dan cubalah bantu apa yang termampu dari kita. Wallahu a'lam.
13 Comments
boleh masuk dalam list jugak ni. harap2 dapat tarbiah diri ni. thanks Ana for sharing :)
ReplyDeleteRecommended kak! InshaAllah boleh.. ;)
Deletemacam best la novel ni..
ReplyDeleteSangat best kak! (Y)
Deleteoh why dia masuk penjara?! kena beli buku ni sbb nampak best
ReplyDeleteRasanya takde sebab yg kukuh pun. Sekarang dia banyak bagi talk share pengalaman lepas balik Malaysia.
DeleteKena beli!! Hihi
Kenapa beliau dipenjarakan di Jordan? Huhu. Menarik buku ni ana :) Rasa diri susah dan sebenarnya ada lagi orang lagi susah daripada kita.. syukur untuk semua yang kita ada :)
ReplyDeleteAllahu.. Betul tu tuan. Kesedihan seorang ayah bila tengok anak2 dia dalam kesusahan.
ReplyDeleteSalam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ni. :)
ReplyDeletememang luar biasa org nyer!
ReplyDeletegood sharing..
ReplyDeletesaya sekarang dah tak sempat nak baca novel or buku.. duk habiskan masa baca journal paper jer. huhu
ReplyDeleteAkan dimasukkan dalam list.. tq for sharing..
ReplyDeleteBismillah. Titipkan kata-kata anda.