Resepi Biskut Tart Nenas Bunga | Main Masak2


Okeyy, saja nak share resepi biskut tart nenas bunga ni yang saya buat masa hari raya haritu. Ingat nak share before raya, tapi tak berkesempatan pulak. Hihi. Eh,btw betul ke nama dia tart nenas bunga? Saya tau tart nenas gulung je, yang ni tak sure orang panggil apa. Muehehe

Resepi kali ni saya amik dari dapur kak Jee. Terima kasih banyak akak sudi share resepi. :)

Bahan-bahan

  • 300 gram tepung gandum
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu gula aising (saya mesin gula pasir)
  • 200 gram butter
  • 2 kuning telur
  • Jem nenas (boleh beli kat kedai atau buat sendiri)


Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula aising ke dalam satu bekas.
  2. Masukkan butter ke dalam bekas.
  3. Gaulkan dengan tangan. (Ramas-ramaskan semua bahan)
  4. Masukkan telur kuning dan gaul-gaul lagi sehingga menjadi doh yang kekuningan.
  5. Canai doh biar jadi setengah inci ataupun setebal mana yang anda mahukan. Make sure doh tu letak kat tengah-tengah plastik supaya tak melekat. (Kalau takde pencanai, boleh kreatif cari botol, gelas, ataupun sbagainyaa. ^_< )
  6. Masa untuk menekap!! Ulang langkah 5 dan 6 ni sampailaa semua doh digunakan. Jangan berhenti separuh jalan ye!
  7. Letak jem saya suruh adik. Kiki. Dia pakai sudu je..
  8. Kita bakorrr dia!! Guna suhu 170degree selama 20-30 minit.
  9. SIAP!!
Macamnii lah rupa doh tu..:)
Hasil biskut tart yang dah siap dapatlah sebanyak bawah ni. Cukuplah untuk sekali raya. Ni pun sampai sekarang ni tak habis lagi. Biasalaa, raya orang bukan makan sangatpun biskut nii. Sekadar untuk penyeri dan memeriahkan raya orang kata. Sekarang ni, saya dengan mak sayalaa duk kunyah2 biskut ni depan tv. Hihi. :P

DONE!!


Post a Comment

6 Comments

  1. sis suka tart nenas bunga dr tart gulung! =) sedap2..

    ReplyDelete
  2. Suka sangat yg banyak isi tu XD

    ReplyDelete
  3. Akak memang lebih gemar tart bunga berbanding yang gulung :)

    ReplyDelete
  4. Suka sangat biskut tart nenas...

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.