Books

Memperingati Imam asy Syahid Hasan al-Banna (Review)

Sunday, June 29, 2014

Bismillahirrahmanirrahim.
In shaa Allah, petang ni saya ingin cuba untuk me'review' buku yang baru saja saya habis baca malam tadi. Sejujurnya, saya memang kurang berkemahiran dalam me'review' ni, tapi ada seorang sahabat saya yang sangat menggalakkan saya untuk cuba, kerana katanya dalam kita me'review' buku in shaa Allah akan ada orang yang bakal tertarik untuk membaca buku tersebut.

Heh.
So, here i'm trying to do it!

Edisi Khas Revolusi Mesir 2011.
Editor : Riduan Mohamad Nor



Buku ini mengisahkan tentang seorang ulama' besar iaitu Imam asy Syahid Hasan al-Banna. Nama beliau tidak asing lagi bagi pejuang-pejuang Islam kerana pengaruhnya dalam Islam sangat besar. Beliau merupakan pengasas kepada jemaah yang juga tidak asing lagi iaitu jemaah Ikhwanul Muslimin.

Sejarah Ikhwanul Muslimin bukanlah calang-calangnya. Ramai ahlinya diberikan tekanan dan juga dizalimi oleh kerajaan. Mereka disumbat ke penjara tanpa ada perbicaraan. Namun, yang menariknya apabila penjara yang menempatkan jemaah Ikhwanul Muslimin ini berjaya ditukarkan kepada 'sekolah agama' oleh mereka. Betapa mantapnya tarbiyyah mereka, mengambil setiap peluang yang ada untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.

Buku ini juga turut menyentuh tentang Revolusi Kebangkitan Mesir di mana penduduknya bangkit untuk menjatuhkan pemimpin yang sekian lama menzalimi rakyatnya. Dan dapat dilihat betapa besarnya suara rakyat apabila mereka berjaya menjatuhkan Hosni Mubarak!
Dan,apa khabar dengan Malaysia? Adakah negara kita juga wujud ciri-ciri penindasan terhadap rakyat? Anda sebagai rakyat pasti mengetahui jawapannya.

............

Ok, baik!
Hari ni 1 Ramadhan. Yeuuhuuuuuu!!
Malam tadi terawih first di UTM. Huhuks. Sedih tak dapat berpuasa di rumah tapi turut happy sebab first time puasa kat UTM. Boleh bajet2 obersea sebab berterawih dgn foreigner jer yang ramai. Kihkih.

checklist dari RPIUTM :)
Apapun, semoga Ramadhan kali ni akan menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita semua. Perbanyakkan amal dan tambahkan ilmu. In shaa Allah, sama-samalah kita ye! ^_^

Diari

Malaysia Global March to Jerusalem

Monday, June 09, 2014

Bismillah.

Yeah! Lama sudah tidak singgah ke blog sendiri, terukkan? hehe
Apa khabar semua? Semoga sihat2 dan ceria2 semuanya di bawah limpah rahmat Allah. :)

MyGMJ
Alhamdulillah, hari Sabtu bersamaan 7hb Jun lepas, saya berpeluang ke Shah Alam mengikuti program Malaysia Global March to Jerusalem (MyGMJ).

Tetamu2 yang hadir
Kami bertolak dalam pukul 2.30 dari Johor dan sampai dekat Shah Alam dalam pukul 7.30. So terus solat maghrib dan jamak Isyak dekat masjid Sultan Abdul Aziz Shah. Siap solat, tengok ustaz Don tengah bagi kuliyyah kat situ. Excited kejap, tapi duduk kejap jer lepastu terus pegi kat dataran untuk program MyGMJ ni. :)   

Beberapa perkara yang saya rasakan perlu dikongsikan di sini antaranya adalah :
Mungkin ramai dari kita yang tidak tahu, banduan di sana sedang mengadakan mogok lapar. Mereka hanya minum air dan garam sahaja. Boleh baca lebih lanjut dekat sini. Sungguh berbeza dengan kita yang duk bermewah2 di sini. Allah.. Tu pun kadang2 sering terlupa untuk bersyukur.

Dan,jangan lupa teruskan berdoa untuk saudara2 kita di sana. Teruskan juga memboikot produk2 Israel. Paling kurang pun, MacDoald dan KFC. Jangan malu untuk memboikot. Boleh juga baca entry saya yang lepas di sini. Apa yang Boleh Saya Lakukan.

Selain dari saudara2 kita di Palestin, doakan juga saudara2 kita di Syria, Mesir dan negara2 islam yang lain. Doakan juga negara kita. Walaupun fizikalnya tidak dijajah tapi mentalitinya, kita sudah parah. Allahu..

Free. Free. Palestine.
From the river to the sea.
Palestine will be free.
Allahu akbar!!

Doa. Doa. Dan teruskan berdoa!!


P E N G O M E N