Me Time Bila Terjaga Tengah Malam

 

Me Time Bila Terjaga Tengah Malam

Me Time Bila Terjaga Tengah Malam

Hari ini aku tertidur dalam pukul sepuluh lebih lagi. Kira awal jugaklah tu untuk aku. Alhamdulillah, anak-anak pun dah tidur keduanya. 

En zauji naik rumah dalam pukul dua belas lebih kot. Sedar tak sedar jer lah aku masa tu. Btw, En zauji ku memang kejap ada kat rumah kejap kat bawah. Sebab tugasnya berkhidmat dekat je, tak perlu keluar kawasan. Alhamdulillah, salah satu nikmat yang sangat patut aku syukuri.

Dalam pukul dua lebih terbangun balik. Masukkan anak-anak dalam bilik. Pastu, sambung ngopii laa pulak. Mula-mula En zauji ku teman jugak. Lepas tu, dah tak tahan mata dia. Aku suruh pergi masuk tidur dulu. 

Dan, aku masih di sini. Jam 4.45 pagi sudah ye sekarang ni tuan puan. 

Siap ngopi, cuci muka, gosok gigi. Haha ber'me time depan cermin kejap. Yadaa yadaa. Just enjoying my me time lah senang citer.

Me Time Bila Terjaga Tengah Malam

Me Time Bila Terjaga Tengah Malam

Sejujurnya, memang seronok sangat waktu dinihari ni. Sunyi dan hanya bunyian cengkerik dan kipas je aku boleh dengar sekarang ni. Dan, jam berdetik jugak. Subhanallah. 

Sambil-sambil ber'me time. Bolehlah buat deep breath. Bertenang. Menikmati setiap hela nafas. Mensyukuri setiap nikmat dari Ilahi. 

Alhamdulillah. 

Sambil-sambil tu jugak. Lidah boleh dibasahi dengan zikrullah. Antaranya istighfar untuk semua ummat. Boleh dibaca sebanyak 27x.

Me Time Bila Terjaga Tengah Malam

Mudah-mudahan me time kita menjadikan kita seorang individu yang lebih cemerlang. Untuk diri sendiri. Untuk suami, anak-anak dan juga ummah!

Ingat, kita harus menjadi seorang yang menghargai diri sendiri terlebih dahulu sebelum kita boleh menghargai diri orang lain. 

Terutamanya ibu-ibu. 

Jaga diri. Jaga mental dan fizikal kita. 

Ibu yang terurus emosinya, in shaa Allah akan dapat mendidik dan menguruskan anak-anak dengan lebih baik dan terkawal lagi. 

Mudah-mudahan, kita sentiasa menjadi ibu yang productive dan bersemangat! 

Jaga diri semua. 
Kalau rasa penat, rehat! 
Jangan paksa diri. 
Tekan butang pause sekejap. Then, sambung lah balik tugas seharian kita. 

Boleh juga amalkan zikir fatimah kalau selalu rasa penat. 
Subhanallah. 33x
Alhamdulillah. 33x
Allahuakbar. 34x

Yang penting sekali, jaga niat sokmo. Buat semuanya kerana Allah. Khidmat kepada suami. Khidmat kepada anak-anak. Khidmat kepada ummah. Semuanya kerana Allah

In shaa Allah, pasti Allah bantu kita. 

Hugs untuk ibu-ibu semua. 
5.06pagi.




Post a Comment

5 Comments

  1. Alhamdulillah!
    Waktu2 macam tu memang tenang sangat.
    Dan semangatnya pun lain macam.
    In shaa Allah!
    Semoga kita semua kekal Istiqomah hendaknya dalam meniti perubahan.
    Agar menjadi hamba Allah yang lebih baik dari sebelumnya.

    ReplyDelete
  2. pagi pagi sebelum subuh memang tersangatlah tenang untuk bersendiri

    ReplyDelete
  3. Memang akan selalu terjaga sebelum Subuh.

    ReplyDelete
  4. me time mmg sgt perlu lbh2 lg utk kesihatan otak. tambah pula dah jadi mak. me time adalah sesuatu yg 'emas'

    ReplyDelete
  5. kadang2 kala terjaga juga pukul 3 hingga 4 pg.

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.