Buat Kamu Si Pencinta Hujan
Hei, kamukah si pencinta hujan itu?
Kamukah yang bila kedengaran rintik-rintik hujan turun, akan mula berbunga-bunga hatinya?
Kamukah yang bila terlihat titis-titis air yang jatuh ke bumi, mula terukirnya senyuman di bibir?
Kamukah yang bila terpercik sejuknya hujan ke pipi, mula mendepakan tangan ke langit.
Melonjak girang selayaknya seorang anak kecil yang beroleh permainan.
Hei, kamukah si pencinta hujan itu?
Jika benar kamulah si pencinta hujan itu. Kamu benar-benar harus bersyukur.
Kerna sedarkah kamu?
Tidak semua merasai apa yang kamu rasai itu.
Kenikmatan dari Tuhan.
Yang Dia berikan kepada kamu.
Merasai kebahagian di atas dunia.
Hanya dengan melihat dan mendengar, turunnya hujan ke bumi ini.
Ianya percuma.
Tidak perlu dibayar.
Cuma perlu dirasai.
Cuma perlu disyukuri.
Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Maa sha Allah, terlalu banyak nikmat dari Ilahi. Tak dapat kita hitung dengan jari.
Yang kita mampu, hanyalah bersyukur padaNya.
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Walaupun kita hamba yang pendosa.
Tetap menerima nikmat yang tersangat banyak.
Bukti sifat pengasihnya Tuhan kepada kita.
Sekali lagi, alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Atas nikmat yang Engkau berikan. Kepada hambaMu yang penuh dosa ini. :")
Jumaat, 20 Jan 23.
Menulis sambil ditemani bunyian hujan.
Alhamdulillah.. ❤️
10 Comments
Dulu2 ada blogger pencinta awan.. setiap hari dlm postnya mesti ada gambar awan yg dia snap.. zaman tu blogger x kejar pv & GA.. best je baca blog zaman tu
ReplyDeletePernah jugak rasanya jumpa sahabat blogger suka awan dengan langit. Memang cantik pun kan. Subhanallah.
DeleteHihi kenangan dulu kala. Sekarang pun ramai lagi kan macam tu. PV dan GA tu kira sampingan laa. Menulis kat blog tu yang best.
alhamdulillah, nikmat hujan yang kadang2 ramai mengeluh bila dia turun...
ReplyDeletesukaaaaaaa sgt bau tanah ms hujan turun. lg 1 baru tar jalan baru turap then kena hujan. wangiiiiii😂pelik kn sy?
ReplyDeleteEmmm emmm macam sama je. Lagi satu, bau rumput lepas kena potong. Tapi ada orang cakap tu berbahagia atas kesakitan orang lain(rumput).. Hahaha
DeleteTeringat arwah kawan Kak Sue, suka sangat dengan hujan nie. Semoga arwahnya ditempatkan bersama orang yang diredhai Allah..
ReplyDeleteKak Sue pulak memang kalah dengan hujan, tak tahan sejuk..
Amiin. Semoga di tempat orang2 soleh.
DeleteSaya pun sama jugak, kalah kalau pagi2 musim hujan. Hihi
Abah pernah cakap tau tak berapa ramai malaikat yang Allah swt kirimkan untuk bawa sebutir hujan ke bumi?! Tak terkira ramainya.. SubahanAllah! Ibu suka dengan bunyi hujan turun.. Kadangkala balik kerja ajak ayah merempit naik motor meredah hujan.. Tapi risau juga keselamatan diri.. Tawakal! Allah sebaik2 yang melindungi kita semua.. ;)
ReplyDeleteharini sepanjang hari hujan! seronok :)
ReplyDeleteSuka hujan.lagi seronok dapat main hujan.teringat dulu masa kecil kecil seronok sangat main hujan
ReplyDeleteBismillah. Titipkan kata-kata anda.