After Two Years: Ummi's Life

After Two Years:  Ummi's Life

Assalamualaikum and hi!

Yup, after two years baru nak buat comeback dekat blog sendiri. Tak tau lah masih ada yang mengenali diri ini atau tak yee. Hehe

Alhamdulillah, kehidupan semestinya tetap berjalan walaupun tiada sebarang update di blog. Dua tahun bukanlah tempoh waktu yang lama, tapi dalam tempoh waktu itu juga boleh berlakunya pelbagai perkara.

Alhamdulillah, aku kini sudah bergelar umi kepada dua cahaya mata. Abangnya pada tahun 2020 dan adiknya pulak lahir pada tahun ini, 2022. Haha tak sangka pun ada jugak bila pikir cepatnyaaa masa berlalu. Pejam celik, dah jadi orang dewasa dah. Aku start berblog ni masa umur 18 tahun yang mana kurasakan sangatlah muda remaja lagi waktu tu. 😆

And yes, being a mother is not an easy journey. But at the same time, ia juga perjalanan yang sangaatlah indah. Mixed feelings. Kadang rasa nak nangis (dah nangis jugak pun), and kadang senyum happy gelak besar dengan karenah anak-anak. Haha itu memang normal kan bila dah bergelar seorang ibu ni? 

Anak duk kacau-kacau kita, kita rasa alahai bila laa depa nak tido ni. Bila dah tido, alaaaa bila nak bangun ni. Nak main dengan dorang.  Haha 

Sama jugak kalau anak tak nak makan. Rasa macam susah hati nyee lah. Tapi, kalau asyik asyik nak makan. Auchh, rasa kurang kerajinan lah pulak nak masak. Hahaha 🤫🤣

After Two Years:  Ummi's Life

Bila dah jadi seorang ibu, barulah kita betul-betul boleh fahami dan rasai pengorbanan ibu kita sepanjang mengandung, melahirkan dan membesarkan kita dulu. 

Aku rasa kenyataan ni memang betul. Perasaan yang fitrah dan bukanlah dibuat-buat. Ia hadir once kau tahu adanya ruh dalam kandungan kau sehinggalah lahirnya bayi yang suci dengan tangisan pertamanya. 

Dan, ajaibnya perasaan itu akan terus berpanjangan. Kasihnya ibu sampai ke syurga. Kan? Insya Allah. :')

Menjadi ibu itu, prosesnya tidak akan pernah habis. Ada sahaja ilmu baharu yang perlu kita pelajari. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah ke sebesar-besar perkara.

MashaAllah.

Sungguh, tidak akan pernah habis kalau ingin berbicara tentang ini (motherhood). Satu post sangatlah tidak mencukupi walau hanya untuk satu persen sahaja.

Namun, cukuplah aku katakan setiap ibu yang berusaha membesar dan mendidik anak itu adalah satu figura yang mashaAllah sangat hebat dan kuat.

It's okay to cry.

It's okay to feel not okay.

Yang penting kita dah cuba yang sebaiknya. Kita boleh berusaha dengan sepenuh daya kita, tapi yang selebihnya kita serahkan urusan anak-anak kita kepada Allah. Kerana Dia lah sebaik-baik Penjaga. Hanya Dialah yang berkuasa sedangkan kita ini tiada apapun. Tak mampu nak berbuat apa, hatta mengangkat jari kelingking sendiri pun. 

Allahu. 

Dan, ketahuilah. Seorang ibu itu pada pandangan anaknya always the best lah. Hihi kan? 

After Two Years:  Ummi's Life

Semoga penat lelah kita dalam menjadi ibu menjadi saham kita di akhirat sana. 

Ibu itu madrasah pertama anak-anak.

Mudah-mudahan dapat kita didik anak-anak kita menjadi insan yang baik dunia dan akhiratnya.

Amiin Allahumma amiin.


Love ❤️,

Ummi yang sentiasa dalam proses belajar. 



Post a Comment

11 Comments

  1. alhamdulillah sy tumpang gembira

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah kak. Lamanya tak keep in touch kan. Kak Anies masih lagi setia jadi orang terawal komen kat post kitee. 😍

      Delete
    2. alhamdulillah...ya ke? kebetulan kot hehehe

      Delete
  3. Welcome back ana!! teruskan blogging ceta pasal anak²... sy follow ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kakmim! Salam kenal. :)

      Delete
  4. welkem back sister hehehe

    ReplyDelete
  5. Happy to hear that you are back with latest update! Tahniah kerana sudah menjadi seorang ibu kepada dua orang cahaya mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Alhamdulillah atas nikmatNya.

      Delete
  6. nikmatilah kehidupan sebagai seorang ibu..tahniah dan teruskan aktiviti berblogging walaupun aktiviti ini kurang komersial berbanding aktiviti lain

    ReplyDelete
  7. tahniah ibu baru :)
    alhamdulillah. menjadi ibu ni impian setiap wanita.
    bersyukur krn kita ada nikmat ni.

    anak2 aida da besar2. blog pun penuh cerita diorang.
    blog pun kerana nak tempek kisah diorang jugak la.
    family matters yg boleh dikongsi :)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.