Butterfly Farm Cameron Highland | Jinaknya Rama-rama Kat Sini!

Entry kali ni adalah sambungan dari entry jalan-jalan saya ke Cameron Highland dengan keluargaku tersayang. Untuk kali ini, kami ke Butterfly Farm pulak. Harga tiket dah lupa berapa, salah satu faktor tak ingat sebab bukan saya yang bayar. :P
Tapi, untuk kanak-kanak bawah tiga tahu kalau tak silap adalah percuma. Jadi, disebabkan saya ni kanak-kanak atas tiga tahun. Maka, terpaksalah dibayarkan juga tiket. Kohkoh

Saya excited jugak nak masuk sini walaupun takdelah se'excited bila nak masuk Zoo. Yerlaa, kat sini boleh jumpa satu jenis binatang je. Kalau kat Zoo ada harimau dan singa yang buat kita rasa nak pegi peluk-peluk walaupun tu hanyalah angan-angan yang mungkin tak akan pernah tercapai. Sobsob

Butterfly Farm Cameron Highland | Jinaknya Rama-rama Kat Sini!

Butterfly Farm Cameron Highland | Jinaknya Rama-rama Kat Sini!

Butterfly Farm Cameron Highland | Jinaknya Rama-rama Kat Sini!

Rama-rama kat sini sangat jinak. Kalau nak ambik gambar, memang tak payah susah-susah. Sebab memang senang je. Agaknya sebab depa dah biasa jadi model, jadi depa rileks je bila ada orang nak ambik gambar depa.

Padahal, kalau rama-rama kat kawasan rumah kita memang harapanlah nak ambik gambar. Tetiba teringat kenangan zaman muda-muda dulu tangkap rama-rama pakai plastik yang diikat dekat batang kayu. Fiuuh, terimbau kenanganlah pulak. :') 

Butterfly Farm Cameron Highland | Jinaknya Rama-rama Kat Sini!

Butterfly Farm Cameron Highland | Jinaknya Rama-rama Kat Sini!

Butterfly Farm Cameron Highland | Jinaknya Rama-rama Kat Sini!

Antara part best adalah kalau korang pakai tudung bunga-bunga, rama-rama akan pergi hinggap dekat tudung a.k.a kepala korang tu. Tak ke best? Kakak saya pakai shawl bunga-bunga haritu, so dia dapat perhatian lebih sikit dari rama-rama. I is jealous okey! Taulaa tudung I ni plain je. Sampai hatikan you, rama-rama.
Ok dah, cukup dengan drama!

Butterfly Farm Cameron Highland | Jinaknya Rama-rama Kat Sini!

Butterfly Farm Cameron Highland | Jinaknya Rama-rama Kat Sini!

Butterfly Farm Cameron Highland | Jinaknya Rama-rama Kat Sini!

Maaf, tangan tu berjaya mencacatkan gambar.Saja nak tunjuk yang rama-rama ni jinak sebenarnya.

Tengok tu, bila kita sentuh pun rama-rama tu still tak lari. Best sangat! Tapi, adik saya duk geli dekat rama-rama ni. Haha. Badan rama-rama tu kan macam ulat yang besar. Saya kalau rama-rama besar, ada jugak rasa geli tu sikit-sikit.

Sebenarnya, ada lagi binatang lain kat dalam butterfly farm ni rupa-rupanya. Contohnya seperti kala jengking, hamster, ular and banyak lagilaa. Bagi saya, not badlaa masuk sini. Saya enjoy je. Tambah-tambah dengan anak-anak buah. Memang semangatlaa lari situ, lari sini dengan depa. Hihi
She is like a butterfly. Beautiful to look at, but hard to catch. 🌹
Entry sebelum ni


Post a Comment

36 Comments

  1. nmpak cantik semua ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rama-rama memang sinonim dengan kecantikan kan? :)

      Delete
  2. Laa ingatkan Ana baru 3 tahun. Hehe. Boleh lah ke sini kalau ke Cameron lagi. Thanks for sharing Ana 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akakk! Komen win sangat. Tergelak saya baca. Haha

      Delete
  3. cantiknya ana butterfly tu, akak suka tgk ciptaan Allah yang cantik2... jinak lak tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Tengok keunikan ciptaanNya. :)

      Delete
  4. cntk kan rama-rama 😄 sy suka tengok ular 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Suka jugak tengok ular, ada rasa seram sejuk gitu~ Hihi

      Delete
  5. Banyak ulat bulu lah kat kawasan tu kan? Butterfly kan dari ulat bulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti ulat bulu ke apa, yang pastinya ulat je. Hehe

      Delete
  6. cantiknya rama-rama atas sekali tu! hehe saya pernah pergi dekat zoo negara ada bahagian taman rama-rama cantik juga macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka gambar yang atas sekali tu jugak, nampak mysterious gituu. Haha

      Delete
  7. Cantik dan jinak.. bebudak memang sukalah.. dapat belajar mengenai serangga nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat bebudak kak. Saya yang tak berapa nak bebudak ni pun excited jugak! Haha

      Delete
  8. Color rama-rama yang the last one tu cantik sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hijau memang sentiasa cantik kan? Tenang je.. Hihi

      Delete
  9. cantiknya rama2. siap boleh hinggap kat jari lagi. :D
    teringin jugak nak pergi sana :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, seronok. InshaAllah, nanti boleh sampai sana BV. ;)

      Delete
  10. Cantiknya rama-rama! Dan gambar ana pun semua cantik! Masa siqah pergi dulu rasa takdelah jumpa banyak rama-rama gini. Tanda nak kena pergi lagi ni. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Ye dah tu kot kak. Banyak rama-rama, tapi banyak dekat pokok2 laa. Hihi

      Delete
  11. last pergi sini masa umur darjah lima. kahkahkah maigodd. dah lama sangat tuu. mesti banyak yg dah berubah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh, dah berapa tahun tu agaknya. Haha

      Delete
  12. semuanya cantik2 belaka...kalau x cantik x nama rama2 kan... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat. Rama2 is always beautiful. :)

      Delete
  13. haah lah cantik cantik! malangnya elsa takut dengan rama rama hukhuk. In Shaa Allah next time naik cameron lagi nak kena pergi sini jugak

    singgah klik iklan awak. elsa ada cerita baru :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/kenapa-ibu-sorok-spicy-korean-ramen-elsa.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau elsa pegi sana takut duk lari je dari rama-rama tu. Hihi. Rama2 kat sana dahlaa suka hinggap2. Aiyokkk~ :P

      Delete
  14. byk lak.. ritu pi macam sket ja..

    ReplyDelete
  15. suka tengok rerama yang cantik cantik ni

    ReplyDelete
  16. cantik2 semua tu, bawah sekali tu apatah lagi, warna hijau.

    ReplyDelete
  17. waahhh cantiknya semua gambar dalam blog ni. ni tangkap guna kamera apa? lepastu gambar tu diedit ke? kalau edit guna apps apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasihh! ;)

      Gambar kat atas ni pakai kamera phone je. Asus Zenfon 2. Lepastu tak editpun, gambar rama2 yang atas sekali tu je saya edit pakai VSCO.

      Kadang2 ada jugak pakai DSLR Nikon D5100, tapi jaranglaa sebab tak berapa nak rajin. :P

      Delete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.