Semester dah nak masuk ke hujung-hujung waktu dah laa. Bestnyaaa, tak sabar nak cuti walaupun cuti hanyalah dua minggu sahaja. Sobsob kejapnyaa. Confirm tak puas duk rumah nanti.

Hmmm, takpelaa. Mujahadah menuntut ilmu. Kena kuat. Chaiyook Fatihah! :D

Eh, apalah menu yang popular bila muncul hujung sem tu kan? Nak tau ke? Ke hampa dah tau? Bukan rahsia sangat pun. Menunya adalah...

Jeng jeng jeng!

Menu Popular Tatkala Hujung Sem Menjelma

Tadaaa! Inilah dia, nasik bujang. Tepuk tangan semuaaaa! Yeayyy! Haha dah kenapalah over excited sangat ni kan?

Saja je nak bagi ceria sikit. :P

NASI PUTIH + TELUR DADAR + SUP KOSONG + SAMBAL BELACAN = RM2.50 + RM0.20

Berpatutanlah untuk sorang makan tu kan? RM0.20 tu harga plastik dia tu. Hmmm. 
Jadi, selain dari Maggi. Bolehlah anda para pelajar makan nasi bujang ni ye. Hehe lagi sihat kot (tapi, lagi mahal dari Maggi lah. Harhar). ;)

Yang paling penting, always bersyukur dengan rezeki yang kita dapat. Okeh? Jom ucapkan bersama-sama.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas segala nikmat yang Kau kurniakan kepada kami. :')
Okeyy, very good everyone!

Menu Popular Tatkala Hujung Sem Menjelma

Kenapa tetiba letak gambar dua laptop dan meja bersepah ni?
Hehe macam biasalah, hujung sem laptop saya suka buat hal. Terpaksa pinjam laptop adik saya.

Dan, bila tengok meja bersepah macam tu. Terasa macam genius pulak. Haha apakah? Alasan akleh blah. Padahal malas mengemas kan? Hehe okeylah, maaf saya duk merapu dalam ni. Takde benda sangat pun nak bagitau.

Last but not least, dah selawat hari ni?
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم