Gambar dekat matric card aku ni memang kelakar habis. Bukan sebab i tak comel okey, tapi sebab gambar tu macam kemek gituh. Low quality. Haha okey yang part comel tu mengarut jek! -_-
Tapi, okeylaa. Bukan nak buat apa sangatpun kan. Sekadar di matric card, muka buruk pun takde effect sesape rasanya. Haha
Apa yang kelakar sangat tu? Baik, ceritanya begini.
Aku ni untuk pengetahuan kalian semua, seorang yang sangat pemalas kalau bab-bab pakai matric card nih. Dari zaman matrikulasi sampailah ke zaman master sekarang ni, liat benaulah orang kata. Please jangan kecam sis. Uhuk uhuk.
Masa matrik, aku akan pakai kad matrik kalau waktu kelas dinamika je. Haha tau-tau jerlaa kelas dinamika kan kena berpakaian dan berkelakuan penuh etika. Erghhh, seram bila pikir balik zaman ambik subjek dinamika tuh. Kena bersajaklah, bernasyidlah dan jugak dikir barat. It was sooo embarassing! Tapi kalau ingat balik memang kelakar habislaa.
Aku ingat lagi bila lepas je group aku buat persembahan (sajak + nasyid), sorang classmate laki datang depan aku dan bersajak. Kuang asam. Dahlaa aku memang malu gile bila kena buat persembahan macamtu, boleh pulak dia datang menganjing aku. Haha serius malu and kelakar.
Tapi, part dikir barat aku suka sangat. Dikir barat punya persembahan agak meriah, buat dekat dewan and campur dengan kelas-kelas lain jugak. Pakai pakaian yang liplap siap dengan samping dan tengkolok bagai. Nak masuk dikir barat bukan calang-calang tau, siap ada audition lagi. Kami wajib buat persembahan sama ada menari ataupun dikir barat. Duhh. Ramai pulaktu yang nak masuk dikir barat sampai berlebihan sebabtu ada audition bagai. Disebabkan aku memang taknak menari, memang bersungguhlaa aku buat untuk melayakkan diri aku nih masuk dikir barat.
Dan aku berjaya masuk dikir barat. Fiuh. Dikir barat nih, kalau korang tak pernah cuba, rasa dia macam korang sedang bersenam sambil bersila sambil menyanyi. Peluh keluar banyak gila masa practice dan masa persembahan. Haha soo funny. Rasa macam muka buruk sangat sebab tangan asyik bergerak and takleh nak lap peluh. Grrr. Pengalaman betul. Eh, pehal tetiba throwback cerita zaman matrik nii. Hmmm, eh terindu pulak kawan-kawan matrik. Walaupun setahun je dengan depa, tapi best sangat-sangat. Hee.
Ok, cukup dengan rindu-rinduan. Masuk balik cerita kad matrik. Masa dekat UTM pun pernah kena sound dekat staff yang jaga computer lab sebab tak pakai kad matrik. Dia suruh pakai depan dia jugak before masuk lab. Oh, aku ni walaupun pemalas nak sangkut kad matrik kat leher tapi aku selalu bawak ke mana-mana dalam dompet. Hihi. Aku pun pakailah depan Encik tu sambil buat muka sengih-sengih bersalah. LOL
Bila masuk master pulak, perangai aku sama je. Tak berubah sangatpun bila cerita hal kad matrik nih. Tadi, aku jalan lenggang kangkong sorang-sorang untuk pegi kelas. Sekali, aku nampak ada akak-akak/ makcik guard yang tengah jaga pintu pagar mahallah. Oh tidak, aku expect dia akan cek kad matrik sebab aku duk tengok dekat facebook ada kempen pamer kad matrik. Kalau tak, kena saman RM50. Duit makan aku boleh sampai dua minggu tu~
Aku pun apa lagi? Menyorok sikit dekat tepi semak, dan selongkar dompet aku. Ambik kad matrik dan sematkan di tudung. 'semat', is it the right word to use here? Kira boleh jerlaa eh. Haha
Then, aku pun meneruskan perjalanan dengan penuh keyakinan.
Tiba-tiba, sorang makcik guard tahan aku. Aku dalam hati, Oh, whyyyy? Aku dah cukup lengkap, berpakaian dengan penuh etika dan siap bagi senyuman paling manis lagi. Eh.
Sekali, korang nak tahu makcik tu cakap apa?
Meh, tangkap gambar dik. Bagus, lengkap pakai kad matrik nih..And I was like, whattttt? Aku rasa bersalah jugak dengan makcik tuh sebab aku nih berlakon je sebenarnya, plus malu kot nak kena ambik gambar nih. Aku pun cakaplaa dekat makcik guard tuh malulah nak ambik gambar. Tapi, dia macam cakap eh, takpelaaa. What should I do, aku tak reti nak tolak. Hmm, terpaksalah pamerkan sengihan yang macam nak tergelak besar.
Aku siap cakap dah tudung tak jadik ni.. Ambik gambar muka sekali ke? Tapi, semua alasanku tidak diterima. Adeh, mungkin ini balasan untuk aku yang berpura-pura menjadi mahasiswa yang beretika dan berdisiplin depan beliau walaupun realiti sebenarnya adalah tidak sama sekali. LOL
Masuk kelas, cerita dekat classmate bantai kena gelak. Ahh, abaikan jerlaa. Takde effect apanya setakat gambar sekeping. Kan? Please say yes. Arghhh. -..-
26 Comments
Sebut pasal kat matrik, anis sakit hati betul dgn pak guard nie.. Ade la baru nie, anis terlupa nak pakai and tertinggal kat rumah, time tu la ttbe dia buat sport cek... Padahal sebelum nie hari2 pakai dia takde buat spot check pun.. Tak pepasal kena tulis nama dalam buku.. Q_Q
ReplyDeleteHaha. Sabar jerlaa Anis, nasib tak berapa nak baik ye haritu. Kena tulis nama tak kena saman takpe lagi. Kalau kena saman, melayang duit ooo~ TvT
DeleteHAHAHAH hanya kerana mu oh kad matrik. Nasib Ira sejenis yang rajin nak sangkut kad matrik tu haa time belajar dulu hehe
ReplyDeleteBagus Ira ni. Sepatutnya kena tangkap gambar Ira ni hah. Barulaa betul2 pelajar contoh. ;)
Deletepelajar contoh ni. elok semat matric card dekat tudung. =p
ReplyDeleteErk. Haha terima kasih kakak~ Walaupun hanya sekadar lakonan. Tsk.
Deletehahahahahahahahha lawak la. tak pasal-pasal kena ambik gambar sebab pakai kad matrik lengkap padahal sandiwara je semua tu kan kahkah. Syed pun tak pernah pakai kad matrik zaman belajar dulu. Tak suka pakai sebab bergoyang2 benda tu stress.
ReplyDeleteKan2. Haha kalau sepit kat tudung takut terjatuh pulak. Dilemma seorang student. Hmmm
Deletesaya sejenis rajin pakai kad matrix. hahaha
ReplyDeletesalam kenal :)
Okey, bagus2! Hidup pun tenang je kalau jumpa pak guard kan? Hihi
DeleteSalam kenal! ;)
hahahahahahahaha.......nampak tak.....rezeki Ana tu...biarpun niatlain pada asalnya..tapi Allah cantikkan pada pandangan orang lain..syukur tu...rezeki..kikikikiki....alhamdulillah jadi contoh..
ReplyDeleteBagusnya Kak PC pandang dari sudut positif. Hihi alhamdulillah. :)
Delete*part jadi contoh tu erk rasa macam terlekat tulang ikan haha
hi, saya datang singgah sini :)
ReplyDeleteJemput2~
DeleteTerima kasih ya. ;)
matjo simpan je kad matrik dalam dompet, kalau nak pakai tu, memang jarang sangat-sangat, kad matrik kena selalu bawa, sesetengah tempat kena bawa kad matrik baru boleh masuk, :)
ReplyDeleteHaha. Kita geng. Prepare untuk masa kecemasan kan? Kihkih
DeleteHahaah! Entri ni berjaya buat Siqah gelak.. Hahahaha. Lawak sungguh lah Fatihah. Berlakon last2 haaa kena bergambar siap. Hihi. mak cik tu pun pandai sungguh pilih orang kan. Hihi.
ReplyDeletebab dikir barat tu siqah dapat bayangkan. hii. DUlu Siqah belajar di USMKK, dah nama belajar kat Kelantan, mesti selalu tengok dikir barat kan. Hii. Excited tengok DB nanye. Bersungguh menyanyi sambil buat aksi tepuk tangan gerak badan belaka. Walaupun duduk je..Hii
Tulah pasai. Pandai betul makcik tu. Hahaha terkejut saya.
DeleteTerbaiklaa Kak Siqah, ada semangat Klate jugak nih. Hehe
Jangan dia print buat banner besar2 sebagai pelajar contoh dah. ahahaha. Mai pun malas pakai kad matrik, letak dalam pencil case je, kekeke.
ReplyDeleteYang tu memang nightmare laa Mai. Dahlaa saya ni jenis tak suka public gambo. Hahaha
DeleteHahahaa, nakal je, femes sebab tak pakai kad matrik haha
ReplyDeletedulu selalu malas nak pakai card matrik, selalu letak dalam bag je, apa2 terus pakai. sebab dalam kelas lecturer suka check kad matrik. hahhaha
ReplyDeletetak pasal2 jadi femes kan kena ambik gambar :D
hahaha... mcm2 hal ye ana... x pe laa anggap tu sbhgn keje depa ;-)
ReplyDeleteIni antara pelajar yang memang akan akak sound setiap kali masuk perpustakaan tanpa kad pelajar.. Hehehe.. Nasib bukan belajar kat tempat akak kerja.. kalau tak emmang dapat surat cinta nie.. hehehe..
ReplyDeleteteringat zaman matrik..kelas dinamika tu memang best, tapi samalah..akan pakai kemas-kemas n pastikan tudung ngan baju match.kad matrik akak memang pakai memanjang.takut hilang kalau tanggalkan.
ReplyDeletepernah lari dari pak guard gara2 x pakai kad matrik. bila dah tahun akhir, tetiba semangat plak nak pakai kad matrik tu. adoyaiii
ReplyDeleteBismillah. Titipkan kata-kata anda.