Minggu depan aku dan seorang kawan aku, Nura kena present. Kami adalah insan bertuah yang dipilih untuk jadi pasangan yang pertama kena present. Bertuah sangat kan? Mungkin kena dengan nama aku Fatihah, pembukaan. Hihi
Tajuk yang diberikan adalah Factors That Effect Teaching. Lecturer aku kata senang je tajuk ni inshaAllah. Tajuk yang menarik kan? Banyak faktor sebenarnya yang akan memberi kesan kepada pengajaran. Kami adalaa jugak pergi library pinjam buku. Jadi, harini tercatatlah dalam sejarah aku pinjam buku di IIUM Library buat pertama kalinya. Haha
Masa nak pinjam buku tadi, jakun jugaklah nak pakai mesin dia tu. Dekat mesin tu ada lambang barcode. So, kami ingatkan kena letak barcode buku sebab ada gambar cara untuk scan barcode buku dekat mesin tu. Lepastu, dia keluar invalid user. Cuba-cuba banyak kali tak dapat jugak. Dah kenapa?
Kami pun pergilaa dekat kaunter tanya kakak Librarian kat situ. Dia pun bangunlah pegi dekat mesin nak tengok apa yang tak kena. Rupa-rupanya, kena scan barcode matric card dulu, lepastu barulaa boleh scan barcode buku. Cehh! Gua tertipu beb!
Bantai gelak cakap kat kakak tu, saya letak barcode buku mula-mula tadi. Sebabtu tak jadi. Alhamdulillah. Kakak tu pun sempoi je, sabar je tolong kitorang. Terima kasih kakak baik! 😄
Untuk subjek harini pulak, kena buat lucky draw untuk pilih giliran presentation. Sekali lagi, kumpulan kami dapat nombor satu. How lucky?! Haha
Dua subjek aku kena present nombor satu. Satu lagi subjek tak tahulaa macam mana agaknya. Hehe
Okeylah, doakan kami dilapangkan dada. Dilancarkan lisan untuk presentation nanti. Lecturer sempoi. Memang best. Awal-awal lagi Dr dah cakap, no pressure okey. Don't think about your mark. Just do your best.
Lebih kurang macamtu lah Dr cakap. So, it gives me more motivation to do better in this course. InshaAllah, semoga semangat dan motivasi ni sentiasa berterusan.
Ganbatte kudasai, Fatihah san! 💪💪
29 Comments
sambung master eeeh ? tahniaaah .
ReplyDeleteHaah. Kiki, terima kasih! ;)
Deletebanyak factors yg affect teaching. salah satunya ialah students' interest. kalau kita ajar benda yang tak berjaya tackle dia punya interest, tak effective la kita punya pengajaran. sebab tu kena adjust teaching style/content/strategies ikut students punya interest. Eh membebel pulak heheh time belajar dulu boleh kira berapa kali je masuk library untuk pinjam buku. teruknya rasaaa.
ReplyDeleteThankss for the comment! Sangat membantu. Masa zaman degree dulu pun tak pernah2 pinjam buku. Haha
DeleteSalam Jumaat Ana. Semoga dipermudahkan segala urusan ye. 😘
ReplyDeleteWa'slam akak! InshaAllah, amiin. :)
DeleteTajuk yang bagus... Kena letakkan diri dalam situasi sebenar baru senang nak kaitkan... Harap dapat present dengan baik... InsyaAllah...
ReplyDeleteBetul tu, posisikan diri kita sebagai guru dan juga pelajar. Macam mana kita nak kelas tu berlaku. Amiin, terima kasih! :)
DeleteBest jd yang pertama. Good luck ye.
ReplyDeleteHaha. Best sebab nanti dah settle kita dah boleh rileks and tarik nafas lega. :)
Deleteslmt ber'presentation'... ada buat power point sekali ke? or just terpacak kat depan n deliver speech?
ReplyDeleteAda jugak. Sebab presentation ni bebas je. Ikut kreativiti kita je. :)
DeleteGood luck Fatihah..
ReplyDeleteFocus tau.. Akak doakan semoga dipermudahkan, in shaa Allah.. :-)
InshaAllah kak! Terima kasih atas doanya. ;)
Deleteall the best. masa abe kie belajar di UM 26 thn dulu buat rujukan di perpustakaan je. Nak cari buku tu punyalah susah. kdg2 x jumpa d mana buku tu sbb ada coursemate yg sorokkan.
ReplyDeleteSaya pun pegi library sebab nak cari buku lain sebenarnya. Buku yang ada lecturer suggest tu, tapi tak jumpa. Tu yg ambik buku ni. Buku yg lecturer suggest last sekali pegi pinjam dgn lecturer je. hihi
Deletegudluck dear...all the best!
ReplyDeleteTerima kasih kakak! :D
Deletemoga Allah permudahkan urusan, lancarkan lisan masa nak present nanti :)
ReplyDeleteAmiin. InshaAllah! :')
Deletesaya paling takut kalau dapat presentation group first sekali. takut gugup xD
ReplyDeletesemoga dipermudahkan segalanya!
Takut jugak. Tapi, kadang2 lbh prefer yg first dr kena tunggu lama and nervous lama2. Noo! Tak sanggup. Haha
DeleteGood Luck untuk presentation nanti
ReplyDeleteThankyouuu! ;)
Deletekalau sy jd yg pertama untuk present, irama jantung x stabil dah. ketaq 1 badan, bila sampai kat depan buat gaya steady kengkonon. sekali bentang, perghhh... cakap punya main laju 😂 tapi lelama dah ok dah sebab dah dibiasakan 😄
ReplyDeletePractice makes perfect kan? Terbaikk! (Y)
Deletesemoga lancar segala urusan :) tahniah kak dpt sambung master
ReplyDeleteAminn. Terima kasih, dear. ;)
Deletejadi present yang pertama best jugak Ana. Kita dah habis hilang berdebar, kawan semua berdebar tak habis lagi. mana yang present last lagi haru debaran dia. Hihi.
ReplyDeleteSemoga semangat dan motivasi ana berterusan ye. Good luck ana :)
Bismillah. Titipkan kata-kata anda.