Tugasan Pertama di Semester Pertama

Tugasan Pertama di Semester Pertama

Minggu depan aku dan seorang kawan aku, Nura kena present. Kami adalah insan bertuah yang dipilih untuk jadi pasangan yang pertama kena present. Bertuah sangat kan? Mungkin kena dengan nama aku Fatihah, pembukaan. Hihi

Tajuk yang diberikan adalah Factors That Effect Teaching. Lecturer aku kata senang je tajuk ni inshaAllah. Tajuk yang menarik kan? Banyak faktor sebenarnya yang akan memberi kesan kepada pengajaran. Kami adalaa jugak pergi library pinjam buku. Jadi, harini tercatatlah dalam sejarah aku pinjam buku di IIUM Library buat pertama kalinya. Haha

Masa nak pinjam buku tadi, jakun jugaklah nak pakai mesin dia tu. Dekat mesin tu ada lambang barcode. So, kami ingatkan kena letak barcode buku sebab ada gambar cara untuk scan barcode buku dekat mesin tu. Lepastu, dia keluar invalid user. Cuba-cuba banyak kali tak dapat jugak. Dah kenapa?

Kami pun pergilaa dekat kaunter tanya kakak Librarian kat situ. Dia pun bangunlah pegi dekat mesin nak tengok apa yang tak kena. Rupa-rupanya, kena scan barcode matric card dulu, lepastu barulaa boleh scan barcode buku. Cehh! Gua tertipu beb!

Bantai gelak cakap kat kakak tu, saya letak barcode buku mula-mula tadi. Sebabtu tak jadi. Alhamdulillah. Kakak tu pun sempoi je, sabar je tolong kitorang. Terima kasih kakak baik! 😄

Untuk subjek harini pulak, kena buat lucky draw untuk pilih giliran presentation. Sekali lagi, kumpulan kami dapat nombor satu. How lucky?! Haha
Dua subjek aku kena present nombor satu. Satu lagi subjek tak tahulaa macam mana agaknya. Hehe

Okeylah, doakan kami dilapangkan dada. Dilancarkan lisan untuk presentation nanti. Lecturer sempoi. Memang best. Awal-awal lagi Dr dah cakap, no pressure okey. Don't think about your mark. Just do your best.
Lebih kurang macamtu lah Dr cakap. So, it gives me more motivation to do better in this course. InshaAllah, semoga semangat dan motivasi ni sentiasa berterusan.

Ganbatte kudasai, Fatihah san! 💪💪


Post a Comment

29 Comments

  1. sambung master eeeh ? tahniaaah .

    ReplyDelete
  2. banyak factors yg affect teaching. salah satunya ialah students' interest. kalau kita ajar benda yang tak berjaya tackle dia punya interest, tak effective la kita punya pengajaran. sebab tu kena adjust teaching style/content/strategies ikut students punya interest. Eh membebel pulak heheh time belajar dulu boleh kira berapa kali je masuk library untuk pinjam buku. teruknya rasaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankss for the comment! Sangat membantu. Masa zaman degree dulu pun tak pernah2 pinjam buku. Haha

      Delete
  3. Salam Jumaat Ana. Semoga dipermudahkan segala urusan ye. 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'slam akak! InshaAllah, amiin. :)

      Delete
  4. Tajuk yang bagus... Kena letakkan diri dalam situasi sebenar baru senang nak kaitkan... Harap dapat present dengan baik... InsyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, posisikan diri kita sebagai guru dan juga pelajar. Macam mana kita nak kelas tu berlaku. Amiin, terima kasih! :)

      Delete
  5. Best jd yang pertama. Good luck ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Best sebab nanti dah settle kita dah boleh rileks and tarik nafas lega. :)

      Delete
  6. slmt ber'presentation'... ada buat power point sekali ke? or just terpacak kat depan n deliver speech?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak. Sebab presentation ni bebas je. Ikut kreativiti kita je. :)

      Delete
  7. Good luck Fatihah..
    Focus tau.. Akak doakan semoga dipermudahkan, in shaa Allah.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah kak! Terima kasih atas doanya. ;)

      Delete
  8. all the best. masa abe kie belajar di UM 26 thn dulu buat rujukan di perpustakaan je. Nak cari buku tu punyalah susah. kdg2 x jumpa d mana buku tu sbb ada coursemate yg sorokkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pegi library sebab nak cari buku lain sebenarnya. Buku yang ada lecturer suggest tu, tapi tak jumpa. Tu yg ambik buku ni. Buku yg lecturer suggest last sekali pegi pinjam dgn lecturer je. hihi

      Delete
  9. Anonymous1:25 PM

    gudluck dear...all the best!

    ReplyDelete
  10. moga Allah permudahkan urusan, lancarkan lisan masa nak present nanti :)

    ReplyDelete
  11. Anonymous6:38 PM

    saya paling takut kalau dapat presentation group first sekali. takut gugup xD
    semoga dipermudahkan segalanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut jugak. Tapi, kadang2 lbh prefer yg first dr kena tunggu lama and nervous lama2. Noo! Tak sanggup. Haha

      Delete
  12. Good Luck untuk presentation nanti

    ReplyDelete
  13. kalau sy jd yg pertama untuk present, irama jantung x stabil dah. ketaq 1 badan, bila sampai kat depan buat gaya steady kengkonon. sekali bentang, perghhh... cakap punya main laju 😂 tapi lelama dah ok dah sebab dah dibiasakan 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Practice makes perfect kan? Terbaikk! (Y)

      Delete
  14. semoga lancar segala urusan :) tahniah kak dpt sambung master

    ReplyDelete
  15. jadi present yang pertama best jugak Ana. Kita dah habis hilang berdebar, kawan semua berdebar tak habis lagi. mana yang present last lagi haru debaran dia. Hihi.

    Semoga semangat dan motivasi ana berterusan ye. Good luck ana :)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.