Alhamdulillah, semalam sudah sampai buah tangan dari Kak Anies. Saya terima ni sempena menjadi pengomen top 20 dekat blog beliau. Seronok sangat saya akak. Terima kasih tau! ;)

Terima Kasih Sis Anies

Okey, lepas ambik dari pejabat. Sabar dulu. Jangan bukak lagi. Haruslah ambik gambar dulu sebelum kita bukak. Ye dak? Hihi
Sanggup nasik letak tepi dulu demi nak bukak dan tengok pemberian dari Kak Anies ni. Jarang seorang Fatihah mengenepikan nasiknya untuk benda lain nih. Hihi *gurau*

Dan, hasilnya adalah. Jang jang~

Terima Kasih Sis Anies

Fridge magnet dari London. Ohhh, I love it!! Jauhnya hadiah ni. Saya yang tak pernah jejak kaki ke London, tengok fridge magnet pun dah excited lain macam. InshaAllah, one day I'll go there. :')

To Kak Anies,
Terima kasih banyak untuk pemberian ini. Teruskan menulis dan bercerita pengalaman travel akak. Suka sangat baca sebab boleh jugak kenal serba sedikit tempat orang walaupun diri sendiri tak pernah jejak kaki ke tempat-tempat yang akak pernah pergi tu.

To all,
Jom singgah blog Kak Anies. Sama-sama baca blog beliau and get to know her. InshaAllah, Kak Anies baik je tak makan orang. Mesra alam orang kata. Kihkih