I'm really excited for this Giveaway! Sebab hadiah dia adalah buku. Yesss guyss, buku. Jadi, kepada semua para bookworms anda haruslah sertai GA ini. Hehe
Terima kasih KimChaa sudi buat GA yang best nih. Bila turn aku pulak ni? Haish.

Okey, maaf banyak pulak bebel. 

Buku Pilihan
Langit Petang - A. Samad Said
Rehabilitasi: Faiz Ibrahim

Saya nak menang buku Langit Petang karya A. Samad Said kerana ingin sekali membaca karya Pak Said, sasterawan ulung di negara kita yang sememangnya menjadi lagenda para pencinta buku. Saya juga telah membaca review dan buku ini sepertinya berkaitan dengan pandangan dan falsafah hidup tiga orang berjiran yang berbeza-beza. Ini adalah sangat menarik, dan saya pasti buku ini akan membuat para pembaca berfikir dan mungkin juga akan membuatkan pembaca lebih memahami erti sebuah kehidupan!

Nak bercakap mengenai buku Pak Said terus pakai bahasa baku. Sebab rasa pelik kalau pakai redah je bahasa macam yang selalu buat. Haa, dah buat balik dah. Hishh! 😆

Baiklah teman-teman. Jangan lupa doakan saya berjaya dalam GA nih. Okeh, buhbaii! ;)