Jelajah Bandung Day 5

Monday, July 18, 2016


Last dayyyy in Bandung!!! Excited but also sad to leave Bandung. Harini kami nak pegi tempat yang kami tak sempat pegi masa hari ketiga haritu. Ke mana eh? Anyone remember? Hihi
Air terjun Pelangi!!!!! Here we come!!!
Masha Allah, kami memang superrr excited. Air terjun antara tempat yang aku sangat sangat suuuuka pegi. :)
Air terjun ni jugak duduk di area Lembang. Told you yang area Lembang ni memang sangat banyak tempat menarik. Air terjun pun ada lagi yang lain but Cecep dan Rahmat suggest air terjun ni, so kami follow jerlaa. They know better, right? ;)
Sebelum gerak keluar, kami dah siap-siap kemas beg dan bilik sebab flight balik pukul tiga lebih. Lepas sarapan, fotorin sama makcik pakcik, Cecep dan Rahmat barulaa kami teruskan perjalanan untuk ke air terjun Pelangi.

Jommmmm!

Kami dah sampai
Masa nak bayar untuk masuk ke air terjun ni, Cecep yang tolong bayarkan. Lepastu, kami yang super excited memang duk bisinglaa mulut bila nampak air terjun. Tetiba, Cecep buat isyarat suruh senyap. Pasaipa Cecep ni? Rupanya, dia bayarkan kami dengan harga warganegara. Sebabtu dia suruh kami jangan bising, nanti kantoi tak pasal2 kena tambah duit lagi. Haha :P
Terus kami bajet cakap Indonesia macam dalam sinetron. Klakor klakor.

Tudiaaa. Tinggi baq hang. :)
Sebelum nak sampai air dekat air tejun ni, kami kena turun anak tangga kalau tak silap aku dalam lima ratus lebih anak tangga. Perghhh, boleh tahan penat dia. Haha. Tapi, bila sampai kat bawah memang terngangalaa kami tengok kebesaran dan keindahan ciptaan Allah. Subhanallah!

Bila kaki kami masuk dalam air, sejukkkknya air. Rasa macam air yang disimpan dalam peti. Kami berendam kejap jerlaa. Tak mampu kami nak berlama2 dalam tu, boleh beku jap lagi. Haha

Sejukkk.
Tengok sejukkk sangat sampai muka pun bertukar jadi macamtu. Heheh. Gurau2. Gambar xcukup quota ni. Sorang lagi tukang amik gambar. Hihi

Mencari ketenangan~
Biasalaa mesti kena ada gambar ajet-ajet ni. Muehehe. Lepastu kami pegi bergambar dekat sikit dengan air terjun tuu. Tapi memang tak turunlaa sebab air dalam kan kat situ. Kami memang ajet2 dilwale laa sebab sangaat cantik dan dia punya tempias air sangat kuat. Sampai nak ambik gambar pun susah sebab kamera dipenuhi tempias air. Baju yang dah nak kering basah balik bila pegi sini. Hihi

Subhanallah!
Siap2 bergambar, kami pun salin baju. Dan, sebelum mendaki naik tangga kami pegi ngeteh dulu. Cecep belanja kami teh panas. Makasih Cecep. :)

Sambil pekena teh, Cecep cakap kadang2 kalau waktu panas pelangi akan muncul dekat air terjun ni. Sebabtu air terjun ni dikenali sebagai air terjun pelangi. Kisah dongeeng dia pulak, kalau masa pelangi muncul maksudnya ada puteri bunian tengah turun bersiram. Gitttuww.

Lepas kumpul tenaga, masa untuk mendaki naik atas. Adeh, dah macam makcik2 kami punya lambat duk mendaki. Nasiblaa si Cecep sabar je tunggu kami. Haha.
.
Now, masa untuk cari strawberry farm. Harap adalaa jumpa. Mostly banyak yang dah tutup sebab strawberry dah habis. Kuciwa jugaklaa, sampailah kami jumpa satu tempat yang dia bagi kami masuk. *smile*

Kavling Stroberi
Bila masuk dalam ni, lepas bayar kami dapat air strawberry blended. Best air dia, fresh sangat. Lepastu kami boleh pegi petik strawberry dengan diberikan bakul dan gunting yang sangat comel. Hehe

Kecik je.
Strawberry tak banyak and buahnya pun kecik2 je. Katanya sebab masa kami pegi tu tengah musim hujan. Takpelaa, kecik pun jadilaaa. :)
Bunga strawberry.
Beautiful princess tengah kutip strawberry. *muntah*
Siap kutip strawberry, kami pun balik ke bandar Bandung. Tengok jam masih awal lagi, kami pun singgah kedai kerepek kat tepi jalan. Banyak sungguh kerepek, rambang mata. Yang bestnya, boleh rasa sebab ada tester. Memang rasa semualaa. Oke, takdelaa semua. Tapi, banyaklaa jugak kami makan. Hikhik

Lepastu, pegi pulak dekat Kartika Sari. Nak tengok jugak kenapa femes sangat ni kan? Hehe

Katika Sari
Kat sini kami shopping sambil habiskan duit sebab tempat terakhir dah kan.. Beli apa yang patut untuk bawak balik Malaysia dan juga buah tangan untuk Cecep dan family dia. Keluar je dari Kartika Sari akan ada ramai makcik pakcik yang akan jual keychain. Tapi, sebab kami dah beli so senyum jerlaa. :)

Beg bertimbun
Kami sempat merasa airport baru Bandung. Masa kami nak balik ni baru hari first pembukaan dia. Masa kami sampai haritu airport lama lagi. Sempatlaa merasa dua airport walaupun pegi kejap jer. :)
Sayonara Bandung. Till we meet again. You'll be my great wonderful memories. InshaAllah takkan lupa. :')

You Might Also Like

7 comments

  1. Fuyoo.. best giler air terjun kat bandung nie

    ReplyDelete
  2. Wowsers! bestnya Waterfall.

    ReplyDelete
  3. kami pn pegi kartika sari yg ni dulu...byk memborong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak banyak sgt pun akak. Beli cukup sekali makan and untuk family kat Malaysia je. Hihi.

      Delete
  4. Cantiknya air terjun tuh!
    Oh, tetiba jadi mengidam brownies kartika sari :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Maaf kak~ Saya pun samalaa. :P

      Delete
  5. Lama dah tak gi Bandung...
    Lepas ni boleh masuk list...

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)