Jelajah Bandung Day 1

Sunday, April 10, 2016

Ramai jugak yang dapat teka aku bercuti di Indonesia eh dekat entry lepas. Powerlah korang! Hehe. Yup, kami bercuti di Indonesia which is Bandung~
Pejam celik pejam celik tak sangka yang kami dah pun selamat pulang dari Bandung. Rasa macam mimpi. Serius! Pengalaman yang sangat-sangat awesome!

Teringat pulak bila kami berempat Ana, Atam dan Wani semangat gilos tahun lepas merancang untuk bercuti lagi lepas tak puas bercuti di Pulau Perhentian. Setahun sebelum ni laa. Waktu yang sama iaitu waktu midsem break. Very nostalgic~ :')

Our bags. Captured by Atam.
Hari Jumaat, 1 April kami berempat konvoi ke Putrajaya naik kereta Wani. Kat Putrajaya aku dengan Ana balik rumah kakak Ana, Wani balik rumah dia dan Atam balik rumah makcik dia. Alhamdulillah, perjalanan ke Putrajaya smooth je~ Sampai Putrajaya pergi Alamanda nak tukar duit tapi mahal sangat! Aku sorang je tak sempat tukar duit Rupiah Indonesia sebab dah habis pulak kat Jusco. Ana dengan Wani je yang sempat, Atam pulak tukar duit dekat Taman U. Lepas habis dekat Jusco, kitorang pi jugak kedai dekat Taman U tu, tapi dah tutup pulak.

Dekat Jusco dan kedai dekat Taman U tuh, RM304 bersamaan 1 juta ringgit. Dekat Alamanda dalam RM330++ bersamaan 1 juta, memang taklah nak tukar dekat situ. Sebab mahal sangat, kami pun lepaklah kejap dekat Secret Recipe makan kek. Beli dua je untuk empat orang. Kena jimatlaa awok, kami takdak duit. Hihi. Sambil makan, sambil search tempat tukar duit yang murah di Putrajaya. Based on apa yang Uncle Gugel cakap IOI Mall murah. So, kami pun pergilaa sana. Memang murah! Lagi murah dari Jusco and Taman U. RM302 bersamaan 1 juta rupiah. Alhamdulillah, jimatt. :D

Okey, sebenarnya ni Wani punya. Aku cilok gambar dia. Haha :P
Hari Sabtu bersamaan 2 April, dalam pukul 12.30 kami jumpa dekat Putrajaya ERL Station. Kemudian, berlari naik ERL ke KLIA 2. Fiuhhh!
Sampai sana, uruskan apa yang patut dan terus solat zohor dan asar jama' taqdim. Ini wajib oke!

Tunggu punya tunggu, dalam pukul tiga lebih kot kami naik flight. E.X.C.I.T.E.D!

Subhanallah. Beautiful sky. Also captured by Wani.
Kami sampai dalam pukul enam kot sebab bila sampai sana, dengar azan Maghrib. Feeling yang kami rasa bila sampai sana tak boleh nak describe macam mana. Kami memang super excited and happy sangat! Serius tak sangka plan kami lebih kurang setahun yang lalu akan jadi kenyataan macam ni. Alhamdulillah ya Allah. Syukur sangat-sangat. :')

Sampai di sana, kami disambut oleh driver kami ataupun pak supir yang bernama Cecep. Sangat baik orangnya. Highly recommended kalau korang nak ke Bandung. Cakap je nak pegi mana, Cecep akan hantarkan. Dahlaa sabar je kalau kami terlambat pun. Adeh, kami pulak yang rasa bersalah.

Lepastu, terus angkut semua beg masuk kereta and cakap kat Cecep kami nak pegi cari makan. Cecep pun bawak kami ke Kampiun Bistro. Kedai hipsturr you alls~ Cantik sangat kedai tu. Siap ada persembahan band music lagi. Kami order nasi goreng kampung dan jugak nasi rames.

Bad quality photo. Gambar crop. Sorry!
Nasi rames. 
Nasi goreng kampung dan nasi rames ni sedaplaa. Tapi, sangat banyakk. Maybe kalau korang jenis makan sikit je, tambah-tambah makan malam. Boleh share2 laa makanan, nanti takut membazir pulak.

Prepare sebelum persembahan
Sambil makan, penyanyi band tanya kitorang dari mana. Bila cakap dari Malaysia, dorang pun nyanyikan lagu Suci Dalam Debu dan Isabella. Suwit angatt~ Haha
Lepas makan-makan, dengar lagu dan of course photoshoot. Kami pun keluar untuk pergi ke homestay. Sebelum pegi homestay,Cecep bawak kami pusing-pusing kota Bandung. Meriah jugak malam-malam di kota Bandung nih. Biasalaa, nama pun kota kan.. Hmmm.

Sampai homestay, jumpa Pakcik Zainal dan isteri. Baik sangatt. Orang Bandung ni memang baik-baik eh? Hehe. Kami tempah satu bilik je untuk empat orang. Baru best nak gosip-gosip. Eh! :P
Mana gambar homestay ni? Takjumpa~ Kalau rajin, aku try tanya bebudak ni and upload lagi kat sini okeh.

Orait, tu jer aktiviti kami untuk hari first day di Bandung~ Stay tuned for the next adventure and stories. :D

You Might Also Like

14 comments

  1. Waaaaaaaahh .... Bestnyaaa .. Cepat cepat sambung. Nak baca :D

    ReplyDelete
  2. salam ...
    wah seronok nya! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam.. Hehe. Sangaat! ^^

      Delete
  3. Alhamdulillah dapat travelled sana, pusing masa malam di kota bandung, sejuk kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejuuuk! Best sangaaat. Jalan banyak pun, tak berpeluh sangat. Hihi

      Delete
  4. seronoknya. siap band nyanyikan lagu lagi. dapat layanan istimewa tu!
    tak sabar nak baca pasal kawah volcano yg famous kt bandung tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Tulah pasal. Duk sini tak pernah2 ada orang nyanyikan lagu kat kita. :P
      Stay tuned oke~

      Delete
  5. Nasi Rames tu ranya macam mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa ke? Hmmm. Boleh tahanlah. Paling penting sambal dia tu best. :)

      Delete
  6. Disebabkan belum update entry baru MD reverse baca yang first day.. Syoknya cuti midsem travel oversea.. Boleh pulak komplen nasik banyak.. Kalau MD komplen bila sikit ja.. Kalau banyak melantak habis habisan.. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Sebab makanan banyak sangaaaat. :P

      Delete
  7. tu layanan extra tu! bkn semua dpt layanan mcm tu ;-)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)

P E N G O M E N