Tadabbur Alam @ Pulau Pangkor

Sunday, February 21, 2016

Alhamdulillah. Cuti sem haritu berpeluang lagi untuk jalan-jalan tadabbur alam. Kali ni di Pulau Pangkor. Tanpa perancangan yang panjang, dalam masa dua hari gitu je kami decide untuk ke sana. Pergi ke sana hanya dalam masa satu hari dan tidaklah bermalam. :)
Pulau ketiga selepas Pulau Perhentian dan Pulau Langkawi. Pulau Pinang tak termasuk ye. :P

4 Februari 2016
Kami cuba untuk bergerak seawal mungkin ke Marina Bay sebab nak naik feri yang paling awal , kalau tak silap pukul 7.15 kot yang paling awal. Tak ingat pulak. Tapi, tak sempat. Kami naik feri yang pukul 8.00 pagi. Tu pun sempat marathon jugak. Kena berlari sebab feri macam dah nak gerak masa tu. And yes, kami orang last naik feri sebelum bertolak ke Pangkorrr!

First view masa mula-mula sampai
Sesampainya dekat Pangkor, kami pun cari kereta sewa untuk pegi ke pantai. Banyak je kereta sewa kat sana. Motor pun ada, manalaa tau kalau korang pergi berdua jer kan. Jangan risau, prosesnya sangatlah senang. Just tinggal sedia duit je. Teksi pun ada jugak, tapi van laa. Comel sangatt.

Pinkkk! Mesti ramai yang melting kan? Haha
Kemudian, kami pun naiklah kereta pergi ke Coral Beach. Kat situ korang boleh naik bot untuk ke satu pulau kecik. Serius, aku lupa nama lagi. Maafkan aku!! Teruk betui. :'( 

Pantai yang sentiasa memberi ketenangan bila memandangnya.
Sangat cantik kan? Bolehlaa nak bajet princess kat buaian tuu. :P
Nampak tak pulau kat tengah depan tuh. Kat situlaa kita akan pergi naik bot. :)

Dah sampai dan diturunkan dari bot.
Pulau Pangkor banyak batu-batu. Ada batu bentuk buaya.
Sebelum kami diturunkan dari bot, bro yang drive tu pusing dulu pulau kecik tu and dia tunjuklaa batu-batu yang betuk buaya tu. Lepastu dia punya pro bawak bot tuu memang bestlaa. Tabik springg! 

Lepak kat situ, yang lelaki buat aktiviti snorkelling. Kami yang perempuan ni bro tu letak dekat sebelah yang jauh sikit dari geng lelaki. So, kami boleh main air dengan amannya. Ditinggalkan kat situ perempuan je. Sempat jugaklaa mandi-mandi, lepastu berjemur keringkan badan sebelum bro tu datang ambik balik. Seronok berjemur atas batu. Haha

Untuk pengetahuan, kat situ ada jugak tempat yang macam hutan-hutan sikit. Bolehlah kalau nak masuk situ. Taktaulaa boleh cakap jungle trekking ke tak, sebab laluan dia memang tak mencabar sangatpun. Tapi, sempatlaa jugak letih sikit. Kami siap dua kali naik, sebab dia just hutan yang memisahkan pantailaa kiranya. Berbelitnya rasa ayat, kalau tak paham buat2 paham jerlaa ye. :P

Masa ni langit dah mula mendung
Time to say goodbye~
Kejap je kami pegi. Dalam pukul tiga tu naik feri untuk balik. Tu pun dah puas hati dah. Pulau Pangkor boleh tahan banyak juga sampah kat sana. Sedih. Pelancong tetap ramai, so kena jaga mata sikitlah ye kalau pegi sana. Harhar 

Maap atas perkongsian yang tak seberapa. Maklumat pun banyak yang aku dah lupa. Mampu share gambar dan pengalaman je. Tu pun tak seberapa jugak. LOL. :P

Orait, tata titi tutu. ^_^

You Might Also Like

15 comments

  1. Bestnya...saya tak pernah sampai lagi. Jom join GA saya:

    http://www.stanzaku.com/2016/02/ga-header-blog-logo-atau-cover-photo-fb.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada masa, pegilaa eh? Hehe

      Terima kasih jemput. :)

      Delete
  2. Subhanallah, cantiknya pantai tu! bila lah dpt ke sana huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. One fine day. Jgn lupa pasang niat dan doa. :D

      Delete
  3. lautan salah satu sumber duniawi yang memberi ketenangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kan. Tengok lautan yg membiru sgt2 tenang fikiran. Subhanallah. :')

      Delete
  4. eeeee comelnyaa kaler pink tuh hahah ecah pun pernah pi sini jugak.memang cantik Subhanallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn? Comel je van teksi dia. Hehe

      Delete
  5. best kan pi pulau.. pulau pangkor pulau pertama yang fie pernah jejak kaki..
    ternyata y nama nya pulau tuu, best sgt2.. tenang aman nyaman..
    teringin nak pergi terjah pulau pulau lain jgk... one day insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Semua pulau bestt! :D

      Delete
  6. ahh bestnya dapat pi pulau pangkor <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best, nanti ada kesempatan fifi pegilaa eh? Hihi ^^

      Delete
  7. Cantiknya gambar2 yang Ana share :)

    ReplyDelete
  8. percaya atau tidak yana tak pernha sampai lagi P>Perhentian. langkawi dah sampai kihkih

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)