Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah yang paling banyak berselawat kepadaku.
*Senyum*

Awak, harini hari ulang tahun junjungan besar Rasulullah s.a.w.

Mesti semua seronok dan rindukan baginda kan? Kita sebagai seorang muslim sudah tentu sangat mencintai baginda. Tapi, bagaimana nak buktikan  cinta kita kepada baginda tu?

Adakah sudah cukup dengan menyambut hari maulidur rasul?
Berarak dan berselawat ke atas baginda.
Tidak. Tidak cukup sekadar itu sahaja wahai teman.
Mengingati rasulullah itu bukan sekadar hari ini sahaja.
Tetapi, setiap detik dan waktu.

Ayuh, kita hidupkan sunnah dalam kehidupan seharian kita.
Pelajari dan carilah ilmu tentang baginda.
Bagaimana keperibadian baginda. Akhlak baginda.
Lalu, kita contohilah dan teladanilah.

Bukan hanya tahu poligami sahaja yang sunnah.
Tapi, sunnah lain pula diketepikan. ;)
Jangan hanya menggunakan sunnah untuk kepentingan diri sahaja.

Ingat tu. :)

Last but not least.
Jom cinta Allah. Jom cinta rasul.

Sollu a'lan Nabiyy!
Salam dhuha. ^^