Advantura Pulang ke Kelate?

Haha.

Rasa kelakar pulak dengan tajuk di atas.

Bajet advanture sangat je. Padahal dari Johor ke Kelantan je. Tapi, saja nak cerita jugak di sini. Sebagai pengalaman dan pengajaran. In shaa Allah. :)


Ceritanya begini, bas kami pukul 8.00 malam. Tapi, sahabat kami terpaksa hantar tengahari lagi sebab dia pun dah nak balik ke Negeri Sembilan. Sebelum tu, kami sempat jugaklaa makan2 dulu dan kemudian terus ke Surau Arab area stesen bas Batu Pahat tu untuk solat zohor.

Kemudian, kami merancang untuk solat Maghrib dan Isyak di surau stesen bas sahaja. Sebab taknak jalan kaki punya pasal. Maklumlaa kalau jalan kaki, dalam 10 minit jugaklaa. So, kami pun mintalaa sahabat kami untuk hantarkan ke stesen bas tu before dia pulang ke rumah.

Nak dijadikan cerita, sampai je dekat stesen basterus cari surau, jumpa pintu dia. Dan, bila nak bukak pintu tu. Tetiba ada akak kedai jerit,

           "Adik, jangan bukak pintu tu.. Busuk!"

           "Kenapa pulak?"

           "Surau tu dah tak boleh guna. Busuk. Takde air."

           "Lepastu, semua orang solat kat mane? Tak buat laporan ke?"

Akak tu cuma cakap kat sini memang tak boleh solat. Takde tempat untuk solat.

Sedih. Aku cukup sedih.
Bagaimana boleh jadi macamni?
Tempat yang sebenarnya paling penting, tempat solat tak boleh guna?! Padahal, stesen bas Batu Pahat ni boleh tahan besar jugak.

Sebelum aku ke Batu Pahat, aku dah search pasal surau dan tandas kat stesen bas ni. Feedback yang aku jumpa kat internet, memang dah negatif. Ramai yang cakap kotor, berbau dan scary. Tapi, aku tak sangka pulak bila kami pergi. Memang dah tak boleh guna terus.

So, kami ambik keputusan patah balik ke surau Arab tu. Jalan kaki pastinya. Aku tak kesah sangatpun sebenarnya nak kena jalan kaki tu, tapi aku sedih bila orang ramai tak ambil berat sangat pasal ni. Kalau negara bukan islam aku tak heran, tapi kalau negara kita. Seriusly, aku sedih. Kecewa.

Jom cinta masjid.
Berkampung kat surau sampai siap solat maghrib. Jamak terus dengan Isyak, kemudian terus kami jalan kaki ke stesen bas. Takut juga kalau2 terlambat. Alhamdulillah, walaupun masatu hujan. Tapi, takdelaa lebat sangat. Anjing pun jumpa sekor je. Tu pun tak menyalak pun. (kawan sebelum ni jumpa 5 ekor anjing masa nak pegi solat Subuh)

Jalan kaki. Blurr.
Sesampai je kat stesen bas. Bas pulak lambat. Tayar bocor katanya. Ada pakcik ni dah marah2 sebab lewat sangat. Tapi, apa yang aku respect dengan pakcik ni. Walaupun dia marah, tapi dia takdelaa nak mencarut tak tentu pasal dan suaranya masih dikawal. Cuma muka dia jerlaa ketat sangat. Biasalaa tu. Yang orang dekat kaunter tiket tu pun, aku puji jugaklaa. Sebab bila pakcik tu macam geram2 tu. Dia sabar je. Senyap je. Tak lawan pun. Bila jawab soalan pakcik tu pun, beradab je. :)
Kan bagus macam ni.. ^^

Lebih kurang pukul 11, alhamdulillah bas sampai. Naik bas, borak kejap dengan sahabat sebelah. Kemudian, mengembara ke alam mimpi. Hihi.

Esoknya, turun masjid untuk solat subuh. Selipar pulak putuih. Haha. Sabor jerlaa. Nasib baik dah tak perlu jalan jauh dah. Alhamdulillah.. :)


Walaupun perjalanan untuk kali ni singkat je. Tapi, banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat aku kaut. :)
Alhamdulillah ya Allah.

Hadiah dari sahabat2. Syukran aidhon. ^^


Post a Comment

12 Comments

  1. Seronok baca..Haha..Kesian selipar putui :-)

    ReplyDelete
  2. Akak orang batu pahat...dan akak sendiri ada rasa ralat sebenarnya..akak pun tak pernah bersendirian ke bus stand tu..dulu dgn kawan2..itu pun bila pegi tuition..kalau cari barang mesti baba teman..sekarang lama dah tak pegi sejak kawin..cuma lalu sesekali..kena hati2 sbb ramai warga asing,..

    ReplyDelete
  3. @Mimi Kyumi
    Haha. Tu lah. Seret2 kaki jerlaa mampu. :P

    ReplyDelete
  4. @PeRdU cINta
    Tu laa. Agak bahaya. Kesian dgn kawan saya laa sebab dia smpai awal dalam pkul 5.30 pagi masa smpai kat B.Pahat tu. Naseb dia jumpa sorang kakak kat sana, blh pegi brdua utk solat subuh. Okeylaa sikit. :)

    ReplyDelete
  5. kalau selipar putus tu jadi kat saya memang nangiss

    ReplyDelete
  6. @Aisya 사구라
    Saya pulak hanya mampu gelak je masatu.. Hehe

    ReplyDelete
  7. salam fatihah, baca kisah ini memang teringat pulak time blaja kat perlis, sungguh advanture . perlis -tganu.

    ReplyDelete
  8. @The Kehalusan Kelembutan
    Good memory kan? Walaupun time tu rasa mencabar sangat. Hehe :)

    ReplyDelete
  9. berhati2 bermusafir.... musafir luas pandangan, tambah pengalaman

    ReplyDelete
  10. @Muhd Asri
    Syukran lakum. In shaa Allah, cuba utk sentiasa berteman ketika brmusafir..

    ReplyDelete
  11. sedih...di stesen bas batu pahat x de surau, air pun x de...ishhh....dunia skrg

    ReplyDelete
  12. @Jari Manis
    Harapnya adalaa pihak brtanggungjawab bertindak. :(

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.