Jom Tenangkan Mata.. ^_^

Tuesday, February 19, 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Perasan tak ada beberapa perubahan kat belog saya ni. Di antaranya adalah header!

SEBELUM

SELEPAS
Malam ni sebelum tido apa kata kita tengok beberapa gambar yang boleh menenangkan kita.Gambar baby.Suka sangat tengok baby,tambah-tambah kalau yang pakai kopiah ataupun tudung.Sangatlah comel dan menenangkan bila tengok. :)

Jomlaa kita tengok kanak-kanak muslim yang lelaki. Comel-comel semuanya,besar nanti in shaa Allah bakal hafiz semua nih..

olooo..tomey-tomey..^^
Didiklah anak-anak kecil agar mengasihi al-quran. Jangan tunggu mereka sudah besar baru nak sibuk suruh belajar mengaji. Anda mungkin sudah terlambat ketika itu.Naudzubillah.. :'(

adik kecil ni pakai serban
comelnye pakai kopiah senget..hehe
Zaman sekarang susah nak jumpa orang yang pakai serban dengan kopiah ni.Tengok baby ni,rilek jer pakai..hehe.Tomeykan macam ni..Hehe.Pakaian sunnah ni,jangan main-main.. :)

Lepas tengok gambar baby boy kita tengok pulak gambar baby girl yang kiut-miut ni..^_^


Perghhh,tengok tudung dia.Agak-agak kita boleh challenge ke? Takkanlaa nak kalah dekat kanak-kanak yang tak cukup umur ni dalam bab-bab tutup aurat.Kalau bab lain hebat pulak kita.. Ehem,kalau terasa bolehlaa cuba-cuba ubah. Awak lagi cantik bila tutup aurat.. Trust me,tak tipu langsung. :')
Saya sayang quran saya,jangan nak curik ye..
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sayangilah anak-anak kecil dan didiklah mereka dengan ilmu agama sejak dari kecil lagi, kerana itu adalah bekalan untuk kehidupannya di dunia dan juga di akhirat.

Last but not least,nak letak jugak gambar anak buah saya tersayang yang dua orang ni eh. Sayang korang..Jadi anak yang taat kepada Allah dan ibu bapa ye.. :') Rindunyerr hai..

ABANG IRFAN
ADIK FAQIH..
hiarrrgh,saya nak jadi hero agama!!

You Might Also Like

2 comments

  1. comelnyeeee diorang semua ni!!!

    ReplyDelete
  2. @Hawa Faqihah
    Memang pun.. Comel n suci dr dosa.. :')

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)