Penulis: Amli Ghazali
Publisher: Amlibooks
ISBN: 978-967-12139-1-9
Halaman: 102ms
Sinopsis Umrah Disember - Goodreads
Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan semasa mengerjakan umrah kali ini ialah mendaki Gua Hira. Allahu Akbar! Sebenarnya Gua Hira terletak tidak jauh dari Masjid al-Haram. Seingat saya lebih kurang 2 hingga 3 batu sahaja. Ia terletak di atas Jabal Nur. Kita semua tahu bahawa Gua Hira merupakan tempat Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu yang pertama...
Ranah 3 Warna - My Review
Buku Umrah Disember merupakan perkongsian penulis tentang pengalaman beliau mengerjakan umrah di bulan Disember bersama-sama ahli keluarganya. Ahh, terbit rasa cemburu bila baca kisah orang yang mengerjakan umrah dengan ahli keluarga! InshaAllah, aku pun akan mengikut jejak beliau suatu hari nanti. Membawa ibu bapaku ke tanah suci Mekah dan Madinah!
Penulis turut menekankan tentang kuasa doa dan niat di awal buku ini. Bagaimana dengan langkah awal inilah, mimpi yang pada awalnya mungkin kelihatan mustahil akan beransur-ansur menjadi kenyataan dan realiti. Ya, aku juga semakin hari semakin bertekad untuk membawa ibu bapaku mengerjakan umrah. Biiznillah!
Dapat sign penulislaa~ Hehe |
Mungkin masih awal untuk aku bercita-cita ke sana memandangkan duit untuk aku belajar dan makan pun masih nyawa-nyawa ikan. Tapi, aku yakin dengan kuasa doa dan niat yang baik inshaAllah segala-galanya bisa terjadi! Biiznillah. :)
Buku ini turut menceritakan tips-tips untuk kita mengerjakan umrah. Apa yang perlu disediakan sebelum ke sana sama ada dari segi pakej, peralatan mahupun ilmu pengetahuan. Semuanya adalah sangat penting demi memastikan perjalanan umrah kita lancar dan tidak terganggu.
Walaupun buku ini agak nipis, tapi inshaAllah akan membantu sedikit sebanyak bagi sesiapa yang ingin mengerjakan umrah. Terutamanya bagi sesiapa yang kali pertama akan ke sana. Kita juga boleh mendapat gambaran awal bagaimana suasana apabila mengerjakan umrah di bulan Disember. Katanya, bulan Disember agak sejuk di Mekah dan Madinah. Mungkin faktor cuaca juga boleh memperngaruhi ibadah kita kan?
Antara yang menarik jugak, bila dalam buku ni ada diceritakan yang penulis turut melawat perpustakaan di Masjidil Haram. Cuma, disebabkan penulis tak bercerita dengan terperinci aku tak boleh bayang sangat perpustakaan tu. Teruja pulak rasa nak lihat perpustakaan kat sana. Tapi, mesti dalam tu banyak kitab-kitab Arab jerkan? Memang mampu jamu mata jerlaa kalau aku ke sana pun. Haha
Kalau anda sedang mencari-cari buku tentang umrah? Mungkin buku ini sesuai untuk anda sebagai bacaan ringan. :)
Berminat? Boleh beli di sini.
Berminat? Boleh beli di sini.
13 Comments
Boleh bayangkan buku ni macamana. Sebab santai ajer kan? tapi penuh dengan pengalaman dan cerita dari penulis. Thanks sis sudi kongsi buku macam ni. And yes! teruskan membaca. Semoga menjadi pendorong utk org lain membaca juga.
ReplyDeleteHa ah. Santai je penulisan dia.
DeleteInshaAllah, sama2 kita banyakkan membaca. ;)
Macam menarik ja buku ni ��
ReplyDeleteKalau kisah pengalaman mesti menarik
ReplyDeletemenarik ni..boleh la nanti diceritakan kat blog ni nanti utk perkongsian kan
ReplyDeletesuka juga baca kisah pengalaman
ReplyDeleteinsyaAllah ana semoga ada rezeki kita semua menjejakkan kaki ke sana. tak pernah sampai tp dah mula rasa 'rindu' untuk ke sana. semoga kita di izinkanNya.
ReplyDeleteSemoga kita semua dapat menjejakkan kaki ke tanah suci Allah. Amin
ReplyDeleteAkak ada satu buku travelog macam ni tak ingat dah tajuk buku.. tapi memang inspirasi keluaran buku macam ni .. terasa kita pon macam kat sana jugak.. ..semoga diizikan olehNya untuk jejak sekali lagi kat sini
ReplyDeletetq atas perkongsian, nampak cam menarik buku ni.
ReplyDeleteBest buku ini.. boleh akak beli juga satu nanti..semoga niat Fatihah untuk mengerjakan umrah dipermudahkan..
ReplyDeletePasang niat juga nak mengerjakan Umrah... InsyaAllah..
ReplyDeletepenah pegi awal januari. yap mmg sejuk. cpt je kulit kering...
ReplyDeleteBismillah. Titipkan kata-kata anda.