Bidadari Superb Bertukar ke Responsive Blog!

Ya, Bidadari Superb sudah bertukar ke responsive blog! Dah lama sebenarnya aku terfikir-fikir untuk bertukar ke responsive blog ni, tapi sebab tahu mesti akan mengadap blog lama untuk sesi edit-mengedit dan rasa sayang kat blog lama jugak. Maka, terjadilah edisi penangguhan sehinggalah semalam. 

Semalam dari lepas Subuh, aku terus mengadap laptop untuk memulakan operasi sampailah dalam pukul satu lebih malam tadi. Fokus! Berhenti untuk solat dan makan je. Haha dan inilah hasilnya. Aku harap sangat korang pun suka dengan design blog aku yang baru ni. Harap korang tak sakit mata ke apa. 

Lagi satu, kalau korang ada sebarang komen, kritikan membina pasal blog aku ni. Aku sangat-sangatlah alukan. Please bagi pendapat korang sebab aku kalau boleh taknaklah syok sendiri design blog, tapi orang lain pandang tak sedap.  

Blog Template

Okey, kat sini aku nak share lah serba sedikit pasal template baru yang aku guna ni. Template yang aku gunakan ni adalah Amalie Template. Aku rasa ramai pakai yang template yang sama dengan aku ni since ia adalah Free Version.

Sebelum aku decide untuk pakai Template Amalie ni, banyak jugak yang aku dah cuba dan lawa-lawa jugak.
Itulah dia template-template yang aku dah try and error kat blog ni. Jangan risau, semua template kat atas ada yang Free Version.

Sekarang, jom kita tengok apa dah jadi dengan rupa blog aku. Obviously, korang boleh tengok sambil baca ni kan? Tapi, aku nak tepek jugak kat sini mana tau satu hari nanti tukar theme/design lagi bolehlah dibuat kenangan. Last aku tukar kalau tak silap masa hujung tahun 2015. Dua tahun yang lalu di entry Bidadari Superb Berwajah Baru.

Bidadari Superb Bertukar ke Responsive Blog

Bidadari Superb Bertukar ke Responsive Blog

Blog Header

Part header sebenarnya aku nak warna yang lebih kepada hijau sebab sememangnya aku ni peminat tegar hijau. Tapi, rasanya yang ni lebih kepada biru. Yedak? Sebab kalau dengan kawan-kawan aku selalu salah part warna yang turqoise-turqoise nih. Aku pun tak sure. Tapi, sebab aku tak jumpa background yang macamtu and tak terfikir pulak nak edit warna dia dulu, jadilah macamni hasil dia. But, I still like it. Unfortunately, aku tak jumpa gambar header lama. So, no picture untuk dibuat kenang-kenangan. Kihkih

Blog Color Theme

Basically, my blog color theme are  white,grey and green. Of course, aku akan selit jugak hijau tu kat mana-mana. Mueheheh. Setakatni aku pakai color hijau dekat link, label dan jugak menu text. Rasanya tu je kot.

Blog Problems

Button search yang dekat navigation bar still not working! Dahlaa nak buang terus pun still tak jadi jugak. Erghhhh. Sebabtu lah aku letak je dulu button search kat sidebar ni. Dah penat duk try and error kat situ. So, aku abaikan jerlaa dulu. Tapikan, bila tekan button search tu. Dia akan back to top. So, korang anggap tu button up to top jer dululah eh? Boleh pulak macamtu. Hehe

Menu tak keluar dekat phone. Aku pun taktau nak solve problem ni macam mana. So, kubiarkan sahaja masalah itu dibuai lautan ombak. Eh eh. 👶

Sidebar widget tak center. Fiuhh, malas nak cite a.k.a takde idea dah nak tulis apa. Kihkih

Anddd,that's all untuk cerita Bidadari Superb bertukar ke Responsive Blog! Yeayyy! Silakan bagi komen/pendapat korang pasal blog aku. Korang suka tak? Loading lama ke tak? Atau apa-apa jerlah.

Berwajah baru, semangat baru!! InshaAllah. 💪💪



Post a Comment

34 Comments

  1. wiwitttttt... terbaikkk Ana.. :)

    ReplyDelete
  2. cantik dan simple..nak baca pun tak jenuh kuis sana kuis sini..hehe. Semoga terus cemerlang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Maaf, sebelumni mesti duk kena kuis kan kalau baca blog saya dekat phone. :P

      Delete
  3. wah2 dah berwajah baru. msti lg smangat nak berblogging ni. hehe. cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat betul. Busyra dah lama dah bertukar ke responsive ni kan.. Power!

      Delete
  4. Anonymous1:26 PM

    salam kenal..simple n nice your blog....

    ReplyDelete
  5. aikk ira try main-main dengan search blog ana oke je ? Dah setting eh ? Hehehe.

    lagi satu kalau nak centre kan widget sidebar, dalam edit html letak < center > depan dan belakang code.

    Harap membantu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aikk? Haha, belum~
      Dah try jugak guna kaedah tu. Malangnya dia degil taknak gerak ke tengah jugak! Haha

      Btw, terima kasih Ira!! <3

      Delete
  6. p/s : < dan perkataan centre tu dekatkan tau. hehe sebab html code tak boleh masuk komen --'

    ReplyDelete
  7. Seperti biaa tetap cantik..tetap kemas Ana..alhamdulillah..moga terus bersemangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak PC. InshaAllah, semangat! Hihi

      Delete
  8. Nice and simple! hehehe btw apa beza responsive atau tak eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks! Kalau responsive ni view dia akan ikut gadget yang kita pakai. Contoh, kalau pakai phone view dia pun akan ikut phone dan akan menjadikan readers lebih senang nak baca. Segala macam widget kita kat tepi tu pulak akan duduk kat bawah blogpost kita. Harap membantu! :)

      Delete
    2. Ohhhh macamtu. kiranya kalau org nak blogwalking pakai phone ke senang la kan boleh tengok widget dekat bawah tu. Okay2 terim kasih atas penerangan :)

      Delete
  9. Kemas dah template ni... nanti boleh cari solusi problem tu slow2... Tukar template baru segar kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, slow2 mencarik solusi. Gugel tolong bantu saya. Hihi
      Betul tu tuan.

      Delete
  10. cantik lah akkk! saya pun dah macam terjatuh cinta dengan responsive nih hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dahtu start-start usha template. Hehe :)

      Delete
  11. simple tapi cantik, dan tak brp berat 😄

    ReplyDelete
  12. cantik n kemas double thumbs up

    ReplyDelete
  13. Simple but nice.
    Mrs. A pun prefer responsive template

    ReplyDelete
  14. Pandai Ana edit ye. Kak Ana tengah berpikir2 juga nak tukar ke tak sebab kak Ana fully guna hp utk blogging ni. Kadang2 bila pergi ke blog yang guna responsive template, kotak komen tak appear.😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh, yeke? Harap tak jadiklaa kat blog saya ni. Selamat berfikir kak. Hihihi

      Delete
  15. Cantik la template ni. Nampak simple, kemas dan comel. Rasa nak tukar template la jg :)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Ana, sis pun dalam proses bertukar blog guna URL lain dgn template Miranda. In shaa Allah akan dilancarkan dalam masa terdekat.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh, tak sabar nak tengok rupa baru blog akak! *thumbs up*

      Delete
  17. Hehehe sikit tips dari Mai, kalau masalah kotak komen tak appeared bila guna phone, atau Menu tak keluar dekat phone, cuba disabled mobile view dalam dashboard > template > mobile view (klik no).

    Try jadi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni pun dah buat jugak Mai. Huhu. Tapi tetap tak jadi tang menu tu. Comment alhamdulillah keluar. Hihi

      Delete
  18. Nice... pandai.. tapi honestly, memang bukan mudah kan keja ngedit ni. Tak tido malam ooo... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segan pulak rasa. Sis kan power edit blog nih. Hihi

      Delete
  19. Dah cantik. Kemas Rasa macam nak tukar jugak .. ngeh ngeeeh

    ReplyDelete
  20. Cantik dan simple blog template baru ana :) Siqah suka 😍 loading pun laju je. Siqah suka semuanya psal blog baru ana. Keep blogging ana :)

    ReplyDelete
  21. sejuk mata memandang :)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.