#Henshin Muslimah | Books Review

Review #Henshin Muslimah
Pakai gambar yang sama je.
Kalau kalian ada baca entry saya sebelum ni kat sini, saya ada cerita buku ni jadi pilihan saya sebagai buku pertama untuk dibaca pada tahun 2017 ni kan. Alhamdulillah, dah selesai baca pagi ni dan tibalah masa untuk review.

Sejujurnya tak tahu nak review apa. Kihkih.
Okeylaa, buku ni ditulis oleh Kak Hassanah dengan tagline From Jahiliah To Jannah. Diterbitkan oleh Inspirasee.

Buku ni dibahagikan kepada tiga bab. Bab pertama mengenai Jahil, kedua tentang Hijrah dan last sekali pasal Jannah or Jahanam, Its Up To You.

Bab pertama Kak Hassanah banyak terangkan pasal dosa-dosa ataupun kesilapan-kesilapan yang kita biasa lakukan. Antara yang disebut dalam ni adalah pasal solat, aurat, couple and so on lah.

Bab kedua pula dihuraikan mengenai tips2 hijrah. Macam mana nak kuat dalam berhijrah. Macam mana nak survive dengan kehidupan setelah kita meninggalkan zaman jahiliah dan berhijrah.

Last but not least, bab last ni penulis ceritakan yang kita nak syurga atau neraka. It's our choice. Kita yang kena buat pilihan tu. Nak terus hidup dalam lembah maksiat atau meninggalkannya.
Lepastu, banyak jugak diselitkan ibrah2 dari pelbagai kisah di bahagian last sekali buku ni.
Dan andai tiada lagi sebab untuk kau bertahan, cukup sekadar Dia menjadi penyebabnya. Maka segalanya pilihan kau.
Penulisan Kak Hassanah agak santai, menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris. Penulisan tidaklah terlalu kaku dan penulisan beliau sangat dekat dengan wanita muda belia. Mungkin sebab penulis pun masih muda kan. :)

Bagi aku, buku ni tidaklah terlalu berat untuk dibaca. Sesuai dibaca untuk sesiapa yang ingin menjadi orang yang lebih baik dan mendekatkan diri dengan Allah.

Recommended? Of course. Selagi mana buku yang dibaca boleh memberi manfaat walaupun sedikit, aku akan sarankan korang baca. :)
But again, it's your choice. Good book or bad book. Heaven or hell.

Namun, hati-hati dalam membuat pilihan. Tersalah pilih boleh membuatkan kita menyesal selamanya. May Allah bless us. Moga kita terpilih untuk ke syurga Allah. Amiin.



Post a Comment

9 Comments

  1. Kita akhiri couple kita dengan surah al-asr dan tasbih kifarah-head with serban 2- :) buku yg kak anaa tgg baca skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Adeh, deep sangat tu kak. Pedih2 je rasa.

      Delete
  2. Yg ni tak baca lagi. CR baca yang #hensin karya aiman banna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang Aiman Banna kita tak baca lagi. Padahal dah beli lama, sbelum yang ni lagi. Haha :p

      Delete
  3. Moga bibir dan hati berbicara seiring besama-sama bermatlamatkan syurga pada hujungnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu.. Terima ksh atas peringatan Kak PC. InshaAllah sama2 kita sntiasa betulkan niat dan matlamat kita. :')

      Delete
  4. Baca review ni macam best..nak cuba cari n baca la..dah lama tinggal buku..huhu

    ReplyDelete
  5. menarik! harap2 apa yg kita niatkn tidak menyimpang ke jln yg dimurkai-Nya

    ReplyDelete
  6. seronok baca riview nie.. nice..

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.