Ceritera Passport~

Wednesday, March 23, 2016


Haritu aku, Wani dan Ana pergi pekan Rabu kengkunun nak renew passport. Pusing-pusing bangunan cari pejabat imigresen tak jumpa-jumpa. Rupanya pejabat imigresen dah setahun lebih tutup kat situ. Harhar. Nasib jumpa Achik kat situ, kalau tak sampai ke sudah duk pusing kat situ. Adeh, teruk betul. -..-

Kami pun teruslaa pegi ke Pejabat Penddaftaran Negara pulak. Sekali punyalaa lama menunggu. Dari pukul 10 lbh sampai ke pukul 4 lebih. Hakhak.
Balik semua kepenatan. Lagi cerita sedih, aku tak dapat renew passport pun haritu sebab aku pakai ic sementara. Kenapa pakai ic sementara? Sebab thumbprint rosak. Taktaulaa apa yang rosaknya ibu jari aku nih. Haha

Kalau ikutkan boleh je pakai ic sementara untuk renew passport. Tapi, bila pegawai tu nak sahkan katanya ic aku dah siap. (Btw, nak sahkan kena bayo 5 hengget tau!) What? Kena ambil dululaa jawabnya ic dekat Klate. Terus call pejabat dekat Klate nasib dia kata mak/ayah boleh ambilkan. Fiuh, kalau tak jenuh nak kena balik ambik sendiri. -_-

Maka, passport masih belum siap dan aku masih menanti ic dihantar ke sini. Abah dah post tadi, maybe esok sampailaa kat sini. In shaa Allah. :)

Passport? Minggu depan in shaa Allah kami pergi lagi. Harapnya dipermudahkan urusan kami. Dan, takyah tunggu lama2 sangat. Kami ingat nak bertolak dari bilik pukul 7.30 lagi nanti. Biar dapat jadi customer nom satu! Jyeahh! ^^

You Might Also Like

21 comments

  1. Moga semua urusan dimudahkan ya ana...:)

    ReplyDelete
  2. Moga dipermudahkan .. Nak pergi mana tuuu bawak buku merah ? Ngeee, menyibuk jeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rahsiaaa~ Nanti kita cite. hihik :P

      Delete
  3. ehem ehem....nak pergi mana tu dgn buku merah.? hehehe semoga di permudahkan urusan dear. (^__^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehem ehem. Pegi dekat2 je wak. ^^

      Delete
  4. salam moga dipermudahkan segala urusan ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam. Terima kasih Yana. :)

      Delete
  5. Assalam Ana..renew passport nk ke mana tue!!!!

    ReplyDelete
  6. ye..kalau nk g buat passport better terpacak kat pintu masuk tu sblm open sbb..orang ckp je 1 jam leh siap..satu jam tu i kira ari waktu kita byr passoort tu..kurang-kurang nya 2 jam jgk lah baru siap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulbetul. Haritu teman kawan memang macamtu. Masa first buat je nasib baik takde org sgt. Kejap je buat. Hihi

      Delete
  7. Ana..klau free nanti..emailkan alamat ke sis JM ehh..ada small gift for u coz support my blog..ah masuk sampul tggl nak pos je..emailkan ke jarimanis4ever@gmail.com

    ReplyDelete
  8. nasib baik yr parents ada kat Kelantan, kalau tak banyak keje pulak jadinya nak kena balik Kelantan sume :D

    ReplyDelete
  9. semoga dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
  10. Semoga urusan dipermudahkan ana fatihah. ☺ Sekarang memang zaman nak buat duit saje kan. Just nak cek ic pon dah kena RM5. Huhu !

    ReplyDelete
  11. Renew passport dekat utc ler senang tp kena awal pagi la.. Law lambat berhuhu la dkt sana.. Haha..

    Jalan2 sini.. Jemput baca article baru..
    Salam Perkenalan..

    Cara Mudah Hasilkan Ukiran Kayu Hello Kitty yang Comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Ada dengar jgk UTC lg ok. Kami akan awal lepasni in shaa Allah. Blajar dr kesilapan haritu.

      Delete
  12. Moga dah selesai urusan renew passport, ana :)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)

P E N G O M E N