Senyum, Sapa, Salam

Wednesday, January 29, 2014

Bismillahirrahmanirrahim.

Good morning! ^_^
Start our day with a great smile and positive mind! Aku nak jadi lebih baik dari semalam! In shaa Allah. ;)

Ok!
3s (senyum, sapa, salam) biasanya akan digunakan bila ada program. Akak2 dan abang2 fasilitator akan bagitau adik2 peserta supaya amalkan perkara ni bila terjumpa sape2 jer. Tak kira fasi mahupun peserta itu sendiri. But, the problem is...
Perkara ni hanya diamalkan di dalam program. Habis program, habislah jugak budaya tu.. :-(

Why not lepas ni kita sama-sama amalkan 3s ni di semua tempat, tak kira kita duduk kat mana2 pun. Saya pasti penerimaan orang sekeliling pun akan positif jugak! ^_^
Malu? Itu normal. hehe.. Cubalah dengan senyum dulu.. Kalau tak berani nak sapa dan bagi salam pun takpe, senyumlah. It's sunnah right!
"Smile to the world and the world will smile back to you."
 In shaa Allah...
Dengan amalan 3s ni bukan sahaja boleh meningkatkan pahala kita bahkan meningkatkan kenalan kita. Tak perlu nak sombong-sombonglaa. Allah marah orang yg sombong ye sahabat2.

Okeh, so sama-samala kita berusaha mengamalkan 3s ni ye sahabat2. :D

p/s : saya menulis tak bermakna saya dah amalkan benda ni. hewhew.. Peace no war. ^^

Anak Buah

Kelahiran Bakal Pencetus Ummah.

Friday, January 03, 2014

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ke-3 dalam tahun 2014. Kuterima satu berita gembira. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. :')

1 Rabiul Awwal 1435.
3 Januari 2014.

Pada jam 9.44 pagi, di hari Jumaat barakah lahirnya seorang bayi lelaki.
Bayi yang suci dari dosa2 dunia.
Bayi yang dah kami nantikan selama 9 bulan lebih ni. :)
Alhamdulillah. Dengan izin Allah,ibu dan anak yang dilahirkan sihat walafiat.
Itulah anak buahku yang ketiga..

cute! >_<


Nama belum ada lagi. Abi dia balik dari Sabah nanti baru bagi nama kot. Pkul 3.30 petang tadi dah naik flight. Semoga slamat sampai ke destinasi. :)

Dan Irfan dan Faqih pun seronoklaa dapat geng baru. Hero Islam in syaa Allah anak2 buahku sekalian ye. Nanti jangan pulak reramai buli achik ye. hihi..

Doaku buatmu sayang.
Semoga menjadi anak yang soleh. Syabab yang hebat di pandangan Allah dan rasul! Syabab yang bakal memperjuangkan islam! :')
Anak buah dah bertambah,makin meriahlaa kalau semua balik kampung nanti. Makin happylaa atok dan nenek nanti. hehe.
Mood nak balik semakin membuak-buak sekarang ni.. Tak sabar nak cubit2 dia. hehe.. Nampak tak kekejaman mak sedara dia nih. :p

Oklah,takleh panjang2. Study cik kak oiiii! hehe..
Assalamualaikum. :)

1.1.14 = Sayonara Jahiliyyah

Wednesday, January 01, 2014


Bismillahirrahmanirrahim.

Yes. 
Hari ni 1.1.2014. 
Hari ni new year a.k.a tahun baru Masihi.

Awak, sedar tak?
Usia awak dan saya semakin bertambah dari hari ke hari.
Kadang-kadang kita tak sedar dengan benda ni.
Hanya tersedar apabila berlakunya peningkatan tahun macam hari ni.
"Aku tidak pernah rasa sedih ketika matahari terbenam kecuali kerana aku risau umurku ini makin meningkat tapi amalku masih belum bertambah..."
Imam al-Ghazali


Apa kata mulai detik ini.
Saat ini.
Kita buka buku baru.
Jom! Sama-sama kita tinggalkan jahiliyyah yang ada dalam diri kita.
Kita bermujahadah!
Sama-sama.
Ya. Kita!
Saya!
Awak!
Kita semua. ^_^

Awak... 
Betul... 
Mujahadah itu tidak senang. Tapi,ia juga tidak mustahil.
Mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah sahabatku.
Bersabarlah.. :') 

Saya pasti kita boleh! :)
Sayonara jahiliyyah.
Babai jahiliyyah.
Selamat tinggal jahiliyyah.

P E N G O M E N