Cantiknya Kawan2 Saya..

Tuesday, September 13, 2011

Assalamualaikum w.b.k..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w..



Setiap pagi Isnin,saya suka sangat tengok classmates saya yang perempuan..
Semuanya bertudung dengan cantik..
Sebab pagi tu ada masa agama.
Ustazah saya wajibkan pelajarnya pakai tudung yang melepasi dada.
Tapi,bila waktu petang jer diorang dah tukar tudung..Sedih pun ada.
Saya pun tak mampu buat apa..
Saya xreti nak nasihat orang,saya hanya senyum jer..
Kadang-kadang saya takut,saya takut nanti di akhirat kelak saya dipersoalkan..
sebab saya tak nasihatkan diorang..

Saya suka tengok ustazah..
Ustazah berani menegakkan kebenaran.
Walaupun ada pelajar yang sedikit memberontak,
ustazah tetap mewajibkan pemakaian yang menutup aurat.
Sampai akhirnya mereka akur..

Pelajar lelaki pulak seronok bila pelajar perempuan kena tegur ngan ustazah..
Tapi,bila ustazah cakap pasal solat berjemaah kat surau.
Macam2 alasan diorang bagi..
Ustazah cakap lelaki yang sejati adalah lelaki yang solat lima waktu berjemaah..

Saya harap sangat kami semua dapat ikut nasihat ustazah..
atau lebih tepatnya suruhan Allah..
Mungkin susah nak buat..
Tapi,ingatlah sesungguhnya mujahadah itu pahit kerana syurga indah.

Kita hidup kat dunia nie sementara je..
Kehidupan kat akhirat yang akan kekal..
Jadi,kita nak pilih yang mana..
Senang di dunia ke senang di akhirat..
Pakai tudung labuh sikit..dah panas.
Panas kat dunia,apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan panas api neraka di akhirat kelak..
Naudzubillah!!

Sahabat2 yang saya kasihi,
jomlah kita ikut syariat..
Janganlah fikir banyak sangat..
Segala kewajipan yang Allah tetapkan ada kebaikannya tersendiri..
Kita jugak yang untung bila kita ikut perintah Allah..
Saya bukan nak menasihat xbertempat..
Peringatan untuk diri sendiri jugak..
Insya Allah,ada manfaatnya..


Amiin..Wallahua'lam.

note:petang esok saya kena buat pengucapan awam untuk subjek Kemahiran Dinamika..Doakan yg terbaik buat saya.. :)

You Might Also Like

0 comments

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)

P E N G O M E N