Selamat Malam Doniaaa!

Selamat Malam Doniaaa!

Selamat Malam Doniaaa!

Malam ini anak-anak tidur nak dekat pukul satu pagi dah. Umi pun dah mengantuk sangat dah ni. 
Mata pun dah berat sangat nak bukak. Tapi, sempat lagi laa nak update kat sini. 

Si abang dengan nyanyinya, dengan cakap tak berhentinya. Adik pulak dah mengantuk nak tidur. Susah sikitlaa nak lelapkan mata, banyak suara-suara sumbang duk ganggu tuu. Haha

Sekali, tengok-tengok. 
Abangnya yang tertidur dahulu. Lepas daripada tu, barulah adiknya boleh tidur. Tu pun kena tidur atas riba ummi dulu. 

Alhamdulillah, dah tidur keduanya. Ummi gigih tulis post dekat blog dulu. Sebelum masuk ke alam mimpi.


Semoga anak-anak umi menjadi anak yang soleh solehah. Baik akhlaknya, tinggi ilmunya, sihat tubuh badannya. Sentiasa berkasih sayang sesama adik beradik dan seluruh manusia. 

Amiin. Doa ummi untuk anak-anak kalian jugak ya. Sentiasa doakan anak-anak kita setiap detik dan saat. 

Sama-sama kita usahakan ye. 

Psssst. Ummi gigih ambik gambar tangan anak-anak yang sedang tidur. 

Tak, dorang tak tidur berpegangan tangan pun. Ummi yang buatkan biar jadi macam tu. Maaf terpaksa jujur. Haha

Malam ni dorang pakai baju sedondon. Warna hijau kuning gambar trex cute. Baju shopee je guys! 

Eh eh mata tetiba kurang dah rasa mengantuk. Pi tido sana ummi oiii. Nanti esok awak mengantuk. Dah laa nak urus anak-anak lagi. Dalam tengah menulis ni pun, si adik dah terbangun dah sekali. Nasib baik, kejap je pastu tido balik. 

Okeylah, setakat ini dulu. 
Ummi nak kena join anak-anak tido dah ni. 

Selamat malam doniaaa!
Assalamualaikum. 


Post a Comment

4 Comments

  1. Hehe jangan lewat bangun.
    Selamat pagi. Assalamualaikum...

    ReplyDelete
  2. pakai baju sedondon tu mesti kerja ummi dia kan? kan? hehehe

    ReplyDelete
  3. Comel ja tangan.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Hehe aktif sampai tidur lewat ya..
    Anak buah Aini klau tido si abang nk pegang tangan atau kaki adik dia dulu br dia tido..

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.