3.1.2023.

Halaman ketiga tahun dua kosong dua tiga.

Bertambah tahun. Bertambah usia.

Waktu terus berdetik, tanpa menunggu kita.

Beruntunglah barangsiapa yang tidak mensiakan detik yang tersisa.

Dengan kebaikan dan amalan mulia.

Sebaliknya,

merugilah mereka yang sering terleka.

Dengan tipu daya dunia.

Halaman 3, 2023

Alhamdulillah, sudah tiga hari kita di tahun yang baharu. Mudah-mudahan tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Perbaharuilah niat yang baik-baik sentiasa. 

Kerana setiap yang kita lakukan itu bermula dengan niat. Niat yang baik-baik. InshaAllah, segalanya juga akan baik. :)

Terus berusaha untuk menjadi yang terbaik!

Kerna pasti itu bukanlah perkara yang sia-sia.

Senyum.

Berdamai dengan takdir.

InshaAllah kita akan bahagia sentiasa.

:)

Apapun, selamat tahun baru semua!

Semoga kamu dan juga aku dalam redha Allah selalu.

Setiap detik dan saat.

Amiin.