Salam 1 Rejab buat semua sahabat blogger!
Dah nak habis hari baru nak up entry ya. Orang lain dari malam tadi dah up post. Hihi
Takpelah kan. Ok, malam tadi lepas maghrib bermulanya 1 Rejab ya. Salah satu malam mustajab doa jugak.
Doa dan Zikir Bulan Rejab
Sama-sama kita usaha perbanyakkan doa di atas ya. Mudah-mudahan keberkahan melimpah ruah ke atas kita di bulan Rejab ini dan seterusnya bulan Sya'ban dan bertemu pula dengan Ramadhan yang sentiasa dirindui. In shaa Allah.
Bolehlah kita masukkan ke dalam doa lepas solat kita jugak. Lima kali sehari dah kita baca kalau kita amalkan macam tu. :)
Amalkan zikir ini pagi dan petang sebanyak 70x. Bolehlah dibuat selepas Subuh dan Asar. Tak susah, tapi memerlukan ketekunan dan kesungguhan.
Semoga kita mampu istiqamah beramal. Semangat baru untuk persediaan menyambut Ramadhan nanti. In shaa Allah.
Apapun, setiap amalan yang kita lakukan itu tidak lain kerana kita ini seorang hamba Allah. Tak kira masa dan waktu, Allah sentiasa ada. Jadi, sebagai hamba berusahalah kita untuk beramal soleh setiap detik.
Datangnya bulan Rejab ini adalah sebagai bonus. Kerana terlalu banyak manfaat dan kebaikan yang dapat kita kutip.
Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Buat sedikit lebih baik dari tak buat langsung.
Kan?
Yuk, sama-sama kita tingkatkan amal soleh kita.
Semoga menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa.
Amiin Allahumma amiin.
4 Comments
Terima kasih kongsi, semoga kita terus istiqomah perbaiki dan perbayakkan amal lagi tahun nie kan.. Aamiin Ya Mujib..
ReplyDeleteIn shaa Allah! Sama2 lah kita ya. ;)
ReplyDeletedoa tu sy baca ms 1 rejab (maghrib) je hehehe...
ReplyDeletebetul tu.. terima kasih share
ReplyDeleteBismillah. Titipkan kata-kata anda.