Aku Dapat Surat Cinta


Aku Dapat Surat Cinta

Semalam, aku dapat surat cinta. Hehe berbunga kejap hati ni. 

Aku sekarang ada lah mengajar sikit-sikit. Khidmat untuk anak-anak sekitar kawasan aku ni lah kiranya. Tak ramai pun pelajarnya. Dalam lapan orang gitu jer. 

Moga jadi saham akhirat lah hendaknya.

Ok, berbalik kepada kisah surat tadi. 

Bila anak-anak ni masuk ke rumah, aku perasan jugak si Jannah tu duk pegang kertas. Tak terfikir apa pun. Lepas je bagi salam dan baca doa, kawan sebelah dia bagi tau. 

"Ustazah, Jannah ada nok bagi benda."

Lepas tu, baru dia bagi. Dapat tu, aku terus bukak. Sengih-sengih jer lah aku kan. Hihi


Aku bukan ustazah pun, tapi anak-anak kat sini panggil macam tu lah. Please take note ya!

Terus aku baca dan jawab depan semua. Sengih jer lah masing-masing kalau dah benda manis-manis macam ni kan. Alhamdulillah. 

Benda kecil yang boleh membuatkan hati berbunga-bunga. 

Belajar dari anak-anak kecil ini. Mungkin kita pun boleh praktikkan kepada pasangan, ibu bapa dan anak-anak kita. Atau kepada sesiapa sahaja yang kita sayang.

Kadang, atas faktor usia dan kesibukan tugas harian. Kita terlupa untuk menzahirkan perasaan kita. 

Sebarkan kasih sayang, mahabbah, kebahagiaan. Tunjukkan kasih sayang kita kepada orang yang kita sayang dan cinta. 

Orang yang dapat pun bahagia. Kita pun turut sama bahagia jugak. 

Kebahagiaan yang berjangkit. Best kan? 


Post a Comment

6 Comments

  1. alaaa sweet sangat dak Jannah..

    ReplyDelete
  2. amboiiii kemain lg dia yaaa

    ReplyDelete
  3. Seronok terima kata-kata manis.
    Betul itu kebahagiaan berjangkit.
    Tq singgah blog says. Saja ikuti blog ini semula.

    ReplyDelete
  4. Sweetnya.. betul tu, kalau dapat ucapan macam nie selalu memang terus mood baik seharian kan.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. Kemain lagi Jannah tu eaaa heheheh

    ReplyDelete
  6. alololo sweet...kalau ammi yg dapat confirm sebak terus.

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.